Wednesday 12 October 2011

Pembuktian Hadis Rasulullah Berkenaan Sayap Lalat Beracun Dan Berpenawar



PAGI hari. Anda menghadap segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Tiba-tiba seekor lalat jatuh ke
dalam cawan minuman anda. Apakah anda akan meminum airnya? Anda mungkin tidak meminumnya
kerana jijik dengan lalat tersebut. Pada hal dari segi saintifik air itu selamat diminum setelah lalat
direndam seluruhnya di dalam air kemudian dibuang. Lalat yang biasa kita temui dan dibincangkan
di sini merujuk kepada lalat rumah.

Definisi
Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi
diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat
mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.

Kitar hidup.
Seekor lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat untuk mencapai kitar hidup
yang sempurna. Perkembangannya bermula daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan mantap. Masa ini
dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.

Telur yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong
sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang
lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa
yang dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian
keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan
pada musim panas.

Cara makan. 
Lalat tidak menggigit tetapi menyedut zat makanan seperti nyamuk dengan menggunakan belalai.
Sebelum makan, lalat merembeskan saliva untuk melembutkan makanan. Hasil tindak balas kimia di
antara saliva ke atas makanan menjadikannya bertukar dalam bentuk cecair, kemudian disedut. Lalat mempunyai lidah berbentuk penyedut (straw).

Lalat dari sudut pandang Islam. 
Pada asasnya, lalat amat bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan kerana menjadi vektor yang membawa dan menyebar organisma berpenyakit. Bakteria dibawa di luar permukaan badannya.
Apabila hinggap di atas makanan, lalat juga meninggalkan tahi yang akan menyebabkan keracunan.

Kisah lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud, “jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air.
Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar.”
(Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4). Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis
yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn
Abdullah ibn Anas.

Shah Wali Allah Ad-Dahlawi mengatakan di dalam kitabnya Hujjatullaahu al-Baalighah bahawa hadis
ini menunjukkan Allah bebas memberikan setiap spesies yang beracun sistem imuniti atau penawar.
Hal ini agar dapat memastikan kelangsungan hidup speasis tersebut. Racun pada lalat merupakan
alat untuk mempertahankan dirinya sendiri daripada serangan musuh. Manakala penawar pula
disediakan untuk memastikan keselamatan makhluk lain yang dicemari racunnya. Hukum timbal
balik ini samalah seperti tindak balas di antara bes dan asid yang meneutralkan anatara satu sama lain.

Lalat dilengkapkan penciptaannya oleh Allah dengan kandungan penawar pada sayap sebelah kanan
dan racun di sayap kiri. Apabila merasa terancam, seperti kakinya terlekat di dalam air mekanisma pertahanan diri akan bertindak secara spontan. Sayap sebelah kiri dikepak mencecah air agar racun
yang dimiliki berupaya menewaskan musuh. Namun begitu, biasanya air yang melekat pada sayapnya
tidak mampu memberi kekuatan kepadanya untuk terus terbang. Ketika itu, sayap sebelah kanannya

masih lagi tidak mencecah air. Justeru kitalah yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam air bagi
memastikan racun yang terserak dineutralkan semula.

Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm Al-Hadith 
(Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da’ish menjalankan
eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur
bakteria daripada air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian kesemua 40 sampel
diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan bakteria paling sedikit.

Selain itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang
terdapat pada sayap lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan air
steril, seekor lalat dijatuhkan dalam piring kedua (2) tanpa menenggelamkannya. Sebaliknya seekor lagi
lalat dijatuhkan dan ditenggelamkan sepenuhnya dalam piring pertama (1). Hasil kajian tersebut telah mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring
petri kedua (2) iaitu lalat yang tidak ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air. Manakala dalam piring petri pertama (1) iaitu piring yang terdapat lalat yang ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air, wujud sejenis antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen dalam sistem imun
yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku patogen. Lihat gambarajah seperti di bawah,
C mewakili jenis lalat yang tidak dinyatakan. Sila rujuk rencana kedua selepas ini.



Penemuan yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada
kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis lalat selain lalat
 rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap
sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus sp.,
Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid.

Perkembangan teknologi perubatan akhirnya menggerakkan saintis sama ada Islam atau Barat untuk mengkaji kesahihan hadis rasulullah S.A.W ini. Dua penemuan sains yang dijalankan oleh saintis Islam mengesahkan kebenaran hadis nabi Muhammad S.A.W. Kita selaku orang yang beriman kepada
kerasulan nabi Muhammad harus merasa takjub, lantas meningkatkan lagi keyakinan kita terhadap
ajaran yang dibawa oleh baginda. Perkara ini sekurang-kurangnya menjadi hujah kepada orang yang
beriman bagi menolak tohmahan kononnya nabi seorang ahli sihir atau seorang yang pandai mereka-reka perkara yang tidak pasti.

Bagaimana nabi Muhammad S.A.W mengetahui perkara ini sedangkan pada waktu itu belum ada
teknologi yang canggih untuk mengesahkan kesahihan hadis baginda? Hal ini tidak lain melainkan
nabi Muhammad S.A.W mendapat ilham daripada Allah secara langsung. Sesuailah dengan sifat
baginda apabila bercakap. Allah menegaskan di dalam ayat 3 dan 4 surah an-Najm, mafhumnya;

“Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang
diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)”


Glosari 
Ø Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang
menyerang sistem tubuh.
Ø Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem
pertahanan tubuh.
Ø Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan
perubatan.
Ø Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing. 

"Khalid bin Makhlid menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Bilal menceritakan kepada kami,
beliau berkata: 'Utsbah bin Muslim bercerita kepadaku bahawa beliau berkata:' Ubaid bin Hunain mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau berkata: Aku mendengar Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seekor lalat jatuh ke dalam gelas salah seorang daripada kamu, maka celupkanlah
lalat itu lalu angkatlah (buanglah) ia kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan
pada sayap satunya lagi terdapat pula penawarnya."

Ramai yang menolak dan mengingkari hadis ini dengan alasan menyalahi realiti dan ilmu perubatan.
Benarkah sedemikian?

Kepada para penafian hadîs berkenaan kes lalat ini, artikel ini merupakan sebuah bukti bagaimana
kebenaran Nabi Allah Muhammad SAW, dan bagaimana mukjizat beliau akhirnya terkuak oleh ilmu
sains dan pengetahuan moden pada zaman sekarang.
  
Sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti
Sains, Universiti Qashim, Kerajaan Arab Saudi bersama beberapa penyelidik muda yang terdiri
daripada:

  1. Sami Ibrâhîm at-Tailî 
  2. 'Dil' Abdurrahman al-Misnid 
  3. Khâlid Dza'âr al-Utaibi 

Yang dibimbing oleh Dr. Jamal Hamid, dan dikoordinasi oleh DR.Shâlih ash-Shâlih (seorang da'i
terkenal di Eropah), telah melakukan kajian berkenaan analisa mikrobiologi tentang sayap lalat.
Laporan ini telah mereka presentasikan ke dalam "Student Research Seminar" di Universiti Qashim, KSA.
  
Kaedah yang mereka gunakan adalah cukup mudah, iaitu dengan mengkultivasi (menumbuhkan) air
steril yang telah dicelupi oleh lalat ke media Agar [media yang berasal daripada musilaginosa kering
yang diekstrak dari ganggang mereh, yang mencari pada suhu 100 ° C dan menjadi padat pada suhu
40 ° C yang tidak boleh dicerna oleh mikrob] lalu mereka mula mengenalpasti mikrob apakah yang
wujud di dalam air yang telah dicelupkan dengan lalat berkenaan.
  
Terdapat beberapa spesis alat yang digunakan dalam eksperimen ini, dan sampel yang digunakan
untuk setiap spesis lalat tersebut terdiri daripada dua sampel, iaitu:

  1. Sampel air steril di mana lalat dimasukkan sehingga hanya pada bahagian sayap lalat sahaja.
  2. Sampel air steril yang dimasukkan lalat yang dicelup keseluruhan tubuhnya. Semua ini dilakukan secara aseptis (bebas mikrob) di bilik khas, untuk menghindarkan terjadinya pencemaran luar yang akan menjadikan hasil kajian menjadi tidak jitu.

Setelah itu, sampel air tersebut akan dikultivasi ke media Agar dan diinkubasi selama beberapa hari
sehingga kultur (pembiakan) mikrob mula wujud dan tampak secara jelas. Hasil kultur mikrob tersebut
akan dikenalpasti untuk mengetahui jenis mikrob berkenaan. Berikut ini adalah hasil kajiannya:

Spesies Lalat A 

Cawan Petri 1: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara
sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air).
  
Cawan Petri 2: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.
        


Hasil Penelitian: 

Pada cawan petri 2, setelah dikenalpasti ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis
E. Coli, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada cawan 1, pada
mulanya kelihatan terdapat pertumbuhan koloni kecil jenis E. Coli, namun pertumbuhannya telah
dibantutkan oleh sejenis mikro organisme yang setelah dikenalpasti ia merupakan bakteria Actinomyces
yang dapat menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang boleh diekstrak
iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteria dan bersifat antibakteria dan
antifungi.
     
Spesies Lalat B

Cawan Petri 1: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara
sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air).
  
Cawan Petri 2: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat
ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.



Hasil Penelitian: 

Pada cawan petri 2, setelah dikenalpasti ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Coynobacterium dephteroid, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada
cawan 1, didapati juga telah ditumbuhi sejenis  mikro organisme yang setelah dikenalpasti ia merupakan bakteria Actinomyces yang menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotic yang
dapat diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi untuk melisiskan bakteria dan
bersifat antibakteria dan antifungi.
     
Spesies Lalat C 

Cawan Petri 1: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara
sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air).
  
Cawan Petri 2: 
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.


     
Hasi Penelitianl: 

Pada cawan petri 2, setelah diselidiki ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Staphylococcus sp, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada cawan 1,
telah didapati ditumbuhi oleh sejenis mikroorganisme yang dikenalpasti sebagai bakteria Actinomyces
yang mampu menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang boleh diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteria dan bersifat antibakteria dan
antifungi.

Keputusan yang serupa juga diperolehi untuk jenis lalat lainnya yang banyak mengandungi bakteria
patogen Salmonella sp. dan Proteus sp. yang kemudian dibantutkan pembiakkannya oleh kehadiran
mikro organisme Actinomyces.
  
Kesimpulan:
Kemasukan lalat pada air minuman kemudian ia dicelup sehingga tenggelamnya tubuh lalat tersebut ke
dalam air ternyata memberikan hasil yang berbeza yang secara signifikannya, kajian ini telahpun membenarkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, bahawa pada sayap lalat itu terdapat
penyakit dan juga penawarnya.
  
Subhanallah, 14 abad yang lalu, seseorang boleh memberikan maklumat seperti ini tanpa ada penyelidikan. Masihkah ada yang cuba menafikan kerasulan Baginda??
  
Maha benar Allah dan Maha benar Rasulullah SAW yang menjadi penyampai wahyu-Nya.

Sumber: answering.wordpress.com/2011/02/06/sebuah-eksperimen-tentang-keajaiban-hadits-lalat/
Suntingan: Audaf
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila Rujuk Pautan Di Bawah Untuk Membaca Makalah Pertama "Pembuktian Hadis Rasulullah Berkenaan Sayap Lalat Beracun Dan Berpenawar [Makalah Pertama]"

http://www.facebook.com/note.php?note_id=279944725360944

Cara bersangka baik :

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia
kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

... Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan
dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.

Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan

pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih
baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat

kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan

beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah klu antara kita semasa Islam saling ingat mengingati. Klu rajin fowardkan sesama kita.

JANGAN MENGELUH

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya…………….
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"

("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji
org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya
Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu

menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling

tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam

mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,
 kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;

dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga

utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat

Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Kalu engko nak mengeluh lagi …………jom gi ngaji

Amalan Islam dan kesihatan:

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
...
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Mukjizat Bismillah

Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama ...singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :

Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..