Thursday 25 August 2011

OOPART Mendahului Masa




OOPART adalah singkatan dari perkataan  ‘Out of Place Artifact’ yang bermaksud  artifak-artifak yang tidak sesuai dengan zamannya. Dalam erti kata lain, penemuan artifak-artifak ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dengan teknologi penghasilannya menyebabkan artifak itu dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ia dijumpai.

Bagaimanapun, penemuan  artifak seumpama ini banyak sekali dijumpai dan masih belum dapat dijelaskan sehingga hari ini. Ramai pengkaji mengakui, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya.  Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.

OOPART adalah istilah yang diciptakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat yang bernama Ivan T. Sanderson untuk merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada tempat dan zamannya. Jelas Sanderson, kewujudan artifak  seumpama ini dilihat bertentangan dengan sejarah, waktu, dan teori kewujudan.

Sebagai contoh, terdapat dua penemuan arkeologi yang terkenal dikategori sebagai OOPART. Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau ‘Crystal Skull’ yang merupakan barang tinggalan daripada bangsa Maya di daerah Yacatan, Mexico.

Seperti yang diketahui umum, bangsa Maya merupakan salah satu bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan bumi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Ramalan ini berlandaskan kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini. Namun selepas penemuan Tengkorak Kristal, banyak ahli arkeologi merasakan, terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak ketahui.

Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini, ramai pengkaji mengandaikan, adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna seperti ini? Lebih-lebih lagi ia dihasilkan daripada batu permata Amesthyst. Persoalannya, sejauh manakah bangsa Maya pada waktu itu mampu membentuk batu keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia, sedangkan manusia di zaman teknologi pun susah untuk mengukir batu permata ini? 

Selain daripada artifak purba Maya, terdapat satu lagi penemuan yang dianggap OOPART. Penemuan yang dimaksudkan adalah tulisan Hiroglif yang menggambarkan peradaban kuno Mesir Sebelum Masihi (SM). Anehnya, di dalam tulisan ini terkandung pelbagai jenis kenderaan udara pada zaman kini seperti helikopter, kapal terbang dan lain-lain figura yang berkemungkinan wujud pada masa hadapan.

Namun, kemunculan tulisan ini menjadi tanda tanya kerana pesawat yang pertama kali dicipta di bumi adalah berlaku pada abad ke-16. Pesawat ini dicipta oleh dua orang adik beradik,  Orville dan Wilbur Wright.

Bagaimanapun, istilah OOPART yang dikemukakan oleh Sanderson disangkal oleh sesetengah ahli sejarah yang skeptikal. Mereka berpendapat teknologi untuk menghasilkan artifak itu telah pun wujud sezaman dengan perkembangan sesuatu tamadun. Jadi, dakwaan yang mengatakan teknologi pembuatan artifak yang mendahului zaman sebenarnya tidak wujud.

Golongan ini berpendapat adalah tipu helah semata-mata dan ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman. Walaupun begitu, istilah ini dilihat berlaku masih diaplikasikan untuk mencari bukti dan teori terhadap teknologi mendahului zaman pada peradaban silam.

Sementara itu, dalam majalah INFINITI pada edisi ke ke-21 lalu, Infiniti telah menceritakan mengenai kewujudan plot-plot zaman yang diterima pakai masyarakat dunia sebagai zaman perkembangan sejarah manusia yang bermula dari zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam.

Bagaimanapun, di antara keempat-empat zaman tersebut wujud satu zaman yang  tidak ditonjolkan dan seolah-olah disorokkan dalam lipatan sejarah, iaitu zaman Megalitik atau zaman batu besar.

Pada zaman ini,  wujud teknologi  pembinaan yang cukup luar biasa. Sebagai contoh, Tembok Besar China yang masih kukuh hingga ke hari ini. Mengikut kajian arkeologi, ia dibina sekitar tahun 200 SM. Tembok raksasa ini merupakan monumen terpanjang di dunia. Ukurannya menjangkau 6,400 kilometer (KM) yang bermula dari Shanhaiguan hingga ke Teluk Bohai yang terletak berhampiran antara sempadan China dengan Manchuria.

Begitu juga dengan struktur piramid yang dibina oleh masyarakat Mesir yang masih tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan negara moden hari ini. Monumen ini dianggap sebagai binaan batu yang paling besar di dunia. Mengikut kajian arkeologi, struktur binaan kuno ini
dibina oleh 240,000 orang hamba abdi.

Difahamkan,pada musim banjir, 4,000 blok dibawa menyeberangi Sungai Nil, diheret di atas tanjak ke dataran Giza dan diletakkan di bahagian teras. Batuan ini kemudian diletakkan dengan cermat di tempat sepatutnya sehingga ruang di antara batu terlalu kecil untuk memuatkan sebarang objek, walaupun sehelai kertas.

Selain kecanggihan teknologi pembinaan kuno yang melangkaui zaman, masyarakat purba juga maju dalam ilmu sains. Masyarakat Mesir misalnya telah melakukan pembedahan otak sekitar tahun 3,000 SM. Ia dilakukan dengan menggunakan teknik-teknik yang sangat profesional seperti pemotongan kulit dan tengkorak yang begitu kemas sehingga pesakit mampu hidup lama selepas pembedahan.

Begitu juga dengan ilmu sains masyarakat Sumeria. Mengikut kajian arkeologi, masyarakat ini sudah memiliki sistem angka sendiri dan mencipta matematik berdasarkan nombor 60 sejak tahun 5,000 SM. Menariknya, sistem itu masih memainkan peranan penting sehingga ke hari ini. Antaranya, 60 minit dalam sejam, seminit ada 60 saat dan 360 darjah dalam satu bulatan penuh. 

Pelik : Lokasi barang kemas curian disorokkan


GAMBAR fail menunjukkan pintu masuk ke kedai emas Harry Winston dekat Champs-Elysees di Paris pada 5 Disember 2008.
-------------------------------------------------------------------
PARIS – Polis Perancis menemui barang kemas bernilai AS$25 juta (RM75.8 juta) yang disembunyikan di dalam saluran pembentung di sini.

Barang kemas tersebut yang disimpan di dalam sebuah bekas plastik, merupakan sebahagi...an hasil rompakan ke atas butik barang kemas Harry Winston di sini.

Penemuan itu melibatkan 19 cincin dan tiga pasang anting-anting dengan sepasang anting-anting itu dipercayai bernilai AS$19.5 juta (RM59.1 juta).

Polis mengesahkan penemuan itu selepas berita itu disiarkan di sebuah stesen radio.

Pada 5 Disember 2008 sekumpulan perompak sebahagiannya berpakaian wanita dan rambut palsu melarikan batu permata dan jam tangan mewah dengan nilai mencecah AS$118.1 (RM358.3 juta).

Sebahagian cincin yang dicuri, rantai leher dan jam tangan ditemui semula apabila polis menangkap 25 orang dalam serbuan pada Jun 2009 dengan sembilan daripada mereka dihadapkan ke mahkamah.

Antara yang didakwa termasuk perancang rompakan itu yang pernah dihukum penjara 15 tahun dalam satu kes penyeludupan dadah.

Polis menemui sejumlah barang kemas yang dirompak bersama wang tunai AS$1.1 juta (RM3.3 juta) di rumahnya.- Agensi

GAMBAR menunjukkan bangunan diperbuat daripada botol plastik di Taipei.

TAIPEI – Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.

Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern.

Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.

“Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yang diperbuat daripada botol,” kata pengarah urusan pemaju projek berkenaan, Arthur Huang.

Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada Dewan Bandar Raya Taipei untuk dijadikan bahan pameran pada satu pertunjukan bunga-bungaan.

Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa. – Reuters

7 Sifat Syaitan Yang Patut Dicontohi


Syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pada umumnya pasti benci kepada syaitan kerana sifat jahatnya. Namun, pada sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat syaitan yang patut dicontohi. Cekidaut!!~~

1. Pantang menyerah

Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.

2. Kreatif

Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).

3. Konsisten

Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.

4. Bekerjasama

Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.

5. Genius

Syaitan paling pintar otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat, tidak mahu mencipta idea-idea baru.

6. Tanpa Merintih

Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.

7. Suka berteman

Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.

Sifat jahat syaitan memang hendaknya JANGAN SESEKALI ditiru! Tapi tidaklah dosa jika kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang boleh berguna bagi kebaikan diri kita dan sesama.