Friday 18 November 2011

‎13 Peringatan Untuk Muslimah....


1. Bulu keningMenurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau
meminta supaya dicukurkan bulu kening
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berlocengDan janganlah mereka ( perempuan ) menghentakkan kaki ( atau mengangkatnya ) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. WangianSiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya
terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
– Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. DadaHendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. GigiRasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
– Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leherDan tinggallah kamu ( perempuan ) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan TanganAsma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. TanganSesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. MataDan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut ( suara )Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang
ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
– Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian ( muzik ) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. KemaluanDan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
– Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia
telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
– Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. PakaianBarangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :
Hai Nabi-Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka
mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk
Syurga dan tidak akan mencium baunya. Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis / jarang , ketat / membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. RambutWahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada
dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Remaja Perempuan Mudah Diperdaya Melalui Internet & Telefon Bimbit???

Satu tinjauan yang dijalankan telah mendapati, remaja perempuan mudah terpedaya dengan orang
yang tidak mereka kenali melalui telefon bimbit dan juga internet.

Tinjuan tersebut yang dijalankan oleh Women’s Centre for Change (WCC) mendapati, 80%

daripada 100 remaja perempuan berusia antara 15 hingga 17 tahun dengan mudah menerima
 panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang tidak mereka kenali menerusi
telefon bimbit sementara 54% lagi telah bersembang melalui internet dengan orang yang tidak mereka
kenali sebelum ini.

Pengarah WCC, Dr Prema Devaraj berkata dalam satu sidang akhbar pada Jumaat, tinjauan lapan

bulan itu juga mendapati, wanita muda juga kini dengan mudah terdedah kepada orang yang tidak
mereka kenali termasuklah mereka yang mempunyai niat jahat.

“Mereka ini tidak sedar akan bahaya yang mereka hadapi dengan berkongsi maklumat peribadi

dengan orang yang tidak mereka kenali. “Malah kebanyakkan mereka tidak faham akan bahaya
menjalinkan persahabatan dengan orang yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini melalui cara bersembang dalam talian atau menerusi telefon," katanya.

Menurut Dr Prema, remaja perempuan dan wanita muda ini mungkin berpendapat adalah masih

selamat untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini menerusi
talian atau sms kerana tidak bertemu muka.

Bagaimanapun tegas Dr Prema, mereka yang berniat jahat akan dengan mudah memperdayakan

remaja dan wanita muda ini secara tidak sedar tanpa mangsa mereka merasa suspek apa-apa.

Ini mereka lakukan dengan memperolehi kepercayaan mangsa mereka terlebih dahulu sebelum mula bertindak ke atas mangsa.

"Kita dapati, sesetengah mangsa rogol telah melalui pengalaman seperti ini," katanya.

Mangsa kemudiannya dengan mudah diugut setelah foto mereka melakukan adegan-adegan yang

terlarang jatuh ke tangan penjenayah ini.

Dr Prema juga berkata, tinjauan mereka turut mendapati, satu pertiga daripada perempuan remaja

telah diminta mengirimkan bahan-bahan yang menghairahkan atau memiliki unsur seks oleh orang
yang tidak mereka kenali ini sama ada menerusi internet atau telefon bimbit.

Tinjauan itu yang dijalankan antara Januari hingga Ogos tahun ini di 10 buah sekolah di sini juga

mendapati 17.3% daripada remaja perempuan telah menjalin persahabatan dengan orang yang tidak
mereka kenali sebelum itu menerusi telefon bimbit.

Katanya lagi, 29.6% responden yang memiliki telefon bimbit telah terdedah kepada sms atau mms

berunsur ghairah atau seksual daripada orang yang tidak mereka kenali.

Pada masa yang sama katanya, 36% responden yang berinteraksi menerusi rangkaian sosial
seperti Facebook, Friendster dan MySpace, pula telah terdedah kepada pertanyaan berunsur seksual.

“Kita dapati 23% daripada responden telah berkongsi maklumat peribadi seperti nama sebenar, alamat

dan umur dengan orang yang tidak dikenali,” kata beliau.

Hasil daripada dapatan tinjauan ini kata Dr Prema, WCC berhasrat untuk melancarkan kempen

keselamatan siber demi untuk melindungi remaja perempuan daripada menjadi mangsa penyalahgunaan internet dan juga telefon bimbit.

“Adalah sama penting untuk ibu bapa mengetahui akan bahaya yang sedang menanti anak-anak

remaja mereka jika terdedah kepada penyalahgunaan siber ini.

“Oleh yang demikian WCC mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat yang ingin terlibat dalam

program pertanggungjawaban sosial berganding bahu dengan kami dalam menjalankan kempen untuk melindungi remaja perempuan daripada ancaman ini," ujarnya.

Sumber: Mstar Online