Saturday 13 August 2011

Mesej Tersirat Disebalik Filem Lord Of The Ring (LOTR)???



Sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.

|Mordor = Markas dajjal Laknatullah|

beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.


|Sauron = All Seeing eye = The False Messiah|
|The All of Seeing Eye|
|Dinding = Isengard|
|Witch king = Yajuj & Majuj|
|Gandalf = Isa Al Masih?|Aragorn = ImamMahadi?|Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar|

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.


|Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)|

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.

http://saint-guerre.blogspot.com/2010/11/konspirasi-dunia-lord-of-ring.html
Waallahu’alam bisawab
~mori

https://www.facebook.com/PendedahanKonspirasi#!/notes/dinar-emas-pengedar-syiling-sedunia/413-kerajaan-digital-duit-digital-bab-23/215585431797483 P/s:pesan dr DE
((( The Lord Of The Rings )))
Tolong Study Filem Ini Sampai Habis,

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum


Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.




Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.




Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
http://www.ancientmysteries.eu/gallery%20pictures%20UK.html 
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.

Carkera padat purba yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.



Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan


Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
ingin tahu lebih lanjut mengenai teknologi zaman dulu.


sumber disalin:http://khairulaznan.wordpress.com/2011/03/06/misteri-teknologi-zaman-nabi-nuh-yang-disorok/

Contoh manipulasi media

Bila ada berita tentang sesuatu . berita mana yang harus dengar atau percaya ? baik atau buruk ?
Lain tempat lain cerita . Lain tv lain berita . Lain orang lain cerita .

Berita Pertama.


atau ?

Berita Kedua.


tetapi yg sebenarnya adalah yang ini.

ASAL USUL BATU HAJAR ASWAD



Ketika Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a. s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s. Sehingga aekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku,Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s. w. t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s. w. t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab
apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s. a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Himpunan Jawapan Kemana Duit Rakyat Malaysia Dihabiskan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1. Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta. sumber

2. Laman Web dan Facebook
  • Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
  • Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
  • Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
3. Pelaburan dan Syarikat-syarikat
  • Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali – rugi RM10.4 billion.
  • Kerugian Perwaja Steel – rugi RM10 billion.
  • Bailout Indah Water Konsortium (IWK) – rugi RM200 juta.
  • Bailout Konsortium Perkapalan Berhad – rugi RM1.7 billion.
  • Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
  • Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
  • Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – rugi RM3.3 billion.
  • Bailout LRT PUTRA dan STAR – rugi RM6 billion.
  • Bailout Renong/UEM – rugi RM12 billion.
  • Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun – rugi RM950 juta.
  • Hutang tertunggak InventQjaya – rugi RM228 juta
  • Pampasan Jambatan Bengkok – rugi RM257 juta
  • Pampasan pembatalan Broga Incinerator – rugi RM500 juta
  • Kerugian membeli saham Agusta – rugi RM510 juta
  • Skandal Port Klang Free Zone – rugi RM4.6 bilion
  • Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
  • Blok L dan M - RM 380 billion
  • Sime Darby - RM 1.6 billion
  • Pos Malaysia – RM 546 juta
  • Felda – RM 8 Billion sumber
4. Rosmah sewa hotel RM100, 000 satu malam di Dubai!!sumber
5. “Lawatan Sambil Belajar” Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) RM134,317.76.
  • Lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. sumber
6. Bil elektrik Kediaman rasmi PM dan TPM sebanyak RM160,000 sebulan!! sumber
7. .Isu insinerator di Broga, Semenyih.
  • Isu insinerator di Broga, Semenyih, Kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut.Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanjaRM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta)bagi kos operasinya setiap tahun. Sumber
8. Kos Ubah Suai Sri Perdana
Habiskan duit rakyat sebanyak RM12.5 juta untuk kos ubah suai Sri Perdana. Sumber

6 soalan Imam Ghazali kepada anak muridnya

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan 6 soalan kepada mereka:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua”
Murid 2 = ” Guru”
...Murid 3 = ” Teman”
Murid 4 = ” Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari”
Murid 4 = ” Bintang-bintang”
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 = ” Gunung”
Murid 2 = ” Matahari”
Murid 3 = ” Bumi”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah”
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri”

Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini, elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut:

Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa.

Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang di atas garisan Syariah yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Sejauh manakah kita dapat mengawal dan menguasai hawa nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.

Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?

source- http://nomborduablaz.blogspot.com/2011/08/6-soalan-imam-ghazali-kepada-anak.html

ANTARA FAKTA SAINTIS BARAT DAN FAKTA AL QURAN

Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah- Ayat 30-34)


BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.


Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.

MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya.

Disalin dari : http://ohislam.com/antara-fakt​a-saintis-barat-dan-fakta-al-q​uran/

Gambar : Lukisan zaman Paleolitik di Lascaux, Perancis

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula m...erencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.       Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.       Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.   Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-ke​san yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.   Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.   Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini http://www.ancientmysteries.eu​/gallery%20pictures%20UK.html  Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.   Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.     Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan   Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Qs.Al-An’am: 6 Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.   Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki. ingin tahu lebih lanjut mengenai teknologi zaman dulu.     sumber disalin:http://khairulaznan.wordpress.​com/2011/03/06/misteri-teknolo​gi-zaman-nabi-nuh-yang-disorok​/ ~ Al-Farisi

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

MENGAPA PENGGUNAAN LEMAK BABI (PIG FAT) TIDAK DIBERITAHU KEPADA PENGGUNA TETAPI HANYA KOD (E) DICETAK?



Hampir semua negara-negara barat termasuk Eropah memilih daging babi sebagai daging utama. Oleh itu terdapat banyak ladang babi dibina di negara-negara ini untuk berkembang biak haiwan ini. Contohnya di Perancis sahaja, ladang ternakan babi melebihi 42,000 buah ladang. Babi adalah haiwan yang memiliki jumlah tertinggi kandungan lemak (FAT) dalam tubuh mereka berbanding dengan haiwan lain. Oleh itu, negara Eropah dan Amerika telah berusaha untuk menyekat dan menghindari lemak ini dari digunakan oleh penduduknya.

Susulan daripada tindakan tersebut, timbul persoalan sekarang di kotak fikiran kita, ke MANA lemak ini pergi? Ini kerana semua babi yang disembelih di rumah penyembelihan haiwan adalah di bawah kawalan Jabatan Makanan di negara masing-masing. Oleh itu timbul permasalahan kepada Jabatan ini untuk membuang lemak babi tersebut di lokasi mana?

Kronologi Perkembangan Lemak Babi
Sekitar tahun 60’an, lemak ini tiada nilai dan sisa bahan ini telah dibakar. Tetapi hasil kajian saintifik yang dijalankan didapati, bahan ini telah dimanfaatkan dalam pembuatan sabun dan ternyata ianya berhasil. Berikutan kejayaan mereka mewujudkan hasil baru bagi kegunaan “household” maka satu rangkaian industri penuh terbentuk dan lemak (FAT) ini telah diolah kandungan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Manakala syarikat perkilangan lain membelinya. Sementara itu, pada masa yang sama semua Negara Eropah telah membuat peraturan bahawa setiap barangan makanan, perubatan dan produk personal higiene mesti mempunyai kandungan bahan ramuan yang disenaraikan di plastiknya. Jadi, bahan ini dikategorikan sebagai PIG FAT.

Bagi mereka yang telah menetap lama di Eropah melebihi 40 tahun pastinya amat arif dan tahu tentang hal ini. Akibat daripada penggunaan bahan ramuan ini semua produk berasaskan lemak babi telah diharamkan jualannya di NEGARA ISLAM. Tindakan ini mengakibatkan defisit perdagangan kepada Negara Eropah.

Menyorot kembali semasa zaman penjajahan di Asia Tenggara, kita mungkin tahu tentang faktor-faktor yang menjadi provokasi dari PERANG SIVIL pada tahun 1857. Pada masa itu, peluru senapang (Rifle Bullets) dibuat di Eropah dan diangkut ke sub-benua melalui jalan laut. Keadaan ini memerlukan waktu berbulan-bulan untuk tiba ke destinasi. Keadaan ini telah menyebabkan serbuk pistol rosak kerana terdedah kepada air laut.

Untuk menyelesaikan masalah ini maka satu lapisan lemak babi telah disalut pada peluru tersebut bagi mengelak berlakunya kerosakan. Apabila peluru ini hendak digunakan, lapisan pada peluru ini perlu dikoyak menggunakan gigi. Oleh kerana pada masa tersebut kebanyakkan tentera adalah beragama Islam dan Hindu, berita ini telah tersebar luas maka ia telah menyebabkan ramai tentera menolak untuk turut serta berperang.

Berikutan daripada timbulnya masalah ini maka Negara-negara Barat mula menggantikan perkataan lemak babi (PIG FAT) kepada lemak binatang (ANIMAL FAT) pada bungkusan barangan tersebut. Perkara ini mula dilaksanakan oleh Eropah sejak tahun 1970-an. Apabila syarikat pengeluar ini diminta menyatakan jenis lemak yang digunakan oleh pihak berkuasa dari NEGARA ISLAM, mereka membuat akuan bahawa ia adalah lemak lembu atau kambing. Di sini sekali lagi soalan diajukan kepada pengeluar tersebut, adakah lembu dan kambing itu disembelih mengikut kaedah HUKUM SYARAK? Jika tidak, ia adalah HARAM dan barangan tersebut pasti akan diharamkan untuk diedarkan di dalam NEGARA ISLAM.

Kesan daripada tindakan pengharaman ini, syarikat-syarikat multinasional dari NEGARA BARAT telah menghadapi penyusutan keuntungan yang tinggi 75% dari pendapatan mereka hasil jualan barang-barang mereka yang dianggarkan berbilion-bilion dolar hasil keuntungan daripada eksport mereka ke DUNIA MUSLIM.


Sistem E-CODES
Akhirnya mereka telah memperkenalkan BAHASA CODING di mana hanya Jabatan Pentadbiran Makanan sahaja yang tahu apakah senarai ramuan yang mereka gunakan dalam semua produk makanan, perubatan dan personal. Secara tidak langsung tindakan memperkenalkan sistem E-CODES atau E-INGREDIENTS ini telah menjadi tanya tanya kepada pengguna berkaitan status halal produk tersebut. Ia secara tidak langsung membuktikan MUSLIHAT dan NIAT jahat Negara Barat yang sengaja tidak menghormati kesucian dan kepercayaan agama Islam.

Penggunaan sistem ini telah digunapakai oleh kebanyakkan produk-produk daripada syarikat multinasional seperti ubat gigi, sabun, gula-gula getah, coklat, gula-gula, biskut dan makanan tin. Selain itu, ubat multi-vitamin yang digunakan di semua Negara Islam juga didapati mempunyai unsur-unsur syubahah dan tidak mengambilkira sensiviti pengganut Islam.

Oleh itu, semua orang Islam atau Hindu (Vegetarians) diminta untuk menyemak bahan-bahan ramuan dari ITEM penggunaan barangan harian berdasarkan kepada sistem E-CODE. Jika hasil semakan mendapati terdapat salah satu daripada bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, pihak tuan dan puan mestilah cuba untuk mengelaknya. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berasal daripada lemak babi (PIG FAT)

Sifat Yang Melemahkan Diri

Kawal perasaan apabila hendak marah

Secara sedar atau tidak, setiap manusia ada kelemahannya. Manusia sememangnya mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk lain ciptaan Allah s.w.t. Tetapi, di sebalik kehebatan itu, manusia diperingatkan dan dikecam oleh Allah s.w.t kerana memiliki kelemahan dan kekurangan yang membawa ke lembah kehinaan.

Di dalam hati manusia, terbit beberapa sifat kelemahan seperti marah, tamak dan tergesa-gesa yang muncul tanpa disedari. Walau pun nampak remeh, tetapi sifat-sifat itu menjadi laluan oleh syaitan untuk mencapai tujuannya. Manusia perlu diperingatkan tentang kelemahan itu. Ikuti maklumat bermanfaat itu sebagai santapan untuk rohani anda.

MARAH

Perasaan marah yang terbit adalah api di dalam dada insan. Sifat ini hadir apabila berlaku sesuatu yang tidak menepati kehendak hati. Perasaan itu akan berkobar-kobar dengan hebatnya jika api kemarahan dihembus lagi. Imam Ghazali menggambarkan sifat marah itu bagaikan darah yang mendidih di dalam dada. Ia akan menghasilkan asap hitam yang menyembur ke otak dan seterusnya menguasai akal fikiran manusia. Akibatnya, sifat itu mempengaruhi fizikal manusia sehingga menutup mata dan menggelapkan pandangan.

Manusia yang sedang membara kemarahannya boleh dilihat menerusi air mukanya yang berubah, tindakannya yang tidak menentu dan tutur katanya tidak teratur. Akal fikirannya waktu itu seolah-olah suatu benda yang terbakar. Api marah dapat membakar hati dan sikap ini tidak elok dibiarkan berterusan.

Dalam konteks agama, Islam membenarkan manusia marah dengan maksud untuk meluruskan yang salah, mencegah yang mungkar dalam keadaan yang terkawal dan waktu dan tempat yang sesuai. Sebab itulah ada ungkapan yang mengatakan, marah biarlah bertempat.

Jika tidak sesuai dengan keadaan, marah tidak dibenarkan kerana syaitan paling mudah menguasai manusia ketika sedang marah. Waktu itu, syaitan menciptakan keadaan yang boleh menyebabkan manusia tidak sedar apa yang mereka ucapkan dan perbuatan yang dilakukan.

Al-Quran ada merakamkan beberapa kisah tentang sifat marah yang terjadi kepada beberapa orang Nabi yang marah disebabkan oleh kedurhakaan kaumnya yang enggan taat kepada perintah Allah s.w.t. Mengenai kisah Nabi Yunus misalnya, al-Quran menyentuh mengenai marahnya terhadap sekelompok Bani Israil yang enggan taat sehingga dia meninggalkan tugas dan menuju ke laut. Dia menduga bahawa “Kami tidak akan memberinya hukuman atas marah”. (Surah al-Anbiya, ayat 87). Malah Rasulullah s.a.w sendiri diingatkan oleh Allah s.w.t akan bahaya sifat marah. Allah bersabda, “Janganlah engkau menjadi seperti Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan besar,” (Surah al-Qalam, ayat 47).

Memandangkan banyak kesan buruk akan berlaku akibat sifat marah, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar tidak mudah marah. Andai kata rasa terdorong untuk marah, al-Quran dan as-Sunnah mengajar kita supaya memohon perlindungan Allah s.w.t daripada syaitan. Ini kerana syaitan akan mengipas dan menyiram minyak untuk menyemarakkan api di dalam hati.

Anda dianjurkan untuk diam, duduk dan meninggalkan tempat itu. Jika perasaan marah masih memuncak, eloklah berbaring. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau salah seorang di antara kamu marah, sedang ketika itu dia berdiri, maka hendaklah duduk. Kalau marahnya belum reda, hendaklah berbaring,” (Riawayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).

TAMAK

Sifat tamak adalah ekoran daripada keinginan yang sangat berlebihan yakni di luar batas kewajaran dan kemampuan. Bak ungkapan orang arif dan cerdik pandai, “Ukurlah kemampuan anda dan berusahalah untuk meraih keinginan. Ketahuilah batas anda dan jangan melampaui batas. Terimalah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kamu dan syukurilah anugerah itu.”

Tidak dinafikan bahawa keinginan yang berlebihan untuk mendapatkan sesuatu adalah sifat azali yang sudah tertanam dalam diri manusia. Nabi Muhammad pun memiliki sifat itu. Baginda berkeinginan agar seluruh manusia beriman kepada Allah s.w.t.

Keinginan Rasulullah s.a.w itu diingatkan oleh Allah s.w.t bahawa beliau hanya berkewajipan menyampaikan ajakan dan risalah Allah s.w.t dan bukan menjadikan mereka beriman seperti dalam sabda, “Engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada siapa yang engkau cintai tetapi Allah s.w.t yang memberi petunjuk siapa yang dikehendakiNya.” (Surah al-Qasas ayat 56).

Perasaan keinginan nafsu yang melampaui batas adalah pintu masuk syaitan ke dalam jiwa manusia. Segala jalan akan ditempuh dengan sedaya upaya untuk memuaskan keinginan yang belum pasti diraih meskipun ia bertentangan dengan hati dan ajaran agama.

Akibat daripada sifat itu, seseorang manusia akan bangga dan merasa puas apabila berhasil memiliki sesuatu yang dimiliki oleh orang lain dan tidak pernah merasa senang dan puas melihat kelebihan dan kejayaan kawan apatah lagi lawannya.

Jiwa orang yang memiliki sifat itu sentiasa goncang dan tidak tenteram. Dia tidak pernah menikmati apa yang dimilikinya. Apa yang membahayakan ialah apabila keinginan nafsu adalah kuat tetapi kurang kemampuan untuk melakukannya.

TERGESA-GESA

Sudah menjadi lumrah bahawa setiap manusia ingin mendapatkan sesuatu yang diinginkannya dengan segera. Begitu juga sewaktu berdoa dengan harapan doa yang dipanjatkan akan segera dikabulkan oleh Allah s.w.t. Sifat ini adalah satu kelemahan manusia. Adakah tergesa-gesa sama dengan gerak cepat?

Sifat tergesa-gesa kerap terjadi akibat daripada satu tindakan. Kadang-kadang menyebabkan manusia menjalankan kewajipan asal menjadi sesuka hati dengan mengambil jalan pintas yang bertentangan dengan hukum. Bukankah banyak dosa yang terkumpul akibat kesilapan manusia disebabkan sifat tergesa-gesa?

Menghindari sifat ini tidak bermakna Allah s.w.t menggalakkan manusia bertindak lambat, menunda kerja hingga keesokan hari dan sebagainya. Sebaliknya ia bermaksud sebagai larangan melakukan sesuatu pekerjaan dengan tergesa-gesa sehingga tidak sesuai dan memenuhi ketentuan atau mengambil kesempatan dalam kesempitan. Rasulllah s.a.w. bersabda,“Tidak tergesa-gesa (berfikir matang) bersumber daripada Allah, dan tergesa-gesa bersumber daripada syaitan.” (Riwayat al-Baihaqi).

Sebagai renungan, eloklah merujuk nasihat al-Jahiz (775-867H) tentang sikap tergesa-gesa. “Hati-hatilah, jangan sampai syaitan memperdaya kamu, sehingga menguburkan tekad dan iltizam kamu atau memperlihatkan sikap suka menunda-nunda sebagai bentuk tawakkal (berserah diri kepadanya). Jangan sampai pula syaitan mencabut sikap berhati-hati yang melahirkan keengganan untuk bertindak dengan bertopengkan takdir.”

Hakikatnya terdapat banyak kelemahan manusia yang dapat dimanfaatkan oleh syaitan. Semoga dengan selalu mengingati Allah s.w.t dan mengingat permusuhan dengan syaitan, anda dapat menghindari semua sifat kelemahan. Mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi anda daripada kelemahan berkenaan.





G-Spot Mouse

Inovasi pelik bagi tetikus atau pun Mouse (cakap omputeh). G-spot mouse ni dicipta mengikut bentuk alat kelamin wanita.
Alamak!! alat kelamin wanita?
Pelik-pelik dah benda zaman sekarang ni. Agak-agak mouse ni boleh tak dijual di Malaysia? Baru-baru ni kecoh sikit pasal penjualan alat-alat seks. Confirm la mouse ni pun tergolong dalam kategori yang sama.
Apa-apa pun jum kita layan Mouse pelik ni kejap. (kanak-kanak bawah 18 tahun harus minta kebenaran penjaga dulu ek sebelum tengok)
pelik kan. Agak-agak nanti apa la lagi yang akan di design jadi bentuk-bentuk macam ni.

10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan


 

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

Alamak Ketiak Hitam

Alamak ketiak hitam la pulak! malunye. Macam mana pulak boleh hitam ketiak ni?
Selalunya ketiak menjadi hitam apabila kita tak berhati-hati masa kita bercukur atau pun mencabut bulu ketiak tu.
eh sebab apa pulak boleh hitam kalau bercukur? Ini disebabkan liang-liang roma membesar kalau kita tak hati-hati nak cukur bulu ketiak tu. Akibatnya segala kandungan yang ada dekat deodoran, bedak, minyak sapi, atau segala yang diletak kat ketiak tu memasuki liang-liang roma yang terbuka tadi secara langsung menghitamkan ketiak tu.
Bukan setakat hitam je, masalah ni juga membuatkan bau badan yang tak berapa nak sedap. Jadi kalau awek ke boyfriend tu duduk jauh-jauh kalau keluar dating tu paham-paham je la.
Macam mana nak putihkan ketiak ni ek? teringin juga nak ada ketiak putih gebu macam ni
Cara-cara mengekalkan dan memutihkan ketiak hitammu:
  • setiap kali nak cukur tu pastikan pisau cukur tu betul-betul tajam (nak senang beli je baru)
  • guna shaving cream dan cukur pada satu arah saja
  • gunakan scrub secara teratus dan gosok perlahan-lahan supaya sel kulit mati dapat ditanggalkan (berhenti jika pedih)
  • nak senang guna tips orang tua-tua dulu guna tawas

Tanda Si Lelaki Mahu Memutuskan Hubungan

putus hubungan

Lelaki ini merupakan golongan yang sukar untuk melafaskan kata perpisahan. Tetapi sebagai wanita anda dapat tau jika si lelaki ingin memutuskan hubungan yang telah anda berdua jalinkan selama ini. Ini dapat dilihat melalui perubahan sifat lelaki itu.
Antara tanda-tanda yang ditunjukkan oleh lelaki jika dia ingin memutuskan hubungan ialah :

1. Lebih mementingkan rakan-rakannya
Dia akan mula mencari rakan-rakan lamanya dan menghabiskan masa dengan rakan-rakanya. Apa yang peliknya sebelum ini dia lebih banyak menghabiskan masanya bersama anda. Perkara ini akan berterusan sehingga anda merungut dan mempersoalkan status anda dihatinya. Ketika inilah dia akan mengatakan bahawa anda mengongkong hidupnya dan menjadikannya alasan untuk putus.

2. Mula mungkir janji dan mengabaikan anda
Dulu dia tidak pernah lupa akan temu janji bersama anda, tapi sekarang dia selalu memberi alasan jika lupa untuk berjumpa anda. Dia juga tidak lagi memperdulikan anda. Malah lebih teruk lagi jika dia langsung tidak bertanyakan khabar anda.

3. Mula memandang dan memuji perempuan lain
Dulu dia tidak akan memuji perempuan lain didepan anda. Malah jika bersama anda kelibat perempuan lain juga dia tidak perasan. Yang ada di dunia ini hanya anda. Tapi itu dulu. Kini dia selalu memuji perempuan lain didepan anda dan sering memandang perempuan lain ketika bersama anda dengan tujuan membuat anda cemburu.

Tips Mengesan Kekasih Yang Curang

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah
anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan. Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita

5-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6-Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8-Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9-Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10-Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11-Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12-Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!