Friday 1 July 2011

KUALA LUMPUR PADA SUATU KETIKA DAHULU

Kuala Lumpur sekarang penuh dengan kemajuan. Bangunan tinggi – tinggi.. Berwarna warni dengan ragam manusia. Sekarang kuala lumpur penuh dengan kunjungan, siang mahupun malam. Mesti ada antara kita yang belum pernah tahu wajah disebalik kemegahan yang ada sekarang kan? Bagaimana wajah kuala lumpur yang dahulu nya? Bagi yang pernah mengalami zaman – zaman tu, boleh la share kat ruangan komen kan? bagi anak muda yang belum pernah tengok tu, kat sini ada la serba sedikit gambar hitam putih yang memaparkan wajah kuala lumpur sebelum dibangunkan dengan warna warni yang ada sekarang ni..




JALAN BUKIT BINTANG



DATARAN MERDEKA



BUKIT AMAN



HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR



MASJID JAMEK



MUZIUM NEGARA



PETALING STREET



TAMAN TASIK TITI WANGSA

P/S : BERBEZAKAN DENGAN SEKARANG ? ANDA DAPAT BAYANGKAN TAK SUATU KETIKA BEGINILAH KEADAANNYA KUALA LUMPUR YANG AMAN DAMAI LAGI TENANG ? SEKARANG ? HIHIHIHIHI... MAKAN ASAP LER HARI-HARI DI KUALA LUMPUR... MENGHADAP KESESAKAN LALU LINTAS SETIAP HARI.. NGEE

KESILAPAN LAZIM DALAM MENGURUSKAN KEWANGAN



JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”.

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan’ akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan
Pada masa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.

Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.

Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa masa kini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.

Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.


Lewat Menabung Untuk Hari Tua
 Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.

Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.

Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.


Terlampau Memikirkan Pasal Wang
 Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

P/S : DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT.

MAKAN MALAM BERNILAI 1 TRILLION

Dinner Night With Barrack Obama..

Menarik untuk admin kongsi bersama anda..makan malam jutawan dunia. Tidak dapat dipastikan bilakah makan malam ini diadakan namun apa yang menarik ialah jarang kita dengar jutawan-jutawan dari dunia maya seperti pemilik Google, Facebook, Apple, Twitter serta Yahoo duduk semeja untuk menghadap makan malam bersama jutawan perniagaan realiti lain, di tambah pula dengan kehadiran Presiden AS, Barrack Obama yang turut menghadirkan diri pada makan malam tersebut.

Berikut adalah senarai tetamu yang hadir pada malam yang penuh bersejarah itu.

Eric Schmidt
Pemilik Google
Kekayaan US$7 Milion
Penilaian pasaran Google US$171,8 Milion
Dalam masa sepuluh tahun, Schmidt menjadikan Google bertransformasi menjadi raksasa internet global seperti dewasa ini. Beliau mengundurkan diri sebagai CEO bulan lalu dan kini menjadi Presiden Dewan Penasihat Ilmu Pengetahuan dan Teknologi.

Arthur D Levinson
Pemimpin Genentech
Kekayaan US$850.000 pada tahun 2010
Penilaian pasaran Genentech US$46.8
Didirikan pada tahun 1976, Genentech (sekarang dimiliki oleh Roche) mempelopori menggunakan informasi genetik manusia untuk mengembangkan penggunaan ubat-ubatan, termasuk perubatan kanser. Levinson mengundurkan diri sebagai CEO di tahun 2009, dan sekarang duduk di dewan direktor Apple.

T John Chambers
CEO, Cisco Systems
Senilai US$1 miliar
Penilaian pasaran Cisco US$96 milion

John Doerr
Mitra, Kleiner Perkins Caufield & Byers
Kekayaan US$2,2 milion
Tuan rumah pada saat itu, Doerr adalah investor teknologi. Kembali di tahun 1999, KPCB memimpin pelaburan bernilai US$25 juta. KPCB telah melabur dalam lebih dari US$2,3 miliaon pelaburan sejak Mei 2010.

Larry Ellison
CEO, Oracle
Kekayaan US$39,5 milion
Penilaian pasar Oracle US$177,6 milion
Orang terkaya kelima di dunia ketika ini, Ellison mendirikan Oracle pada tahun 1977.

Reed Hastings
Co-founder dan CEO, Netflix
Kekayaan US$5.5 juta pada tahun 2010
Penilaian pasaran Netflix US$12 milion
Pada tahun 1997 bersama Hastings-mendirikan Netflix, layanan berlangganan online untuk film dan TV yang kini memiliki lebih dari 20 juta anggota di Amerika Utara. Dia pernah mengajar matematik di Swaziland selama bertugas dua tahun di AS Peace Corps.

John L Hennessy
Presiden, Universiti Stanford
Kekayaan US$31,4 juta
Stanford US$15,9 miliar
Terletak di jantung Silicon Valley, Stanford memiliki hubungan lama dengan perusahaan teknologi di daerah itu, banyak dari para pendiri (termasuk Google, Cisco Systems, Hewlett-Packard dan Yahoo!) lulus melalui universiti tersebut.

Carol Bartz
CEO, Yahoo!
Kekayaan US$47,2 juta pada 2009
Penilaian pasar Yahoo! US$ 23,7 milion
Bartz, yang bergabung dengan Yahoo! pada tahun 2009, memegang kehormatan dalam puncak daftar dari 2.010 eksekutif dengan bayaran tertinggi untuk menjalankan perusahaan berkinerja buruk. Meskipun Yahoo! tetap mereka internet global, namun masih dianggap dalam kemunduran.

Dick Costolo
CEO, Twitter
Kekayaan US$120 juta
Penilaian pasar Twitter US$3,7 miliar
Costolo menjual FeedBurner (penyedia alat pengurusan untuk pemilik situs web) untuk Google pada tahun 2007 yang diisukan bernilai US$100 juta. Tahun lalu beliau telah mengambil alih jawatan sebagai CEO Twitter.

Mark Zuckerberg
CEO, Facebook
Bernilai US$135 milion
Penilaian pasar Facebook US$50 milion
Zuckerberg ‘berusaha’ untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih terbuka dengan membantu orang terhubung dan berbagi’, sesuai dengan profil Facebook-nya sendiri. Untungnya untuk dia, dia menjadi kaya raya dalam proses tersebut.

Steve Westly
Pengelola dan pendiri, Group Westly
Senilai US$500 juta
Seorang pendukung Partai Demokrat, kapitalis ventura Westly menjabat sebagai kursi co California untuk tahun 2008 dalam kampanye pemilihan presiden Obama. Grup Westly telah berpartisipasi dalam lebih dari US$ 178 miliar investasi sejak April 2010.


Barack Obama
Presiden, Amerika Serikat
Kekayaan US$10.5 juta
Produk Domestik Bruto (PDB) USA US$14,7 Trilion
Obama terkenal karena cintanya terhadap teknologi, dia merangkul media sosial dalam kempen pemilihan, dan dikhabarkan dihadiahi iPad, dua bulan sebelum mereka mulai dijual. Valerie Jarrett juga menghadiri makan malam (duduk di sebelah kanan Zuckerberg).


Ann Doerr
Surirumah juga  isteri kepada John Doerr, dan tidak asing dengan teknologi, memegang sarjana dan gelar master dalam rekaan elektronik. Seorang aktivis lingkungan, dia bekerja bersama suaminya dalam upaya filantropi-nya.


Steve Jobs
Co-founder dan CEO, Apple
Kekayaan US$ 8,3 milion
Penilaian pasar Apple US$ 323,3 milion
Jobs telah mengubah industri teknologi beberapa kali. Setelah merintis tahun pertama di Apple, dia meninggalkan perusahaan untuk mendirikan NeXT (yang menciptakan mesin di mana web ini dikembangkan), sebelum kembali ke ujung tombak ‘iRevolution’.

P/s : Phewww.. apa yg mereka makan x tahu lah n apa lah rasanya makanan tersebut.. Kalau kita nak buat pun dah cukup memadai makan Nasi Goreng, Bihun Goreng, Mee Goreng dll.. Itu pun macam nak pecah perut dah.. inikan lagi sampai cecah 1 trillion.. Perhhhhh...

20 BUKTI KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH KEPADA MANUSIA



1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

p/s :  Marilah kita renungkan dan bersyukur ke hadratnya, Allah yang maha Bijaksana lagi Pengasih dan Penyayang