Wednesday 1 June 2011

Tsunami di Jepun mengubah kedudukan matahari

Apabila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan fenomena itu merupakan tanda besar hari Kiamat. Hari ini sudah banyak terpapar tanda-tanda kecil Kiamat. Antaranya:

1. zina berleluasa;
2. pemimpin yang terdiri daripada orang yang jahil dan fasik;
3. alat muzik berleluasa;
4. orang menghias masjid dan membanggakannya;
5. banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang;
6. banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar;
7. banyak orang dengan sifat bohong dan perbuatan itu menjadi perkara biasa;
8. manusia mewarnakan rambut dengan warna hitam supaya kelihatan muda;
9. jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan);
10. kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi;
11. terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam dari belakang dan pengejek dalam masyarakat;
12. orang terjebak dengan aktiviti homoseksual;
13. banyak anak luar nikah dilahirkan;
14. anggota polis semakin banyak yang menunjukkan semakin banyak kerosakan berlaku;
15. banyak berlaku gempa bumi.

Namun yang paling mengejutkan apabila tanda-tanda besar Kiamat juga sudah mula dikesan. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.


Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.