Friday 28 October 2011

‎12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT



Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki .
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak
berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
 
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan
tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan
& tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg
meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan
dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya
akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
 
Rasulullah saw bersabda
"sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya
di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "
mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.
Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
 
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia
tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka.
Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas.
Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka.
Sabda rasulullah
"tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai
orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh
dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.
Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih
hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan
"mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan
dunia dalam keadaan bertaubat.
 
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan,
kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Laporan Audit Malaysia Yang TV3 Lupa Nak Sampaikan




Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 201o oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan
kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada
pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak.

Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih
melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan
“nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..


Bagaimanapun terdapat Laporan Audit Malaysia, yang TV3 Lupa Nak Sampaikan apabila
hanya rupanya di dalam Malaysia ini hanya seolah-olah 3 buah negeri sahaja yang diaudit iaitu
Kelantan, P.Pinang, dan Selangor di burukan oleh tv 3, sedangkan perkara yang lagi penting
dari itu mereka tidak sampaikan kepada rakyat Malaysia.

Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan
Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian
umum setakat ini ialah :

1- Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan
di Gemas N.S yang dikaitkan dengan seorang menteri  yang dikatakan gagal walaupun menelan
belanja besar.(Datuk Shahrizat Jalil’s husband?) 



2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah.
 Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga
elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB),
dedah Laporan Ketua Audit Negara.



3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal Projek makmal komputer sekolah harian
di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan
pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya,
dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu,
masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah,
kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan Laporan Ketua Audit Negara 2010,
berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor
telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous
Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya
mampu mengutip RM23,792.56.

Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi. Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi
daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya
perbelanjaan lain boleh tahan juga “makannya”.

Sebagai contoh :
RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan (GLC) susut 40% daripada syarikat-syarikat yang
dikawal oleh Kementerian Kewangan

19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami
kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)

Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah
RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah
RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding
dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview S/B.

Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan
Aset Global Network Sdn Bhd.

8- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar diminta memberi
penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti
dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi.
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi
golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan
peralatan tertentu – 100% lebih tinggi berbanding harga pasaran.



Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah:



Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60



10- MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta.
18 daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana
kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan
sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa
atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor
kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa
kelulusan Kementerian Kewangan.

Antaranya :
Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta

Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :

Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)

11- 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah
RM3.73 billion.Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan,
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam,
Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

12- Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding
RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada
KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi

13- 96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar
“dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR).

Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…

14- Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini
telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion

Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai
RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada
RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7%
kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

15- Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan

Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini,
apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah
perbelanjaan yang berlebihan ini?
Adakah Menteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab? Penalti?
Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas itu
akhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya?

Sebab apa yang kami lihat Laporan Ketua Audit Negara terus didedahkan saban tahun, tetapi
yang jadi masalahnya masih tak nampak lagi tindakan lanjut yang serius daripada kerajaan.
Sebaliknya, semakin sewenang-wenangnya untuk berbelanja. Bertambah buruk lagi, apabila
hutang negara Malaysia semakin melambung tinggi.

P/S : Apa pandangan anda dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 kali ini?

‎10 PERLAKUAN YANG MEROSAKKAN OTAK

 1. Tidak mengambil sarapan pagi :-Apabila s...eseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah.
Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan :-Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok :-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan

penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan :-Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain

daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara :-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh

menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur :-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan

sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur :-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida

berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat :-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa

kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi :-Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh

menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir :-Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina

boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Gambar Barangan Audit 1 Malaysia

Barangan Audit 1 Malaysia (peralatan dan aset yang dibeli oleh beberapa agensi
kerajaan yg telah mendapat teguran Audit Negara baru-baru ini) yang dibelanjakan kerajaan Malaysia amat menunjukan tanformasi Gagasan Satu Malaysia begitu produktif.

Perbelanjaan yang amat menjimatkan dan memberi keutamaan kepada Rakyat Satu Malaysia.

Berikut adalah beberapa barang yang di maksudkan.


Jika kita perhatikan harga dari graf di atas, sepatutnya barangan yang digunakan
mestilah lebih baik dan benda benda yang dibeli boleh memudahkan pekerja dari
sektor awam menjalankan pekerjaan mereka dengan lebih produktif dan baik.

Akan tetapi, Agensi kerajaan Malaysia mungkin tidak bijak dalam merunding harga,
sehinggakan mereka diperBODOHkan dengan baik oleh syarikat syarikat yang mengeluarkan barangan tersebut.

Antara barang barang yang mereka beli dalam harga pasaran:


Harga 1 Malaysia RM 11,845.00
Harga Sebenar Paling Mahal RM 3,428.00
Jimat  RM 8,417.00


 (Spek asal tak diberi, jadi saya search Spek yang tercanggih dan bersesuaian dalam pasaran)
Harga 1 Malaysia RM 16,100.00
Harga Sebenar Paling Mahal RM 2182.00
Jimat RM 13, 918.00


( Spek asal tak diberi, jadi saya search Spek yang tercanggih dan bersesuaian dalam pasaran)
Harga 1 Malaysia RM 47,725.00
Harga Sebenar Paling Mahal RM 8,225.00
Jimat RM 39,470.00


( Spek asal tak diberi, jadi saya search binoculars yang canggih dan bersesuaian dalam pasaran)
Harga 1 Malaysia RM 56, 350.00
Harga Sebenar Paling Mahal RM 8,140.00
Jimat RM 48,210.00


( Spek asal tak diberi, jadi saya search Spek yang tercanggih dan bersesuaian dalam pasaran)
Harga 1 Malaysia RM 4323.00
Harga Sebenar Paling Mahal RM1561.00
Jimat RM 2763.00

Jd, benarkah dgn direct nego ni, harga barangan tersebut akanlebih murah atau menguntungkan kroni2 sahaja?

Pikir-pikirkan...dan selamat menjawab!

Pencil vs Camera: Incredible piece of Art

See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures
See more HOT pictures

 

‎10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat
itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,
maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S. A. W te...lah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."

Hassan r. a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji,
maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti
solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
MasyaAllah.

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon
yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!
Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah).
Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C !
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.



3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa.
Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi
Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka
masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal,
Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo
Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate
secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,
"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami
memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak".
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang
sama untuk penghasilan busa.



4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb),
Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor.
Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan
salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak.
Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari
sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.



5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat
bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna
diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan
bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti
bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak
akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.Bawang goreng
segera dimasak bersama dengan straw dan apabila straw tersebut panas dan lebur, ianya akan
menyaluti bawang goreng tersebut.Saya sendiri tidak pasti samaada semua syarikat pengeluar
bawang goreng melakukan hal yang sama atau tidak. Hanya saja, lebih baik kita mengambil langkah
berjaga-jaga.