Sunday 28 August 2011

7 Amalan dan Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk

7 Amalan di Pagi Hari Raya Aidilfitri

Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata:
“Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut:
“Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)

Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

7 Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri

Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

Aurat & Ipar Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

Dosa Bertempoh

Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ’chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Interesting Facts All Around The World (Part 5)

· Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari „Zoning Improvement Plan‟.

  •  Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
  • Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% nya kita bercakap pada diri sendiri)
  • Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus
  • Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

  • Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter
  • Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
  • Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.
  • Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

  • Tanda ‟save‟ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

  • Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).


  • Unta punya 3 kelopak mata.

  • Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

  • Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal

  • Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik

  • Interesting Facts All Around The World (Part 4)

    • Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya
    • Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan
    • Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki
    • 13% orang di dunia adalah kidal
    • Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan
    • Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya
    • Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata
    • Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri
    • Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.
      • Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).
      • India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu
      • Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.
      • Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip
      • Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud
      • Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.
      • Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya
      • Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.

       

    Interesting Facts All Around The World (Part 3)

    Interesting Facts All Around The World (Part 2)

     
    • Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik
    • Topeng tokoh Michael Myers di film horor „Helloween‟ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.
    • Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.
    • 1 bayi lahir setiap 7 saat
    • Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17
    • The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.
    • Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat
    • Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit
    • Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya
    • Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum

    • Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi
    • Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.
    • Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria
    • Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.
    • Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau


    • Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

    Interesting Facts All Around The World