Saturday, 8 October 2011

6 Aturan Seks Perlu Dipatuhi Isteri

Rutin hidup kita seharian punya aturan yang harus dipatuhi agar semuanya berjalan lancar dan
semua pihak berpuas hati. Ini termasuklah dalam hubungan intim antara suami isteri. Sebenarnya
biar sudah lama berumahtangga ada juga isteri yang tidak tahu peraturan paling asas ketika bersama
suami di ranjang.

Berikut adalah enam aturan tersebut dan perlu dipatuhi para isteri.

1. Memberus gigi
Melihat mereka yang tidak bersih giginya anda boleh kegelian begitulah juga perasaan jika anda
melakukan perkara yang sama. Mana mungkin memberikan kucupan mesra kalau terbayang gigi
yang kotor dan terlekat pula sisa makanan di celahnya. Jadi sebelum berhubungan intim perhatikan
aspek kebersihan ini. Pastikan mulut dan gigi anda bersih.
Bagi suami pula terutama yang kaki merokok, berkumurlah dulu sebelum bersama dengan isteri.
sebabnya ramai wanita yang tidak tahan dengan bau asap nikotin yang terlekat pada badan dan mulut
anda.

2. Jangan tunda buang air kecil
Sering kali berlaku, ketika pasangan berminat untuk berhubungan intim, ada yang terasa
seperti hendak membuang air kecil. Meskipun sedang dirayu hebat oleh pasangan tapi sebaiknya
 janganlah menunda keinginan yang satu ini. Sebabnya ia pasti mengganggu tumpuan anda ketika
bersama dengan pasangan.

Kalau tidur pun boleh terganggu jika terasa hendak membuang air kecil apatah lagi tatkala anda
sedang melakukan hubungan seks. Kecuali jika keinginan itu datang setelah selesai bersama
dengan pasangan. 

3. Jangan menolak posisi baru
Biarpun pasangan mengajak anda mencuba posisi yang pada anda kelihatan aneh tapi janganlah
ditolak mentah-mentah. Tak salah anda mencuba selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama.
Mana tahu ia bakal memberikan sensasi yang lebih. Setelah dicuba dan nyata anda tidak selesa,
luahkan pada pasangan. sekurang-kurangnya pada masa hadapan aksi tersebut tidak lagi diulang.

4. Jangan tuduh suami tidak ‘perform’
Perkara ini memang akan membuatkan suami atau isteri tersinggung. Lelaki dikatakan
sentiasa dahagakan seks api ada masanya mereka tidak bersedia untuk melakukan hubungan
intim ini.
Tidak bersedia ini tidak bermakna mereka hilang kekuatan atau punya masalah dengan seks.
sama seperti wanita, lelaki juga akan sukar terangsang jika punya masalah, kepenatan dan
banyak lagi. sekiranya suami mengalami situasi ini maka sebaiknya tunda dulu hubungan seks.

5. Elak pura-pura puas
Demi menjaga hati suami, ramai isteri berpura-pura puas menikmati seks walaupun hakikatnya
sebenarnya tidak. Tahukah anda kenapa perkara ini wajar dielak? Sebabnya kalau anda berpura-pura
puas atau orgasma, suami tidak akan belajar cara memuaskan diri isterinya. 

Dia akan berfikir dengan usaha yang dilakukan itu, anda sudah pun puas walhal sebenarnya ia masih jauh
 dari apa yang anda inginkan. Akhirnya anda sebagai isteri juga yang rugi. Sebaiknya jujur saja
dengan pasangan kalau anda tidak puas, begitu juga kalau anda puas menikmatinya.

6. Jangan lakukan seks ketika haid
Ini memang tidak boleh!!! Agama sendiri melarangnya. Ada sebab mengapa tidak dibolehkan.
Selain tidak selesa ia juga tidak sihat. sebabnya ketika haid, cairan pencegah jangkitan yang
dihasilkan semula jadi oleh vagina diganti oleh darah.
Sebarangkemasukan pada alat sulit wanita itu juga akan menyebabkan aliran darah haid berpusing
balik dan menimbulkan infeksi pada rongga pinggul. Walaupun pasangan begitu menginginkan seks
ketika ini, mintanya dirinya bertahan

No comments:

Post a Comment