Monday 25 July 2011

Adab Berbuka Puasa – Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

Dari DrMAZA.com

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:
  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  2. Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
  3. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
  4. Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):
    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”
    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.
  5. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  6. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim). Riwayat di atas juga menambah:
    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.
    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut). Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir). Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri. Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
  7. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
    (Surah al-`Araf:31).
  8. Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan). Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
  9. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
  10. Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
    (Faidh al-Qadir, 2/500). Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”
    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan) Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.
  11. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita

Freemason di Malaysia bahagian 2

Tanah tumpahnya darah ku
Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin(bapa saudara Anwar Ibrahim) bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
Singapura: 3 loji
Kuala Lumpur: 3 loji
Pulau Pinang: 1 loji
lpoh: 1 loji
Kuantan: 1 loji
Kuching: 2 loji
Port Dickson: 1 loji
Port Klang: 1 loji
Taiping: 1 loji
Kota Kinabalu: 1 loji
Bangkok: 3 loji
Pattaya: 1 loji
Sumber: wikipedia
Di Malaysia terdapat 12 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja. Ini tidak termasuk lagi lodge-logde lain yang dibina di seluruh negara. Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang.
kedah
Johor
Pulau Pinang
Sarawak

“NEW WORLD ORDER”

Yang ni siapa yang selalu baca tentang Freemason ni pasti perasan ayat diatas..Kepada sesiapa yang tidak pernah dengar atau kurang paham dengan ayat diatas,..ok aku terangkan sedikit..New world order ni adalah moto utama gerakan Freemason ni,dimana matlamat mereka adalah untuk menjadikan dunia ini dikawal oleh satu pemimpin dimana semuanya menganut agama yang sama dan memegang amalan yang sama,senang cerita 1 ketua 1 pegangan 1 amalan..itu kalau dalam bahasa yang halus la..tapi sebenarnya New World Order ini adalah sebuah dunia yang dipimpin oleh Dadjal yang agamanya ialah agama kafir dan amalam-amalannya ialah menyembah berhala..
Aku tidak kata yang Najib adalah seorang Freemason tetapi mungkin orang-orang dibelakang Najib,orang yang memberi pendapat,idea kepada Najib mungkin orang-orang Freemasons! Tanpa Najib sedari!

OBELISK

Obelisk ini adalah satu tiang yang  berasal dari zaman piramid firaun(salah satu amalan Freemasons)..Jadi yang Malaysia sibuk-sibuk hendak buat obelisk ini buat apa?

KESIMPULAN
1).Mereka telah mengawal ekonomi dunia.
2).Mereka telah mengawal PBB (fikir sendiri)
3).Mereka menentukan hala tuju peperangan didunia (sejak kebelakangan ini hanya negara Islam yang kucar-kacir).
4)Amerika,Israel,United Kindom,Australia,Scotland,Canada,Turki,Afrika Selatan,dan banyak lagi negara yang sudah terang-terangan dikawal oleh Freemason.
Freemason iaitu sebuah pertubuhan Yahudi yang ditubuhkan hasil manifestasi daripada penemuan buku-buku sihir di dalam bilik bawah tanah Masjid al-Aqsa. Akibat tentangan hebat daripada Raja-raja di Eropah pada ketika itu, golongan penyembah Syaitan (Satan) ini telah menjalankan satu konspirasi seperti yang tercatit di dalam buku-buku sejarah sekarang, iaitu ‘Revolusi’ atau ‘Renaisance’.
Aku rasa cukup la setakat ini sahaja pendedahan tentang Freemason ini,kalau aku terangkan “gila-gila” pun aku rasa buang masa je kot..ye la…orang kita ini lebih suka baca cerita hantu dari cerita ini kan?..Tetapi pada sesiapa yang mengambil berat tentang cerita Freemason ini terima kasih…

Kredit to tukangkarut.com

Freemason di Malaysia bahagian 1

Ok,untuk salam perkenalan ini aku nak tunjukkan kepada korang tentang pengaruh Freemason di Malaysia ..Untuk Bahagian 1 ini mari kita buat sedikit uji kaji..Uji kaji ini membabitkan duit 1 ringgit Malaysia(ssesiapa yang tak ada seringgit pergi cari dulu)…
Dah ada duit 1 ringgit?,sebelum tu korang cuba tengok duit 1 dollar Amerika ini dulu..
Ini adalah konspirasi Freemason yang dikatakan wujud di duit 1 dollar Amerika,Adakah duit 1 ringgit pun ada teori konspirasi ini?..Jom kita tengok sama-sama!

 
Nampak tak lambang rasmi bank negara Malaysia tu?Kalau ditanya kepada orang bank negara,mereka kata binatang dalam lambang itu adalah seekor kijang..Tetapi cuba korang tengok pula lambang negeri Kelantan ini..
Yang ini pun kijang juga tetapi korang perasan tak ekor kijang dalam duit tu panjang?Sedangkan ekor kijang pendek!,Jadi binatang apa yang sebenarnya dalam lambang bank neraga itu?
Adakah binatang itu adalah seekor anjing jenis Pharaoh Hound?binatang yang dianggap dewa dalam fahaman Mesir kuno(Kabbalah)..salah satu fahaman Freemason?
ini pula simbol-simbol utama Freemason(diambil dari laman web rasmi Freemason sendiri),Perasan tak lambang matahari dan bulan itu?  dalam lambang bank negara kita pun ada kan?
ok ini yang terakhir dan yang paling “misteri”…dalam duit 1 dollar Amerika ada gambar ini..
Gambar piramid yang ada mata itu adalah simbol Lucifer(Dajjal)..yang digelar “All Seeing Eye”,ini memang simbol rasmi Freemason..ini buktinya..
Apron(pakaian rasmi) Freemason,gambar ini dari laman web rasmi Freemason.
Baiklah sekarang tengok duit 1 ringgit korang..
sekarang cuba lihat wau dan bukit itu..
ok,nampak tak titik merah itu?
cantumkan titik itu dan sekarang korang cuba tengok kawasan itu di cahaya lampu (kedudukan lampu dibelakang duit)

Amacam? nampak apa-apa tak?ha..ini sebenarnya hanya konspirasi,entah betul atau tidak,hanya tuhan yang tahu.Dan kepada sesiapa yang hendak tahu dengan lebih lanjut tentang Freemason di Malaysia..tunggu sambungannya nanti..

Urutan Perkataan Madu di Dalam Ayat Al-Quran

Para ilmuwan telah berhasil melakukan penelitian tentang jenis-jenis madu yang terbaik. Mereka menyimpulkan bahwa jenis madu yang terbaik adalah jenis madu yang diambil dari gunung, kemudian pada urutan berikutnya yang adalah jenis madu yang diambil dari kayu, kemudian setelahnya adalah jeni...s madu yang diambil dari perumahan manusia.

Hal ini selaras dengan urutan yang telah disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surat an-Nahl ayat 68.

Allah ta'ala berfirman,

وأوحى ربك إلى النحل أن اتخذي من الجبال بيوتاً ومن الشجر ومما يعرشون

"Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah, 'buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia'." (QS.16 Nahl: 68)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa':82



 

Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin

 (Surah Yassin, Ayat 9)

Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi
diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud
benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh
benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di
TV9 yang membicarakan topik sihir. beliau merupakan seorang pengamal
perubatan Islam.


Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi
dalam perbincangan tersebut:
  1. Berwarna hitam.
  2. Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
  3. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
  4. Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.


Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular
sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak.

Misteri nama MALAYSIA

Sebenarnya niat asal aku di tukangkarut.com ini,ingin menyampaikan berita-berita yang menarik yang tidak bersangkut paut dengan politik.Tetapi apakan daya,untuk artikel kali ini “terpaksa aku langgar” prinsip aku sendiri.
Sebab apa?..sebab aku rasa artikel ini patut dan wajib aku tulis untuk membuka mata semua demi negara yang tercinta ini,supaya kebenaran dapat di tegakkan.Supaya semua rakyat tahu yang kita ini sebenarnya telah ditipu dan diperbodoh-bodohkan!.
Kenapa aku cakap “Supaya semua rakyat tahu yang kita ini sebenarnya telah ditipu dan diperbodoh-bodohkan!?”.
Cuba korang ingat balik,ataupun buka buku teks sejarah Malaysia sek. menengah

APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR……

1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia,selapas kemasukkan serawak dan sabah.
2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).
3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.
4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).
5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.
6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.

APA YANG  TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah…
BUKTI PERTAMA.
DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY  Harvard University. Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.
Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajuk”Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”
Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
BUKTI KEDUA.
Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.
BUKTI KETIGA.
satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”
keratan akhbar utusan malaysia Julai 2009
BUKTI KEEMPAT.
Muka depan dan halaman Ripley’s tahun 1929
buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, yang menulis tentang  nama “Malaysia”
ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms 119: ..is a native of MALAYSIA…
MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA…

BUKTI KELIMA.
Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The Pirates of Malaysia’.
Kulit depan Novel the pirates or Malaysia.

BUKTI KEENAM.
Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).
BUKTI KETUJUH. Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
Peta tahun 1914 .klik untuk besarkan gambar
BUKTI KELAPAN
George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

BUKTI KESEMBILAN.
Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)
Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.
Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama.Dikatakan Malaysia adalah salah-satu dari rancangan masa panjang Freemason.Pertubuhan rahsia dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar teakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924(terbukti perbuatan Freemason),Islam di asia tenggara baru sahaja mula berkembang.
Markas pertama freemasons di Pulau pinang 1927

Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason.Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara.Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diraja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.
Dato Onn Jaafar: pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang  telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi.Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA
Lim Chin Siong                                                                                                                                                       Said Zahari                                                                                                                                                             gabungan Putera AMCJA                                                                                                                                           Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy                                                                                            Presiden Indonesia Soekarno

FAKTA
Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :


Akhir diingatkan bahawasanya saya  menyiarkan artikel ini bukan untuk tujuan politik,tetapi lebih daripada menyampaikan maklumat..

Kredit to Tukang Karut