Friday 12 August 2011

GUA WAITOMO BERCAHAYA SEPERTI BINTANG AKIBAT GLOW-WORM


GUA WAITOMO BERCAHAYA SEPERTI BINTANG AKIBAT GLOW-WORM


Pernahkah kita terfikir untuk berada di dalam sebuah gua yang gelap namun di langit gua tersebut terdapat berbutir-butir cahaya laksana bintang di angkasa? Atau persoalan lainnya pula; Kita semua telah biasa melihat bintang-bintang bersinar di langit pada malam hari, namun bagaimanakah untuk kita melihat bintang yang bersinar² di dalam tanah yang berrongga seperti gua?

Anda hanya mampu untuk melihat keajaiban itu apabila anda mempunyai kesempatan untuk datang ke Gua Waitomo Glowworm di New Zealand. Tentu sahaja "bintang" yang dimaksudkan itu tidak sama zatnya sebagaimana bintang yang bersinar di langit hitam bumi. Ini adalah kerana butir² cahaya bintang yang bersinar di Gua Waitomo di New Zealand berkenaan adalah berpunca daripada kehadiran sejumlah cacing yang tergantung di langit gua terbabit.


Gua ini terkenal di serata dunia dan menjadi daya tarikan pelancong baik pelancong tempatan mahupun dari luar negera. Hampir setiap pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand akan pasti memasukkan Gua Waitomo ke dalam senarai tempat kunjungan mereka di New Zealand. Glow Worm Waitomo adalah sejenis ulat yang bercahaya dalam kegelapan atau nama latinnya adalah Arachanocampa luminosa iaitu satu spesis cacing yang unik yang wujud di New Zealand.

Ribuan daripada makhluk kecil ini mampu untuk memancarkan cahaya yang cukup terang di dalam gua berkenaan sehingga langit dan dinding gua tersebut kelihatan umpama terdapatnya jutaan bintang sepertimana di langit hitam bumi.


Disamping menikmati pemandangan yang menakjubkan di dalam gua berkenaan, para pelancong juga akan diberikan maklumat dan penjelasan tentang Sejarah dan Geologis gua tersebut oleh ketua kumpulan rombongan yang dilantik oleh syarikat Tour Guide bagi membawa pelancong melawat kawasan dalam gua terbabit. Tempoh sekali lawatan ke gua tersebut telah ditetapkan sekitar 45 minit. Anda akan dibawa masuk ke dalam Gua Glowworm yang spektakular dengan dekorasi gua yang megah dan batang batu kapur yang dikenali sebagai Tomo.

Pemandu pelancong anda juga akan memberikan sebuah komentar bermaklumat yang menghiburkan disamping berkongsi cerita mengenai legenda kebudayaan dan keajaiban alam di gua terbabit.












Setiap dari kita ada kembar - Karin!!!

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

 Kalau kita tengok balik hadis kat atas tu. Qarin terdiri dari golongan jin dan malaikat. jadi kita tak tau macam mana rupa qarin kita.. Tapi apa yang kita tau adalah qarin yang terdiri dari golongan malaikat selalu menyeru pada jalan kebaikan sementara qarin yang terdiri dari golongan jin kafir senantiasa membisikkan kejahatan dalam diri kita.

Adakah anda tahu kenapa hitungan tarikh masihi dinamakan Gregorian Calendar? Kenapa dinamakan seperti itu?

Greogorian sebenarnya berasal dari nama gelaran seorang pope yang telah membuat keputusan untuk mengubah kiraan Kalendar Masihi yang pada mulanya disebut Julian Calendar berdasarkan nama



Apabila mendapati bahawa dalam kiraan 365.25 dalam masa setahun itu sebenarnya kurang 11 minit setiap tahun. Maka perkiraannya diubah dan disesuaikan. Dan kalendar itu disebut sebagai Georgian Calendar berdasarkan keputusan Pope Gregory yang menjadi pemimpin orang-orang Kristian pada masa itu.


Nama asal Pope Gregory sebenarnya ialah Ugo Boncompagni.




Diberikan nama Pope Gregory berdasarkan urutan nama yang sudah dicipta sebelumnya. Seperti penamaan ribut taupan. Sebelum ada ribut taupan berlaku, senarai nama yang panjang bagi taufan-taufan yang akan berlaku sudah dibincangkan dan sudah ada dituliskan.


Asal nama Gregori bererti:                 

Kamus Internet:
Origin: LL Gregorius < Gr Grēgorios, lit., vigilant, hence, watchman < dial. form of egeirein, to awaken < IE base *ger-, to grow, awaken.

 


Walau bagaimanapun saya berpendapat ia lebih sinonim dengan Negara Georgia di utara Iran sekarang.

Di Amerika Negeri Georgia juga ada terdapat disana. Bahkan ramai orang yang bernama George. Mantan-mantan Presiden Amereka banyak yang bernama George begitu juga dengan Raja-raja dari United Kingdom. Banyak pendapat yang mengatakan bahawa semua orang-orang eropah sebenarnya berasal dari negara Georgia ini.


Bahkan saya berpendapat bahawa tentera Ya'juj dan Ma'juj adalah berasal dari negara Georgia ini.

Dan sebutan Ya'juj dan Ma'juj yang disebutkan dalam al-Qur'an adalah merujuk kepada nama George ini.


Bila kita melihat lambang freemason, kita akan melihat lambang G dengan huruf besar di tengah-tengah lambang itu.

Saya pasti bahawa G itu adalah berasal dari Gog dan Magog yang disebutkan dalam al-Qur'an sebagai Ya'juj dan Ma'juj.




Sebab mereka sendiri mengakui dengan terang dan bangga bahawa merekalah Gog Magog itu. Lihatlah gambar-gambar di atas.


Menurut Hadis Nabi saw. Dalam Sejarah Islam. Dajjal sudah disebutkan dari sejak Nabi Nuh a.s. lagi. Nabi Nuh telah mengingati kaumnya tentang bahaya Dajjal.


Ditaqdirkan Allah swt Gunung Judi yang disebutkan dalam al-Qur'an di mana Nabi Nuh terdampar setelah peristiwa Bumi Tenggelam adalah bersebelahan dengan Negara Georgia.


Kubu Zulkarnain juga yang menghalang Ya'juj dan Ma'juj terletak di Iran. Kubu itu terletak di utara Iran dan hampir dengan negara Georgia sekarang.

Adakah anda semua  ingat Zulkarnain itu menutup lubang bumi?

Zulkarnain hanya membuat pagar sahaja yang tinggi sahaja di sekeliling negeri. Jika ia hanya membuat pagar Adakah pagar Zulkarnain boleh menutup Ya'juj dan Ma'juj secara keseluruhan?

Selain itu Nabi Muhammad saw ada menyebutkan mengenai hanya 1 dari 1000 orang manusia di bumi ini masuk syurga. Selebihnya masuk Neraka.

Rasulullah saw menerangkan kepada sahabat r.a. agar jangan khuatir sebab orang yang beriman itu sebenarnya hanya sedikit, orang tidak beriman itu diramaikan oleh Ya'juj dan Ma'juj.
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari Hadis ini membuktikan bahawa Ya'juj dan Ma'juj itu sebenarnya manusia. Mereka bukan orang atau makhluk lain dalam tanah. tetapi mereka sebenarnya ialah keturunan manusia yang tidak beriman dan mereka bukan jua dari kalangan ahlul kitab.


Oleh itu saya pasti dan yakinlah wahai teman dan sahabat bahawa kita sekarang sedang menggunakan kalendar Yakjuz dan Makjuz. Astaghfirullah Al-'Adzim.

Jika saya betul pujilah Allah swt. Maafkan saya kerana memberikan kabar yang tidak menyenangkan ini. Semoga kita semakin hampir kepada Allah swt jua

Tulisan asal:......
http://renunganhaqiqi.blogspot.com/2011/07/adakah-anda-tahu-kenapa-hitungan-tarikh.html
Hercules Julius Caesar.

Tahap Politik di Malaysia


Terdapat tiga tahap dalam tabiat berpolitik di Malaysia,dan mungkin juga di dunia.TAHAP PERTAMA,orang mengamalkan 'child-politics' iaitu politik bertaraf kebudak-budakan.Politik jenis ini berteraskan politik menang-kalah,perlawanan,pertan​dingan atau persaingan.Senario pergaduhan,caci-mencaci,maki-h​amun,fitnah dan tuduh-menuduh adalah asam garam atau penyeri bagi politik jenis ini.Oleh kerana antar...a ciri politik ini adalah pertandingan,maka setiap kali pilihanraya adalah sesuatu yang maha penting bagi penganut faham politik 'childs' ini.Penyokong politik adalah golongan yang paling seronok terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil mendapat gula-gula.Manakala ahli politiknya saban waktu mengira tarikh pilihanraya.

Tarikh pilihanraya amat penting baginya.Profesionnya hanya berfungsi pada ketika ini.Pada waktu kempenlah,baru orang ramai dapat melihat bagaimana rupanya pekerjaan seorang wakil rakyat,misalnya.Ketika ini,barulah terhegeh-hegeh mengunjungi pasar-pasar,warung-warung dan rumah-rumah.Perlu berlakon bermesra dengan rakyat di jalanan dan bertanya khabar masalah.Kemudian mesti membuat kenyataan di media tentang kekurangan itu dan ini,dan kemudiannya wajib menaburkan janji-janji.

Ini adalah skrip yang perlu dihafal ketika kempen pilihanraya.Ini adalah 'stereotype of childs politician'.Maksudnya,ahli politik jenis ini hanya memikirkan tarikh pilihanraya,bukan masa depan negara.

Para pengikutnya pula memandang pilihanraya sebagai hari berparti.Mereka akan terkinja-kinja di jalanan.Di suruh menjerit,mereka menjerit.Di suruh ketawa,mereka ketawa.Di suruh bertepuk,mereka bertepuk dan senyum menyeringai bagaikan beruk mendapat bunga.Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya,biarkan...biarkan​!

Keputusan pilihanraya bagaikan bursa saham.Orang membeli akhbar bagaikan melihat saham naik atau turun,atau seperti melihat keputusan nombor ekor.Mereka tidak memikirkan apakah ertinya angka-angka itu naik atau turun.Mereka juga tidak melihat perubahan pada persempadanan dan populasi kawasan-kawasan pilihanraya.Pilihanraya sebenarnya bukan semata-mata pilihanraya.Pilihanraya ADALAH GILLOTIN UNTUK ORANG ATAU BANGSA YANG LALAI DAN ALPA!

Fahaman 'child-politics' merebak ke ruang maya.Ada orang yang membuat blog semata-mata untuk memaki hamun seorang manusia.Ruang maya adalah tempat paling busuk dengan fitnah.Fitnah dan kutukan bersimpang-siur di alam siber.Namun anehnya,ada seorang profesor mengukur kepopularan sesuatu parti berdasarkan blog-blog di dalam internet.Ini kerja orang malas namanya bagi seseorang yang bertahap profesor.Hanya profesor bertahap kangkung sahaja tergamak duduk bersantai-santai di depan internet kemudian mengatakan ramai tidak sukakan tuan presiden,misalnya.Ini kerja tahap budak-budak remaja bercintan-cintun sambil melayan 'ym' atau 'chatting' sahaja.Beliau kena turun padang,tanya Pak Mat di Kampung Sura,Dungun atau Mak Bedah di Parit,Perak misalnya baru boleh mencanangkan sesuatu.Dunia internet penuh penipuan.Scam.Dunia internet adalah dunia 'anonymous'.Boleh gunakan blog-blog tapi kena ada kajian 'online' dan 'offline'.

TAHAP KEDUA ialah orang yang berpolitik kerana agenda tertentu.Kelompok yang berpolitik cara ini tidak ramai,ya...tidak ramai berbanding golongan 'childs'.Selalunya yang memiliki fahaman politik sebegini adalah para pemimpin atau kelas atasan dalam parti.Golongan ini adalah elit dalam parti.Merekalah yang memutuskan sesuatu polisi dan agenda.Mereka jugalah yang mengawal 'childs' dalam parti.Jika agenda parti adalah untuk mengisi perut sendiri,maka seluruh jentera parti digembeling untuk mengenyangkan kelompok pembuat agenda mengisi perut sendiri.Ahli parti bertaraf 'childs' tidak mengapa kais pagi makan pagi kais petang makan petang kais malam makan malam dan kais daun makan pasir.Itu bukan keutamaan parti.Media adalah sesuatu yang perlu dikawal.Disekat.Ditutup.Biar ramai akan menjadi 'childs' dan berpolitik secara 'childs'.Seperti lalang.Tiup ke kanan,dia ke kanan.Tiup ke kiri dia ke kiri.Di suruh lompat...dia pun melompat.


Namun takrifan cara berpolitik kedua juga boleh digunakan kepada sekelompok manusia yang besar.Misalnya sesuatu kaum.Ada kaum yang pada permukaannya menyokong pelbagai parti,namun ketika pilihanraya mereka bersatu memilih satu parti.Ada kelompok yang berpolitik semata-mata membantah konsep satu sekolah misalnya.Ada kelompok yang berpolitik untuk menegakkan faham kauvinis dan rasis.Ada kelompok berpolitik untuk menjalankan 'divide and rule'.Memecahkan undi untuk memberi kelebihan kepada pihak yang lain.Ini adalah golongan yang punya agenda tersembunyi.Dibandingkan dengan golongan 'child-politics',golongan ini lebih berfikiran jauh dan nampak bijak.Mereka ada halatuju dalam berpolitik.Mereka selalu menggunakan taktik 'tunggu dan lihat'.Kemudian bertindak.Mereka tidak mudah menjerit,bertepuk,melompat apatah lagi merusuh tidak ketahuan punca.MEREKA BERTINDAK DALAM SENYAP.Jika perlu,mereka akan gunakan golongan 'childs' untuk melaksanakan agenda politik mereka.
TAHAPpolitik yang TERTINGGI dipunyai oleh golongan ketiga.Golongan ini adalah 'conspirator'.Mereka berpolitik untuk menjalankan konspirasi mereka.Golongan ini terdiri dari para Elit yang mengawal kedua-dua tahap politik tadi.Golongan ini mengawal 'hidden agenda level' dan pada masa pada yang sama sentiasa memantau 'childs'.Dalam konteks Malaysia,sebahagian besar dari golongan ini berada di luar negara.Mereka menjalankan agenda politik melalui 'remote control'.Taktik ini berjalan dengan meletakkan proksi-proksi mereka di negara ini.Istilah lama bagi proksi mereka ialah 'puppets'(boneka).Para Elit adalah 'Master of Puppet' yang menggerakkan proksi-proksi mereka di sini.Anda boleh mengenal 'puppets' ini dengan melihat tindak-tanduk mereka yang sama dengan 'Master' mereka.Para Elit ini mempunyai berpuluh-puluh ejen malah mungkin lebih untuk tugas-tugas 'penguatkuasaan'.NGO-NGO adalah proksi wajib dalam carta.Daripada NGO,bila-bila masa boleh 'diupgrade' kepada sebuah parti politik.Adakalanya tidak perlu,kerana NGO juga boleh berkuasa menjadi 'parti dalam parti'.Pada tahap ini tindakan mereka terbalik dari tahap kedua.Media dibuka seluas-luasnya.Setiap individu mesti mempunyai peti tv dan komputer dengan sambungan internet.

INI UNTUK PERSEDIAAN 'BRAINWASH'.PROPAGANDA.

Kami ingin membawa anda keluar dari kepompong 'childs'.Berpolitik tidak salah,tetapi perlu ada agenda.Berpolitik tanpa agenda hanya akan mendedahkan diri kepada kekeliruan.Misalnya jika seseorang pemimpin itu lompat parti atau menubuhkan parti yang baru,golongan 'childs' akan mengikut tanpa bertanya dengan jelas "Apakah agenda dia sebenarnya?".Jika anda berpolitik semata-mata untuk menegakkan Ketuanan Melayu,maka kaedah politik anda sebenarnya telah lama dimuziumkan.Cuba bertanya sendiri,adakah Melayu itu benar-benar menjadi 'Tuan' di bumi Malaysia ini setelah 52 tahun merdeka?Jika anda berjuang atas nama menegakkan hukum Allah misalnya,apakah 'blueprint' anda?Sudahkah anda bersiap sedia dengan segala kertas kerja anda.Bagaimana perancangan ekonomi anda?Sistem perundangan anda?Bagaimana dengan barisan kepimpinan anda?Ingatlah,perkara yang baik itu tidak akan berjaya kerana salah pengurusannya,dan perkara yang batil itu ,kerana tersusun strategi,terpimpin pengurusannya,pasti akan berjaya dengan izin-Nya.

Kita kesampingkan politik tahap rendah,seperti yang didukung oleh golongan sekular dan materialis,kerana golongan ini tidak akan ke mana kerana hidup di dalam kepompong yang disulam oleh para 'conspirator' iaitu 'politician' tahap ketiga.Para 'conspirator' ini walaupun luarannya nampak amat dasyat materialistiknya namun mereka seolah-olah lebih faham isi kitab AlQuran .
______________________________​______________________________​___

Para pejuang agama Allah mesti memastikan mereka tidak termasuk di dalam ketiga-tiga tahap ini,kerana ada satu tahap lain yang lebih tertinggi dari tahap-tahap ini.Malah para 'conspirator' sekalipun amat gerun dengan 'politician' atau para pengikut faham politik ini.

IAITU ORANG YANG BERPOLITIK SEMATA-MATA BERIBADAH DAN MENGHARAP KEREDHAAN DARI-NYA.

Inilah orang yang berpolitik semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah Yang Maha Perkasa.Bukan kerana kuasa dan pangkat.Namun mungkin ada yang pesimis dengan kenyataan ini.

Lupa diberitahu,PARA ELIT MEMANGGIL 'POLITICIAN' TAHAP PERTAMA DAN KEDUA SEBAGAI 'ZOMBIE'.
 
 

63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t


Nak Tahu Jantina PC anda....???

Firstly, korang bukak NOTEPAD..

 

Secondly, bila da kluar note pad tu...korang type ni...
--- CreateObject("SAPI.Spvoice").Speak"I love You" ----



okay...dapat...then, dah taip tu....korang save notepad tu...
korang gne la name pape yg korang suke....tapi
save file tu as "filename.vbs"

contoh : I love u.vbs



save la kat mana2 korang suke...asalkan senang nk cari...lg senang kt desktop...
maka kluar la icon seperti ni..............



haaa....korang double click file tu....then, korang dengar la ade suara sebut " I Love You "

dengar la...sama ada suara Perempuan atau Lelaki.....  : )
Selamat Mencuba...hahaha

p/s : cuba la...entry ni bukan 100% dari idea me....me just share.. : )
       sharing is caring...hahaha....

10 Penipuan Besar Tentang Israel


Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.

Michel Collon


Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.


Penipuan itu adalah:


1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.


Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.

Kongres Zionis Pertama di Basel


Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.


Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.


2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.


Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.


“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.

Shlomo Sand


“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.


“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.


Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.


Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.


“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.


3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.


Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.


Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.


4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.


“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.


Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.


Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.


“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.
Warga Palestin dihalau secara besar-besaran pada 1948
Perkampungan Palestin yang ditinggalkan

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.


Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.


“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.


“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.


Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.


“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.


6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.


Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.


“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.


AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.


7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.



“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.


Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.


Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.


Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.


8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.


Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.


“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.


“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.


9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.



Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.


10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.


Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.


“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.


Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.


“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.

RAHSIA KEAJAIBAN MOLEKUL AIR DAN AIR ZAMZAM



Firman Allah S.W.T :

“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Ujikaji diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal air itu terus hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan dibacakan doa Islam,kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!


Punca Air Zamzam

Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emotomenunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk dan berkata “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.

Di dalam bukunya iaitu "The Hidden Message in Water", Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.

Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair darah. Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.

Rasulullah saw, bersabda, "ZamZam Lima Syuriba Lahu," maksudnya Air zam zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.


Molekul Air Zamzam

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengari akan jemaah yang tersesat daripada dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan air zam zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air zam zam ini.

Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.

Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. 

Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka apakah kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.

Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..

10 BENTUK HATI PADA MUKA BUMI DILIHAT DARI UDARA

1. Pulau di Zadarski Kanal, Croatia

2. Jerman

3. Jerman

4. Florida, AS

5. Brazil

6. Jerman

7. Australia

8. Polynesia


9. New Caledonia

10. Jerman

MISTERI MANUSKRIP VOYNICH YANG PENUH RAHSIA


Ada yang mengatakan bahawa manuskrip ini sebenarnya adalah kod rahsia yang menunjukkan ramuan hidup abadi. Disebut-sebut sebagai manuskrip paling misteri, manuskrip Voynich ini telah ditemui oleh seorang penjual buku bernama Wilfrid Voynich pada tahun 1912 di Villa Mondragone, Rom.

Sepertimana yang diambil daripada Discovery News, manuskrip tua ini dipercayai berasal daripada abad ke 15. Greg Hodgins daripada Departmen Phisic University of Arizona telah bekerjasama dengan School of Anthropology Arizona bagi menyatakan bahawasanya manuskrip ini telah dihasilkan di antara tahun 1404-1438.

Voynich mengumumkan penemuan manuskrip tersebut dengan harapan agar manuskrip itu akan dapat diterjemahkan. Dia mendakwa bahawa manuskrip itu sebelumnya telah dimiliki oleh Rudolf II daripada kerajaan Habsburg pada abad ke 16.


Voynich juga mempercayai bahawa manuskrip itu dihasilkan oleh Roger Bacon iaitu seorang ilmuan Inggeris daripada abad ke 13. Namun dakwaan Voynich ini setelah diuji dengan kaedah pengukuran usia karbon tidak terbukti kesahihannya.

Apa yang jelas, manuskrip setebal 250 halaman itu dan terdiri daripada 250.000 karakter ini memang sangat sukar untuk diterjemahkan. Terbahagi kepada beberapa kelompok seperti tulisan dan kalimat, beberapa di antaranya mirip dengan huruf Latin dan angka-angka Romawi sementara yang lainnya pula menggunakan bahasa yang belum diketahui.

Selain daripada itu, manuskrip ini juga memiliki tulisan tangan yang dikelilingi oleh ilustrasi gambar yang rumit untuk ditafsirkan, tanaman yang tidak dapat diidentifikasi, simbol-simbol astrologi, jaringan paip dan gambar perempuan yang sedang mandi.

“Siapakah yang tahu apakah yang ditulis dalam manuskrip itu. Lihat sahaja, Apakah ia berkaitan dengan botani, organisme laut, astrologi atau selainnya? Tidak ada siapapun yang tahu setakat ini”, kata Hodgins.

Namun terdapat juga sebuah spekulasi yang mengatakan bahawa manuskrip itu merupakan hasil karya milik sektor hal-hal keagamaan iaitu satu-satunya dokumen yang tersisa daripada sebuah bahasa yang sudah dilupakan atau lebih tepat lagi disebutkan sebagai sebuah kod rahsia yang menunjukkan ramuan hidup abadi.

Namun beberapa pakar juga mengatakan bahawa manuskrip ini hanyalah sekadar hoax (tipuan) sahaja. Pada 2003, seorang pakar komputer Gordon Rugg sempat mendemonstrasikan bahawa teks-teks dalam manuskrip itu boleh dipecahkan dengan sebuah perangkat software enkripsi yang ditemui pada tahun 1550 iaitu Cardan Grille.

“Walaupun saya belum yakin 100 peratus dengan keakuratan perkiraan usia manuskrip ini”. Menurut Nick Pelling, penulis buku “The Curse of the Voynich”, berkemungkinan kecil manuskrip itu telah dihasilkan selepas tahun 1500.