Saturday 24 September 2011

15 FAKTA mengenai China..

Tidak dinafikan bahawa China adalah negara terbesar serta merupakan pusat ekonomi yang paling
pesat di dunia ini. Mana tidaknya hampir semua barang-barang atau peralatan yang kita gunakan kebanyakannya datang dari China. Termasuklah jenama tiruan sekali ..hehe ..Tapi ada sesetengah
perkara yang saya percaya anda pun tidak tahu mengenai negara ini. Oleh itu hari ini kami hendak
dedahkan beberapa perkara menarik mengenai negara komunis ini.

15 fakta mengenai China:

1. Pertumbuhan ekonomi China adalah 7 kali lebih cepat berbanding Amerika Syarikat dalam
beberapa dekad ini.(China: 316% pertumbuhan vs USA: 43%)

2. Sungguhpun China mempunyai peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi namun KDNK per
kapita adalah-91 paling rendah di dunia, iaitu dibawah Bosnia & Herzegovina.

3. 85% daripada pokok Krismas Buatan di dunia dibuat di China. Jadi, adakah bermakna 80%
daripada mainan di dunia ini datang dari China ..hmm

4.Sekiranya penduduk di china membelanjakan seluruh pendapatan tahunan mereka hanya untuk rumah. Penduduknya mampu untuk membeli 10 kaki persegi tanah untuk perumahan. Di China, 1 kaki persegi
tanah untuk perumahan dikatakan kosnya antara 26,000 yuan (USD$3,800), tetapi purata pendapatan
isi rumah bulanan disini adalah sebanyak 2,000 yuan (menurut Asia Times).

5. China dikatakan mempunyai stok daging khinzir yang bersamaan dengan 43 negara pengeluar
daging khinzir yang lain.

6. Penduduk China menghabiskan 50,000 batang rokok pada setiap saat.

7. Kereta Api Laju Amerika dikatakan kurang separuh daripada kelajuan Kereta Api Laju di China
iaitu antara Shanghai dan Beijing (150mph vs 302mph).

8. Gurun Gobi di China adalah bersamaan dengan saiz negara Peru dan ia dikatakan membesar
sebanyak 1,400 batu persegi setahun disebabkan pemanasan global serta ekosistem disana yang
semakin terancam.

9. China mempunyai 64 juta rumah yang kosong yang tidak berpenghuni.

10. Pusat Beli Belah terbesar di dunia adalah terletak di China … tetapi ia telah kosong 99% sejak
tahun 2005.

11. Hampir 10,000 warga China setiap tahun dimasukkan ke ‘Black Jails‘ tanpa sebarang syarat.

12. Sehingga tahun 2025 nanti, China mampu membina bangunan pencakar langit yang bersamaan
dengan 10 saiz bandar New York. “[Sehingga tahun 2025 nanti] 40 bilion meter persegi bangunan
akan dibina iaitu lebih kurang 5 juta bangunan dan 50,000 bangunan ini mungkin adalah pencakar langit
-.. Yang sama dengan saiz 10 Kota New York” Sumber: McKinsey, “.

13. Sehingga tahun 2030 nanti, China akan menambah bandar baru yang berpenghuni yang bersamaan dengan seluruh penduduk Amerika Syarikat.

14. China melaksanakan 3 kali hukuman mati lebih banyak daripada jumlah keseluruhan hukuman mati negara-negara lain di dunia ini. Pada tahun 2008 sahaja sebanyak 1718 hukam mati dijalankan disana.

15. Sekiranya anda membeli saham China, anda pada dasarnya memberi pembiayaan kerajaan China
kerana 8 saham tangga teratas Shanghai adalah milik kerajaan sepenuhnya.. Lebih kurang negara kita lah ..dipelopori oleh GLC

10 Bangunan Paling Besar Di Dunia

10 bangunan paling besar di dunia yang pernah dibina oleh manusia ini merupakan salah satu
pelaburan hartanah yang paling besar dan menelan belanja yang tersangat mahal. Anda pasti terfikir
bahawa berapa banyakkah jumlah wang dan pelaburan yang dibelanjakan untuk membina bangunan
sebegini sehingga tersenarai dalam 10 bangunan paling besar di dunia. 

10.Suvarnabhumi Airport



Lebih dikenali sebagai Bangkok International Airport. Ianya terletak lebih kurang 25 kilometer
daripada bandar Bangkok. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang terbesar di Asia Tenggara. Ia mempunyai ruang ketibaan / berlepas yang tersangat besar selain ruang kawalan serta
kawasan pentadbirannya. Yang menariknya, ia mempunyai menara kawalan yang paling tertinggi 
di dunia iaitu 132.2 meter  / 434  kaki. Keluasan bangunan ini adalah sebanyak 563 000 m².

9.Hong Kong International Airport



Hong Kong International Airport atau lebih dikenali sebagai Chek Lap Kok Airport ini merupakan
antara lapangan terbang paling sibuk di dunia. Ia merupakan lapangan terbang yang paling utama di
Hong Kong. Bangunan lapangan terbang ini mempunyai  keluasan 570.000 m² dan sebahagian besar dindingnya dibuat daripada kaca. lapangan terbang ini merupakan yang kedua tersibuk dalam proses pemindahan muatan kargo di dunia.

8.K-25



K-25 merupakan bangunan yang merupakan sebuah pusat pengeluaran / penguraian uranium dan penyelidikan nuklear di Tenesse, Amerika Syarikat. Bangunan ini dibina pada tahun 1945 dan kos pembinaannya dikatakan berjumlah hampir 512 USD dolar. Luas bangunan ini adalah sekitar
609,000 m² dan mempunyai bangunan berbentuk seperti U.

7.Pentagon



Merupakan bangunan yang menjadi markas tentera dan pusat operasi bagi Amerika Syarikat.
Adalah tidak menjadi satu kehairanan jika pentagon memiliki kawasan yang sangat luas kerana ada
banyak simpanan senjata dan pelbagai teknologi ketenteraan di bangunan Pantagon, Amerika Syarikat
ini. Luas keseluruhan bangunan ini dikatakan mencapai 610,000 m².

6.Palazzo Hotel



Kedudukan keenam tidaklah menjadi masalah kerana ia masih menjadi milik Amerika Syarikat juga,
namun kali ini bangunan ini bukanlah  markas atau bangunan tentera seperti Pentagon. Bangunan ini ialah grand hotel dan kasino yang terletak di Amerika Syarikat iaitu Palazzo Hotel. Ia merupakan sebuah bangunan yang mewah dengan pembinaan ciri kelas pertama. Luas bangunan ini mencapai 645,581 m².


5.Berjaya Times Square



Bangunan ini merupakan pusat beli belah dan hiburan yang terkenal dan terbesar di Malaysia.
Terdiri daripada hotel dua hingga ke lima bintang, pusat membeli belah, pejabat dan sebagainya yang
mewah. Luas bangunan ini hampir 700 000 m².

4.Venetican



Dibina oleh Sheldon Adelson yang merupakan syarikat pelaburan hotel. Ia merupakan salah satu
destinasi perlancongan serta perjudian dunia. Tempat ini memenuhi semua keperluan pelancong seperti kasino, hotel, pusat beli belah dan sebagainya. Keluasan bangunan ini berada dalam lingkungan 980 000 m².

3.Beijing International Airport



Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China ini merupakan lapangan terbang yang terpenting di
China. Lapangan Terbang ini, menduduki carta nombor lapan dalam senarai lapangan terbang tersibuk
di dunia dan merupakan lapangan terbang yang kedua terbesar di dunia. Kawasan lapangan terbang ini menjangkau 986,000 m².

2.Flower Auction



Merupakan sebuah pusat khas berkaitan bunga yang terbesar di dunia. Berjuta-juta bunga yang dipetik
akan disimpan disini seterusnya dipasarkan ke Belanda dan ke seluruh Eropah. Luas kawasan pusat ini hampir 990,000 m².

1.Dubai International Airport



Merupakan lapangan terbang yang paling terbesar di dunia. Mempunyai 180 check-in kaunter,
97 eskelator, 157 lif, ruang letak kereta yang dapat menampung 2600 buah kereta dalam satu-satu
masa. Bangunan ini mendapat tempat pertama kerana mempunyai pelaburan tanah terbesar di dunia
dengan jumlah luas bangunannya yang mencapai 1,500,000 m²

Mengapa Kucing Tidak Jatuh Secara Terbalik?

Adakah anda tahu bahawa apabila kucing melompat dari sebuah bangunan ke bangunan atau tempat-tempat yang lain, ia pastinya akan mendarat di atas tapak kakinya dengan begitu baik tanpa jatuh secara terbalik serta tidak mengalami sebarang kecederaan?

Hal ini demikian kerana kucing secara semulajadi mempunyai daya keseimbangan serta kordinasi tubuh badan yang luar biasa.yang membolehkannya menyedari posisi sebenar yang dikehendaki ketika mendarat. Ia berfungsi dengan cara memutarkan tubuhnya yang terbalik ke posisi yang betul untuk membolehkannya mendarat tanpa sebarang kecederaan.

Caranya mendarat juga adalah berbeza kerana semasa mendarat, ia akan menjatuhkan kedua kaki dihadapan dahulu dan diikuti kedua kaki dibelakang untuk menyerap impak. Impak diserap melalui kakinya yang dibengkokkan sedikit semasa ianya melakukan pendaratan.

Burung pandai bercakap yang terlepas ajar burung liar bercakap

Di Australia, seorang saintis mengatakan bahawa dia ada menerima panggilan dari beberapa penduduk
yang kehairanan apabila ada suara yang memanggil mereka dari atas pokok di taman mereka.

burung

Ada satu fenomena baru dimana burung-burung kakak tua yang diajar bercakap oleh tuannya,
apabila terlepas, ia akan mengajar pula burung-burung kakak tua liar untuk bercakap.

"Hello there!" , "Hello darling!" dan "What's happening?" adalah antara beberapa perkataan yang
diulang-ulang oleh burung-burung liar yang dipelajari dari burung kakak tua yang terlepas.

Seorang naturalis iaitu Martyn Robinson dari Muzium Australia di Sydney mengatakan, urutan peristiwa
yang biasa, melihat burung nuri dalam sangkar itu telah diajar frasa tetapi kemudian melepaskan diri.

Ia kemudiannya akan menyertai kawanan burung liar dan bercakap jauh di atas pokok, perkataan
yang dipelajari oleh burung-burung muda dalam kawanan itu. Golongan yang lebih tua menjadi tidak
mungkin untuk mula belajar.

Apabila anak-anak burung itu dilahirkan, mereka mendengar perkataan yang dituturkan oleh burung
lebih tua dan membesar dengan mengulangi frasa. Dan kerana itu ia berterusan, generasi ke generasi.

"Saya hanya berharap burung haiwan peliharaan yang telah diajarkan dengan kata-kata kotor tidak
menyertai kawanan (burung) kerana kita tidak mahu mendengar perkataan-perkataan itu di sekitar
taman-taman belakang." tambah Encik Robinson.

[Daily Mail]

Monyet yang suka geletek tapak kaki sendiri dan ketawa

Gambar-gambar monyet spesis Macaque yang suka geletek tapak kaki sendiri dan kemudian
ketawa ini dirakam di pulau Bali, Indonesia oleh seorang ahli Biologi Natalia Paklina, 51, yang
melawat tapak berdekatan Ubud semasa bercuti.

Monyet yang suka geletek tapak kaki sendiri

Puan Paklina, yang mempunyai rumah di Moscow, Rusia dan Enkhausen di Netherlands, berkata:
 "Anda boleh untuk pergi agak rapat kepada monyet di dalam hutan kerana ia digunakan untuk manusia."

"Pada mulanya saya fikir ia menggaru tetapi kemudian ia kelihatan seperti menggeletek diri sendiri
dan ketawa. Bagi orang-orang di Bali, monyet ini adalah suci dan yang berkaitan dengan monyet-
pahlawan Hanuman."

 

"Ini bermakna bahawa mereka diberi apa yang mereka mahu oleh penduduk tempatan supaya
mereka mempunyai banyak untuk merasa gembira dan ketawa."

[Dailymail.co.uk]

Kisah Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji
tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila
isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka
marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.

Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.

Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan
menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal.
Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang
bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan
amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan
kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.


... 01 Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


02 Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia,

Benua Arab, India, Cina)


03 Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan


04 Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan

sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.


05 Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.


06 Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah

Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik


07 Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang


08 Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon

dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya


09 Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya


10 Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam


11 Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari

Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.


12 Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w


Kiamat Bermula

* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya


Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk



* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

Wallahua'lam ~mori

http://www.tranungkite.net/

‎10 Ramalan Nostradamus

Berikut adalah antara ramalan-ramalan besar yang dibua...t oleh Nostradamus sepanjang hayatnya .
Sejauh mana kebenarannya? Wallahua'lam.

Kita sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali mempercayai ramalan atau tilikan kerana ia

bercanggah dengan ajaran Islam. Kita hanya berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah junjungan
besar kita Rasulullah SAW. Adapun dilihat kaitannya dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku ini
mungkin hanya kebetulan dan jika benar sekalipun tiadalah upaya seseorang makhluk Allah SWT itu melainkan mendapat petunjuk dari pentadbir langit dan bumi, Allah SWT. Sesungguhnya tiada yang berupaya mengetahui segalanya melainkan Allah SWT.

10 Revolusi Perancis

"From the enslaved populace, songs, Chants and demands While princes and lords are held captive in prisons. These will in the future by headless idiots Be received as divine prayers"

Orang-orang "the enslaved populace" bangkit dengan kekuatan, aristokrasi dijatuhkan dan dipancung

"While princes and lords are held captive in prisons". Dalam versi lain, "the 'great wall' falling" dikatakan merujuk kepada kerusuhan di Bastille.

09 The Great Fire of London
"The blood of the just will commit a fault at London, Burnt through lighting of twenty threes the six:

The ancient lady will fall from her high place, Several of the same sect will be killed."

Peristiwa London Fire terjadi pada tahun 1666, namun hanya sedikit orang yang mengetahuinya.

Peristiwa ini benar-benar meratakan London kuno "The ancient lady" di dalam dinding tua Roma.
Hanya enam korban jiwa yang benar-benar diketahui "the six" di baris kedua merujuk kepada jumlah kematian, walaupun mungkin banyak dari penduduk London yang meninggal ketika itu, tetapi mereka
tidak tercatat dalam sejarah. Api dari London Fire bermula dari sebuah toko roti, yang kemudian
melahap seluruh kota dalam tiga hari penuh. Jika penduduk London ketika itu melihat catatan
Nostradamus, mungkin mereka dapat selamat dari maut.

08 Kematian Lady Diana

"The penultimate of the surname of Prophet Will take Diana [Thursday] for his day and rest:He will

wander because of a frantic head, And delivering a great people from subjection."

Nama bapa kepada seorang yang dikenali sebagai teman lelaki Lady Diana, Dodi Al-Fayed, bernama Mohammed, "Prophet" - Nabi Muhammad SAW. Apakah kematian Lady Diana merujuk kepada

"a great people from subjection"? Mungkin bukan, namun kita semua setuju bahwa Anglo-Saxon
(Great Britain) merupakan bangsa yang terdiri dari orang-orang hebat. Faktanya sendiri, bahwa nama "Diana" jelas-jelas disebut di ramalan Nostradamus, dan tulisan nama yang spesifik seperti ini sangat
jarang ditemukan dalam karya-karya Nostradamus..

07 Ribut Katrina


"The cities of Tours, Orleans, Blois, Angers, Reims and Nantes Are troubled by sudden change.

Tents will be pitched by (people) of foreign tongues; Rivers, darts at Rennes, shaking of land and sea."

Apakah yang dimaksud oleh Nostradamus itu New Orleans? "Shaking of land and sea" mungkin

merujuk kepada ribut. "By (people) of foreign tongues" dapat bermaksud pertolongan sukarelawan
dari seluruh dunia (untuk korban Katrina). Lalu apa maksud Tours, Blois, Angers, Reims dan Nantes? Kemungkinan besar kota-kota tersebut ditujukan untuk Pra-Katrina.


06 Kematian F. Kennedy


"The great man will be struck down in the day by a thunderbolt, An evil deed foretold by the bearer

of a petition. According to the prediction, another falls at night time. Conflict at Reims, London and a pestilence in Tuscany."

"Thunderbolt" bermaksud gunshot atau tembakan. Dan "the great man will be struck down in the day"

artinya kematian John F. Kennedy. "Another falls at night time" harusnya ditujukan kepada Bobby
Kennedy yang mati lima tahun kemudian. Lalu apakah maksudnya "Reims, London, dan Tuscany"?


05 Louis Pasteur


"The lost thing is discovered, hidden for many centuries. Pasteur will be celebrated almost as a

God-like figure. This is when the moon completes her great cycle, But by other rumors he shall be dishonored."

Louis Pasteur (1822 - 1895) merupakan seorang ilmuwan kelahiran Prancis. Beliau dikenal sebagai

salah satu ilmuwan mikrobiologi terbesar sepanjang masa. Penemuan-penemuannya yang tak ternilai
bagi dunia diantaranya adalah proses pasteurisasi, yaitu mematikan bakteri yang ada di susu dengan pemanasan, dan vaksin antraks dan rabies ("the lost thing is discovered, hidden for many centuries").
Pasteur, dalam bahasa Prancis dapat juga berarti "pastor" atau pendeta. Oleh karena itu, beberapa

orang mengatakan ramalan ini hanya sekedar prosa dari Nostradamus tentang pendeta tua atau
apapun itu. Yang lain mengatakan ini adalah ramalan langsung tentang orang yang mempelajari
mikrobiologi dan menemukan susu tahan bakteri dan vaksinasi antraks serta rabies. Silakan pilih mana
yang kira-kira lebih masuk akal bagi anda.


04 Bom Atom


"Near the gates and within two cities There will be scourges the like of which was never seen,

Famine within plague, people put out by steel, Crying to the great immortal God for relief."

Hiroshima dan Nagasaki ("Two Cities") dibom atom pada tanggal 6 dan 9 Agustus 1945.

"Scourges the like of which was never seen" dan "Crying to the great immortal God for relief"
merupakan deskripsi akurat tentang apa yang terjadi tanggal 6 dan 9 Agustus 1945. Namun beberapa
kritik menyangkalnya dengan mengatakan ramalan tersebut masih samar, artinya dapat berlaku
terhadap semua perang yang terjadi diantara abad Notradamus hingga sekarang - atau di masa depan.


03 WWIII And Hitler

"The two greatest ones of Asia and of Africa, From the Rhine and Lower Danube they will be said

to have come, Cries, tears at Malta and the Ligurian side.
Also ...
From the depths of the West of Europe, A young child will be born of poor people, He who by

his tongue will seduce a great troop; His fame will increase towards the realm of the East."

Dua bait ramalan ini mungkin menceritakan tentang Perang Dunia II dan Hitler... atau bukan.

Mungkinkah "A young child will be born of poor people" adalah Adolf Hitler? Bukankah yang paling
dikenal dari Hitler adalah kekejamannya? Dan bagaimana dengan genosida serta sifatnya yang megalomaniac? Bukankah itu Adolf Hitler?

02 Serangan 9/11

"Earthshaking fire from the center of the Earth Will cause tremors around the New City. Two great

rocks will war for a long time, Then Arethusa will redden a new river."

Ya, "Two great rocks" dapat berarti "two towers" kan? Namun dapatkah kita katakan kedua menara itu sedang berperang? Jika anda membaca ramalan ini sebelum The 9/11 Attack, anda mungkin mengira ini mengacu kepada gempa bumi atau gunung meletus. "Earthshaking fire", "tremors", "rocks will war",

bisa saja merujuk kepada dua lempeng bumi yang saling bertabrakan, lalu mengakibatkan gempa,
namun siapa yang tahu? Kembali ke Nostradamus, gedung pencakar langit seperti Twin Towers,
jumbo jet seperti yang menabrak mereka dan kota modern seperti New York mungkin tidak pernah terpikirkan atau terbayangkan, lalu jika ia benar-benar melihat kejadian ini, apakah ia tahu apa yang
benar-benar ia lihat?

01 End of The World

Ingat ketika orang-orang mengatakan bahwa dunia akan berakhir pada tahun 1994? Bagaimana

dengan tahun 1998? Atau 2000? Para pengikut Nostradamus percaya bahwa Nostradamus
mengatakan dunia pasti akan berakhir, dan kita semua tahu itu walaupun kita tidak percaya kepada Nostradamus. Sekarang, yang paling baru, orang-orang mengatakan bahwa dunia akan kiamat pada
tahun 2012. Tepatnya 21 Desember 2012. Nostradamus sendiri dengan jelas menulis bahwa ia hanya
dapat melihat ke masa depan hingga tahun 3797. Apakah ini berarti dunia akan berakhir pada Abad
ke 38? Hanya Tuhan yang tahu.

Ada Racun dan Penawar di badan LALAT!!!


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
 
Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat
itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap
yang lain terdapat ubat.
(Riwayat al-Bukhari)

Kemusykilan

... Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai
penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik
Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang
telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun
perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis
toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal
malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan
apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.


sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall
menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul
di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di
sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin.
Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada
sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan
mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan
baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum
dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
 

Masjid tahan serangan bom atom dan gempa bumi!

*Pada 26 Julai 1945 selepas Jerman kalah dalam Perang Dunia Ke-2 kerajaan Amerika Syarikat,
Britain, dan China menghantar mesej radio kepada Jepun meminta supaya mengalah.

*Kebanyakan ahli kabinet Jepun pada masa itu menyokong perdamaian itu tetapi mereka mahu
mengambil sedikit masa untuk membincangkan syarat tersebut.

*Ketua kerajaan Jepun mengumumkan tawaran tersebut diterima, tetapi kerajaan belum mahu memberi komen mengenainya. Semasa dia membuat kenyataan ini, dia menggunakan kata ‘mokusatsu’ yang bermaksud “tidak memberi komen.“ Malangnya ia juga bermaksud “tidak mengendahkan.”

*Kebanyakan rakyat Jepun yang melihat perkataan tersebut boleh mengagak niat yang ingin
disampaikan oleh kerajaan melalui perkataan tersebut, tetapi seorang rakyat Jepun silap mengenainya

*Dia ialah orang yang menyediakan siaran berita radio berbahasa Inggeris mengenainya

*Dia berkata dalam bahasa Inggeris, kabinet Jepun telah memutuskan untuk tidak mengendahkan
tawaran tersebut. Pada 28 Julai akhbar-akhbar Amerika mengeluarkan berita mengenai Jepun tidak mengendahkan tawaran tersebut

*Pada 6 Ogos Presiden Harry S. Truman mengumumkan bahawa Jepun telah menolak tawaran damai
dan mengarahkan bom atom digugurkan di Hiroshima

bom!!!





dan bersambung dgn cerita di bwh ini


Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di
Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama
kali dalam sejarah dunia.

Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang.
Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar
Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.

Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid
menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah
masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya.
Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.




Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar.
Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari
German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu
bilik juga diletakkan di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula
dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.
Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak
sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.

Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja,
tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.

Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang
sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.

Gambar Masjid Kobe sekarang.


Rahsia di sebalik tubuh manusia


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan.
Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia.
Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya.
Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada
nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada
lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat
mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah
tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.


Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan
keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf :
Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan
dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat
yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan
kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai
Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim
mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak.


Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk 
kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan
Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia



Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح),
sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya
membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa
Perjanjian Terakhir.









احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w.
Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad,
tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja,
iaitu 'Yang Terpuji'.

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata:
"Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan
Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat
 dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang
Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya
Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)




Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang
sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling
rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia
yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap
ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar,
dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan
segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca
kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar
di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, SubhanAllah.



"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu
Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu
dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki,
Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)



HADIS RASULULLAH BEKAITAN TANDA KIAMAT - PANJI HITAM UFUK TIMUR

Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah
Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera
Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan kalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang
membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya
datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis
Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana
pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:

Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada
al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:

Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu
al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya)
keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang
yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian
datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya
ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:

Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan
al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan
lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:

Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari
Timur.

7. Sabda Nabi SAW:


Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji
itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


8. Sabda Nabi SAW:

Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda.
Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya.
As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula.
Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-
cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia
40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:

Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya,
hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:

Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba
datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka
kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun
bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?
Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia.
Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah
datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan
beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun
terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. (Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:

Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum
keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula
oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-
kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka
dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras,
yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan
memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap
orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini
al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh
kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur
dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya,
dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan
kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam.
Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.


15. Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya
seratus pahala syahid. (Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:

Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat
simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak
seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari
arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak
di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala
urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:

Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang
dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)