Sunday 24 July 2011

Doa Yang Kita Lupakan....dan Lalaikan.

Assalamualaikum Wbr.



Saya berpesan kepada diri saya dan juga tuan puan untuk kita jangan melalaikan bacaan doa di dalam solat ini.


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita
hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak
tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,

Lapangkan dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti
membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangilah aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang
tak terhitung besarnya

Lapangkanlah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut
sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu.
 
Kredit to Panglima 7

Macam2 pasal mesin ATM


Utk org yg terer Fizik & add Math ja boleh keluarkan duit.



Teknologi Tercanggih



Batman Lupa bawa duit nak beli rokok.. so singgah atm kejap..



Ambil duit utk nak masuk ke toilet.. tapi dah terlambat lak.. kat sini pun jadi



Keselamatan yg ketat telah diaktifkan daripada org belakang dpt melihat.



Sapa kata superman kuat? ADMIN pon terpikir gak kat mane la die simpan wallet dengan berpakaian sebegitu..mayb hanya bawak IC dan kad ATM pastu selit kt underwear kot.kah3

P/S : Agak2 ada tak perkara2 seperti diatas berlaku di ATM Maybank, BSN, CIMB, RHB & Public Bank kat Malaysia ??

Kredit to FB Wujud

20 Amalan Mulia Pembuka Pintu Rezeki

Assalamuaalaikum Wbr.

Pintu demi pintu, dan gerbang demi gerbang


Amalan-amalan yang ingin dibaca ini,
boleh menjadi penyebab Allah melimpahkan rezeki kepada kita,
dengan keluasan rezeki dengan kesan mendadak hasil amalan-amalan mulia ini,
iaitu kesannya berupa rasa “cukup” dengan pemberian-Nya.
                
Berdasarkan konsep rezeki yang telah dibentangkan sejak Nabi Adam diturunkan, Allah membuka jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki, dalam pelbagai bentuk dan cabang, yang sentiasa menjadi punca kebaikan amalan di dunia, dan kesan amalan mulia ini mempunyai siri rantaian yang kekal ke alam akhirat.

Rezeki yang dikurniakan Allah ini bukan hanya berbentuk wang ringgit dan makanan semata-mata .....TETAPI dalam keadaan pelbagai rupa bentuk pertolongan dan bantuan orang kepada kita disaat kita sangat-sangat memerlukan bantuan.  Contoh seperti kereta rosak di tengah jalan ......atau ditengah malam.  Memerlukan tunjuk ajar dari seseorang, penunjuk jalan dikala kita sesat, di kala kita ketakutan, di kala kecemasan, mengharapkan sokongan dari orang lain, melepasi Traffic jammed di saat kita kena cepat sampai pada waktunya dan macam-macam lagi yang kita tak terfikirkannya..

AL - FATIHAH
Sebelum memulakan 20 amalan mulia, anda disarankan membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari selepas solat: Dan selepas selesai membacanya, Anda niatkan pahalanya untuk dihadiahkan seperti di bawah:

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad SAW,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua ibu & bapaku dan seluruh salasilah keturunan ibu dan bapa aku yang telahpun meninggal dunia,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diri aku, dan kesemua adik-beradikku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada guru-guruku yang pernah mengajari aku sejak aku kecil hinggalah aku dewasa sekarang ini,


Amalan 1.
Menyempatkan diri beribadah -
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
"Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan 2.
Memperbanyak istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang dan kasihan pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan 3.
Tinggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah,
malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
(Riwayat at-Tirmizi)
Antara perbuatan dosa yang hari-hari kita buat:
- pandang aurat manusia – umpat berlebihan (juga melalui internet pakai keyboard)
- buruk sangka – pandang rendah keupayaan manusia lain – rasa diri bagus
- buang sampah keluar dari kereta – dan perkara2 yang anda tafsirkan sebagai jelek

Amalan 4.
Sentiasa ingat Allah -
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman (iaitu Islam).
Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Al Quran, Surah Ar-Ra'd, Ayat 28)
Antara amalan ingat Allah yang boleh kita buat:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak perlu gerakkan mulut pun)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda yang tersendiri)
- mulakan setiap 1 perkara dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa sahaja perbuatan “baik” asalkan minda anda sentiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa “disconnect” dengan Allah.

Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya."
(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. "
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah,
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."
(Riwayat Bukhari)

Amalan 7.
Tunaikan hajat orang lain -
Menunaikan hajat orang,
menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."
(Riwayat Muslim)

Amalan 8.
Banyak berselawat -
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
selawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
selawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a'lam.

Amalan 9.
Buat kebajikan banyak-banyak -
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. "

Amalan 10.
Berpagi-pagi -
Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.

Amalan 11.
Menjalin silaturrahim -
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. "
(Riwayat Bukhari)

Amalan 12.
Melazimi kekal berwuduk -
Seorang Arab desa menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
nescaya Allah akan memurahkan rezeki."
(Diriwayatkan daripada Sayyidina Khalid al-Walid)

Amalan 13.
Bersedekah -
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya."
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Amalan 14.
Melazimi solat malam (Solat Tahajud) -
Rekod menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah .

Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha -
Waktu Solat Dhuha
- iaitu 28 minit selepas waktu syuruk
- waktu syuruk = waktu terbit matahari
- waktu maksimum Dhuha ketika kulit anda dapat merasai bahang matahari
Solat Dhuha lazimnya dibuat waktu ketika manusia sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian),
Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang Maha Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah -
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)

Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu -
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilat khusus untuk
- keluasan ilmu
- terbukanya pintu hidayah,
- dimudahkan untuk memahami agama,
- diberi kemanisan iman
- dan dilapangkan rezeki.
Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara berterusan 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibacakan selalu;
misalnya dibaca
"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang,
diiringi doa:
"Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu,
ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi'ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kepapaan & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a'lam.

Amalan 18.
Berdoa -
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah,
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan perkenankan.
Nota:
- tanggungjawap manusia kekalkan berdoa kepada Allah (jangan putuskan amalan ni)
- peranan Allah memakbulkan apa sahaja permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini mintak di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman,
berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )

Amalan 19.
Berikhtiar sehabisnya -
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya,
hendak tenang dibacanya Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi,
hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal,
hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik dulu,
hendak rezeki berkat dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya.

Amalan 20.
Bertawakal -
Dengan tawakal,
seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah ,
nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ."
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
ia pagi hari lapar dan petang hari ia telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua 20 amalan mulia yang disebut ini,
adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah akan beri
"jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)

Pendek kata,
bagi orang Islam,
untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya,
kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah,
lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.

Kredit to Panglima 7

Petua : Isteri-Isteri Sentiasa Dara.

Assalamualaikum Wbr.

Khusus untuk wanita, untuk di amalkan selalu.

Sebagai lambang.

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra 

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga. 



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
 
- Kredit to Panglima 7
.

Copy & Linkkan dalam blog anda jika mahu....untuk bacaan kaum wanita, ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Ramadhan Akan Tiba , Bagaimana Kita Menyambutnya ?

Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan dari Allah swt ! Ia adalah bulan Ramadhan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan ketaqwaan, bulan kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka.

Terdapat padanya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Kita memohon limpahan kurniaanNya.

Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.

Oleh kerana itulah sifatnya tetamu mulia ini, amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya – menyambutnya dengan cara yang terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah dari kunjungannya dan apabila ianya pulang jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah. { Sesungguhnya telah berjayalah orang yang menyucikan dirinya (surah as-Syams 9)].

Dek kerana itulah ulama terdahulu menghargai tetamu ini… kerana itu diceritakan bahawa : { “Mereka memohon Allah lanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadhan sepanjang enam bulan sebelumnya… apabila ianya berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdo’a agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadhan sepanjang berapa bulan selepas itu..} sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Rajab rahimahullah.


Cara Sambutan Ramadhan di pelbagai tempat

Firman Allah swt yang bermaksud : { Jika kamu ikuti (patuh) kepada kebanyakan manusia di muka bumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah (surah al-An’am 116) }.

FirmanNya yang bermaksud : { Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya (surah Yusuf 103) }

Saudara-saudari yang dikasihi ;

Sekiranya anda memerhatikan keadaan dunia Islam anda akan merasa kehairanan dan ta’jub dengan keadaan mereka di dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.

· Sebahagiannya menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah swt…

· Sebahagiannya menyambutnya dengan berpesta, perhimpunan umum, nyanyian, tarian dan muzik…

· Sebahagiannya menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam di bulan Ramadhan… yang dipenuhi dengan adengan yang memenuhi tuntutan nafsu berahi…

· Sebahagiannya menyambutnya dengan menjemput dan mengadakan pertemuan dengan penyanyi-penyanyi dan pelakon-pelakon filem seraya bertanya : “Apakah nyayian dan adengan lakonan yang bakal dipersembahkan ?”…

· Sebahagiannya menyiapkan agenda-agenda peraduan, pertandingan, uji bakat bulan Ramadhan yang menjauhkan diri dari ketaatan kepada Allah…dan lain-lain lagi.

Bukanlah begitu sepatutnya diraikan bulan Ramadhan yang berkat…dengan maksiat, kerja-kerja haram, memerangi kehormatan bulan mulia dan permusuhan dengan Allah yang maha kuasa.

Benarlah sabda Baginda saw yang bermaksud : “Ramai yang berpuasa habuannya hanyalah lapar dan dahaga” (riwayat Ahmad)

· Sebahagiannya menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orangramai bagi membeli pelbagai jenis makanan dan minuman ; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur di waktu siang, berjaga di malamnya dengan aneka hiburan dan pelakuan haram sambil mengucapkan kata-kata : “Selamat datang wahai Ramadhan…bulan keberkatan dan pahala..” menggantikan taubat, beramal soleh dan bersyukur kepada Allah dengan hati, lidah dan anggota.

Kepada mereka kita bacakan ungkapan penyair ;

“Wahai orang yang berkhidmat kepada dirinya alangkah deritanya dirimu,
Apakah kamu menuntut keuntungan pada pekerjaan yang merugikan,
Siapkanlah dirimu sempurnakanlah kelebihannya,
Kamu adalah insane kerana jiwa bukan kerana tubuh semata-mata.”


Pedoman Menyambut Ramdhan yang Dianjurkan

Cara yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagaimana berikut ; secara ringkasnya :

i- Berdoa’ … semoga Allah melanjutkan usia anda dapat menyambut bulan Ramadhan… sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolonganNya dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya,

ii- Membersih diri dan bersuci… iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu.

Bagi mereka yang masih melakukan dosa kita tanyakan :

- “Jika anda masih dalam kekotoran maksiat, patutkah anda menerima hadiah pemberian Allah ini?”,

- “Bagaimana anda berpuasa lantas berbuka dengan perkara yang diharamkan?”,

- “Wahai mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja ! Bagaimanakah puasamu akan diterima Allah sedangkan anda masih lagi meninggalkan rukun Islam kedua yang denganya anda terkeluar dari agama Allah?”,

- “Wahai mereka yang masih memakan hasil riba, rasuah dan haram ! Bagaimanakah kamu sanggup berpuasa, tidak makan yang diharuskan oleh Syara’ tetapi kamu berbuka dengan rezeki yang haram?”,

- “Wahai anak-anak yang menderhakai ibu-bapanya ! Bagaimanakah kamu rasa tenang untuk berpuasa sedangkan Jibri mendo’akan kemusnahanmu lantaran kederhakaanmu itu dan diaminkan oleh Junjungan saw?”,

- “Wahai saudaraku yang dikasihi! Bagaimana kamu harapkan puasamu dimakbulkan sedangkan kamu masih berada di landasan yang tidak diredhaiNya?”.

- “Tidakkah pernah dinyatakan kepadamu sabda Baginda saw : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan terus mengerjakannya, Allah tidak akan menghiraukannya - tidak memberikan pahala kepadanya - (walaupun) dia tidak makan dan minum (berpuasa)” (riwayat al-Bukhariy).

Oleh kerana itu bertaubatlah kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh, pintu taubat sentiasa terbuka, taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa.. bahkan ianya memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah swt.

iii- Penyediaan diri bagi menyambut kedatangan Ramadhan… dengan menunaikan ‘ibadat puasa sunat pada bulan Sya’aban serta amalan kebaikan lain… ianya bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah swt … sebagaimana yang diriwayakan oleh Usamah bin Zaid : “Nabi saw berpuasa penuh pada bulan Sya’aban… atau berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut…”,


iv- Antara perkara terpenting ; mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunnah Nabi saw serta aturcara pusanya sebelum menghampiri bulan tersebut, mempelajari syarat-syarat puasa, sah batalnya , hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Sya’aban (hari syak), perkara yang harus, wajib atau haram bagi seseorang yang berpuasa, apakah adab-adab dan sunat-sunat berpuasa, bagaimana ingin menunaikan I’badah qiyam (solat tarawih dan seumpamanya), hukum-hakam bagi orang uzur, sakit, musafir dan sebagainya pada bulan puasa, berkenaan bayaran zakat fitrah… dan seumpamanya. Begitu juga memahami cara ‘ibadah Nabi saw di bulan yang mulia ini terhadap dirinya, keluarga dan umatnya… puasanya… qiyamnya… kemurahannya…penjagaan pancainderanya… tadarus al-Quran… dan seterusnya.

v- Antara agenda seterusnya menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan mengadakan program-program yang memenuhi waktu anda yang amat berharga itu bagi diri anda, keluarga, rakan-rakan … dengan membaca al-Quran, tadarus, hafazan… qiyamullail, menyediakan hidangan berbuka puasa untuk mereka, umrah, I’tikaf, bersedaqah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, ketaatan kepada Allah… dan seterusnya.

Saudara-saudariku yang dihormati :

Inilah secebis coretan antara perkara yang amat perlu diamalkan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan ini… semoga Allah menyelamatkan kita dengan dijuruskan diri-diri kita kepada petunjuk yang benar dan jalan yang diredhaiNya, serta dijauhkan kita dari kesalahan yang menjurus kepada kebinasaan dan kesesatan.

Sebagai penutup bicara marilah sama-sama kita menyelami kata-kata ini :

Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa di bulan Rajab,
Sehingga menderhakai Tuhannya di bulan Sya’aban,
Telah datang kepadamu bulan puasa selepas keduanya,
Janganlah jadinya juga bulan kederhakaan,
Bacalah al-Quran dan bertasbihlah padanya, dengan sunguh,
Kerana ia bulan tasbih dan bulan Quran,
Ramai mana yang kamu kenal orang terdahulu yang telah berpuasa,
Antara keluargamu, jiran tetangga dan sahabat handai,
Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup,
Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.

Ya Allah, sampaikan kami ke bulan Ramdhan… bantulah kami di dalam mengerjakan puasa, qiyam dan amalan soleh padanya dan di bulan-bulan yang lain, teguhkanlah pendirian kami di dalam ketaatan kepadaMu sehingga kami menemuiMu. Engkalah yang maha mendengar alagi maha menyahut do’a-do’a kami.


sumber : mufti.islam.gov.my

Cara Percepatkan Connection Modem Guna Tin Ubat Nyamuk.

Sedang BW tadi terjumpa satu artikel unyuk mempercepat connection internet.Betul atau tidak cubalah sendiri.Yang anda perlukan adalah :
- Tin ubat nyamuk sembur ukuran 600ml
- Keping CD/DVD
- Modem USB

Mungkin anda akan berfikir mengapa dengan benda-benda tersebut kita boleh mempercepat koneksi internet modem USB.. Sampai saat ini belum menemukan alasan ilmiah nya, namun pada praktikalnya, memang benar, signal modem yang digunakan menjadi full. Terserah, apakah anda percaya atau tidak, yang penting ilmu kita dapat disini.

Caranya :

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Pengenalan
...
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV

Recopy
Lain-lain masa yang perlu diurus.
-Masa ditelipon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
-Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
-Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
-Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
-Masa mendengar radio(kurangkan masa)
-Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
-Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



Teknik Belajar PV3R-Preview (tinjauan awal)
-Question (soal diri)
-Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
-Recite & write (lafaz dan tulis nota)
-Review (tinjauan akhir)
-Sumarize (ringkaskan)
-Test your self (uji diri anda)
-Use (gunakan)
-Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak-Positive mental attitude & positive physical action.
-Air-clean air for the brain.
-Mental Challenges for the brain.
-Food for the brain.
-Exercise for the brain.
-Sleep for the brain.
-Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan-Faham.
-Jarakkan/pecahkan masa belajar.
-Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
-Percaya pada diri sendiri.
-Ulang berkali-kali.
-Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
-Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
-Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

"IBARATKAN ILMU ITU SEBAGAI JAMBATAN DAN LEBUHRAYA..KERANA ILMU MENGHUBUNGKAN KITA KE ARAH KEJAYAAN...DAN TUNTUTLAH IA HINGGA KE LIANG LAHAD......"
AMALKAN SEMOGA BERJAYA


Kredit to FB Wujud
[salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]


s-sumarize [ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara PembayanganKita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.


Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.




Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.-Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
-Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
-Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
-Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
-Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
-Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
-Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
-Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
-Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
-Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
-Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
-Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
-Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
-Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
-Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
-Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
-Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
-Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
-Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
-Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH