Thursday 23 June 2011

Kayu Tas Pontianak (Penunduk dan Tas dalam Satu)

Kayu Tas Pontianak (Penunduk dan Tas dalam Satu)

Mungkin ada di antara pengunjung blog ini pernah mendengar atau melihat Kayu Tas kan? Bagi pengamal-pengamal perubatan tradisional sudah tentu mengetahui rahsia penggunaan Kayu tas ini. Kalau di semenanjung sebut je kayu tas ramai tau pasal kayu nie. Bagaimanapun di kepulauan Borneo antara nama yang di gunakan ialah Limpanas, Ujan Panas atau Lakum. Kayu nie sepasang iaitu laki n Bini, cara mengenalinya ialah yang jantan warna hitam kulitnya n yang yang bini kulitnya putih.

Cara mengenal pasti kayu ne ialah apabila kulit pokok nie dibakar ia akan mengeluarkan warna wangi macam bakar setanggi.
Mengenai khasiatnya, kayu tas laki ini memang untuk binatang buas dan dari maklumat yang saya dapat dari Orang Penan, mereka mengunakan tas bini untuk menghindar benda2 halus dengan membakar kulit tas bini.
Satu lagi khasiat daun tas laki jika dibakar sebelum ujan sebelah siang insyaallah ujan akan berpindah ke tempat lain. Aku tengok kawan diLimbang buat n pas tu aku cuba sendiri baru aku percaya khasiat daun nie.
Rupanya dalam kumpulan kayu tas nie kayu Tas Pontianak lah yang paling power sebab dia ada kedua2 khasiat tas laki n bini. Masaalahnya kayu nie susah nak jumpa. (dapat cari satu lri tas biasa tak tentu dapat jumpa sepohon kayu tas Pontianak. Aku sendiri cuba cari di hutan limbang dengan kawan tapi kami banyak jumpa tas biasa je.

Kayu Tas juga dikenali sebagai kayu penunduk, Hujan panas, Limpanas atau pun (God Mountain Stick) kebanyakkan kayu jenis ini orang hanya mengetahui banyak di Sarawak atau hutan Borneo. Tetapi kayu jenis ini juga ada di hutan semenanjung seperti di Perak, Kelantan dan hutan Pahang, akan tetapi susah mendapatkannya kerana spesis kayu ini dilindungi dan ianya amat kurang didapati di tanah semenanjung. Perbezaan kayu tas jenis Jantan dan betina adalah dari kulit warna kayunya. Warna hitam Tas Jantan, Warna Putih Tas Betina.

Kayu Tas juga memiliki Bau (Kalau takde bau kurang Khasiatnya). Beza bau kayu tas Sarawak dan kayu tas semenanjung amat jauh sekali. Cuma bau tas jantan lebih kurang sama di kedua tempat ini. akan tetapi bau kayu tas (Betina) Sarawak lebih wangi (Bau semacam rempah) sedangkan bau kayu tas betina dari semenanjung berbau hancing(amat busuk).

Kayu tas semenanjung dari segi mistik adalah lebih berkhasiat kerana kebanyakkan orang menggunakannya untuk menundukkan manusia, jin serta makhluk halus. Tetapi asal je kayu jenis ni memang khasiatnya menundukkan serta menghalau. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan tradisional....

(pendek kata kayu serba boleh jika tahu akan pengunaannya).

Beginilah warna kulit yang terdapat pada Kayu Tas Pontianak..warnanya akan bertukar menjadi sedikit kehitaman serta kemerahan apabila ianya mula matang...tetapi untuk mengenal pasti kayu jenis Tas Pontianak ni adalah Melalui Baunya...kecil ke, besar ke..sama sahaja..

Kulit yang terdapat padanya juga amat nipis serta amat mudah terkopek..kayu ini amat ampuh dari segi Penunduk Binatang buas..dan juga manusia yang berhati buas..Kayu Tas pontianak ni amat jarang dan amat payah diperolehi..nasihat saya, jika terjumpa ajer kayu jenis ni..jangan tunggu lama-lama..sebat jer terus..sebabnya, belum tentu berpeluang menemuinya lagi..


Kayu ini juga dikenali dengan nama Lakum/Limpanas/Hujan Panas/Kayu Penunduk/Kayu Tas/Kayu Luz/....tetapi kayu ini amat Popular dengan nama Hujan Panas atau Limpanas Laki dan Limpanas Bini bagi penduduk (Sabah/Sarawak dan Borneo)..tetapi ianya lebih sinonim dengan panggilan Kayu Tas Pontianak disebabkan Spesis Kayu ini boleh didapati didaerah Pontianak, Kalimantan..tetapi kalau dalam Selori ada Kayu Tas biasa, belum tentu ada sebatang dari jenisnya...yang paling best tentang kayu ni, Khasiat Penunduk dan Khasiat Tas ada dalam satu..dan dalam jenisnya juga Baik dari jenis yang betina maupun yang jantan..Baunya tetap sama.. ianya baik jika disimpan dirumah dan dibawa kemana jua sebagai medium dalam berbagai kegunaan, paling kurang pun sepotong kecil dari jenis kedua-duanya. Tetapi kalau kaki pancing, jangan bawa kayu ni skali, bukan apa..dikhuatiri ikan pun lari..heheheh..
Serbuknya juga amat berkesan untuk menghalau serangga kecil seperti semut, lalat dan lipas..kayu dan kulitnya jika dibakar, nyamuk pun lari..kalau makhluk halus tu, memang dia paling tak suka dengan bau asapnya..binatang buas pula apatah lagi..silap ari bulan, Harimau sarkis pun mintak ampun ngan pengembalanya yang ada kayu jenis ni.. kat sarkis boleh la..si gembala rimau yang slalu guna buat penunduk....