Saturday 8 October 2011

Kenapa Allah perintahkan Raja Namrud Diperangi??

Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu
membuatnya bersikap sombong dan takkabur serta sehinggakan ia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s. Namanya
terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel.Raja Namrud disembah oleh rakyatnya.
Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada nabi Nuh a.s., manakala ibunya ialah Semiramis. Ibunya

pada usia remaja telah berkahwin dengan bapanya. Adalah dipercayai sehari selepas mengadakan
hubungan kelamin dengan Semiramis, bapanya telah meninggal dunia. Oleh itu, apabila Namrud lahir
beliau tidak berbapa.

Raja Namrud telah dianugerahi dengan daya intelek yang tinggi dan menjadi pakar dalam pelbagai
bidang seperti seni reka, matematik dan ilmu falak.

Baliau telah menemui sistem sexagesimal yang membahagikan bulatan kepada 360 darjah, satu darjah kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Selain itu beliau menetapkan bahawa satu hari terbahagi kepada 24 jam setiap jam kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Menurut beliau hari bermula
pada waktu tengah malam dan bukannya pada waktu matahari terbenam seperti yang dipercayai oleh
kaum sebelumnya.

Disamping itu, Namrud mahir dalam pengiraan matematik dalam pembinaan bangunan-bangunan besar, jambatan, kuil, mahligai dan empangan. Antara sumbangan beliau ialah pembinaan sistem saliran
irrigation di lembah Tigris dan Euphrates. Beliaulah orang pertama yang menggunakan batu-bata dari
tanah liat yang terbakar burn clay sebagai bahan binaan bangunan.

Ibunya adalah seorang yang wanita yang cantik lagi bijaksana. Setelah beliau dilahirkan, ibunya
membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh oleh manusia dan Namrud adalah anak yang suci.
Ini telah menambahkan keyakinan Namrud bahawa beliau adalah anak tuhan. Apabila beliau menjadi dewasa, beliau menjadi seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan kawan wanitanya. Oleh itu, Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu anaknya sendiri.

Raja namrud terkenal sebagai arkitek pertama membina menara pencakar langit di dunia. Malangnya
sebagai seorang ateis, beliau telah menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk menyesatkan rakyatnya.
Antara lain beliau telah menggunakan ilmu falak untuk mencipta pelbagai sistem meramal nasib seperti horoskop dan tilik nasib palmistry. Tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa manusia tidak perlukan Tuhan kerana manusia mampu meramal dan mengubah nasibnya dengan sendiri.

Selain itu, beliau membina banyak bangunan serta berhala yang tersergam indah agar manusia kagum
dengan kehebatan ciptaannya sendiri. Menara Babil yang bermaksud "Pintu Gerbang yang Sempurna" merupakan kuil dimana pendita-pendita menyanjungi Namrud. Tujuannya dibina ialah untuk menaikkan sebuah bangunan yang mampu mencecah kayangan.

Menurut buku "Sejarah Para Rasul dan Raja" pada abad ke-9 oleh ahli sejarah Islam terkenal al-Tabari, menara tersebut telah dimusnahkan oleh Allah. Pada mulanya para pembinanya menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Suryani, tetapi ia terpecah kepada 72 bahasa yang berlainan.

Akibatnya mereka tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan tidak dapat meneruskan
pembinaan menara terseBut.Beliau juga amat meminati ilmu sihir dan menggunakannya untuk
mempengaruhi fikiran rakyatnya. Adalah dipercayai beliau mempelajari ilmu tersebut dari dua malaikat
Harut dan Marut yang pernah disebut dalam al-Quran.

Selain itu, beliau telah memulakan suatu era yang
baru dimana manusia memandang rendah pada tuhan. Rakyatnya tidak digalakkan untuk melakukan kebaikan demi tuhan kerana baginya tuhan yang ghaib adalah lemah. Oleh itu orangramai dibawah pemerintahannya boleh mengikut nafsu manusia seperti berpesta, seks rambang, meminum arak dan
segala kemungkaran yang lain. Oleh yang demikian, beliau diberi gelaran Bacchus atau Dewa Wain
kerana beliau 'mabuk' dengan keduniaan.

Beliau juga mendakwa dirinya Tuhan kerana sebagai seorang manusia beliau lebih tahu mengenai
kelemahan manusia lain berbanding Tuhan yang jauh terpisah dari makhluknya sendiri.


Kematian Raja Namrud
Raja Namrudpun mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih
untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s. Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu
nyamuk atau serangga yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak mampu menepis serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi kulit tentera Raja
Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali.

Beliau bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi seekor nyamuk itu telah masuk keotaknya.
Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya dicucuk
oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, nabi Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah
kepada beliau. Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang
suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang.

Setelah beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk memberi
pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang zalim itu.
Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang
raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang halus.
 

No comments:

Post a Comment