Friday 5 August 2011

SYAITAN MASUKI TUBUH MANUSIA MENERUSI 10 PINTU:

Untuk membantu manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi Iblis, Islam sudah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya bertahan dalam bertarung dengan syaitan dan membolehkan ia berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Dalam sebuah kitab yang ditulis ole...h seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam.

Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu sudah pun disimpulkan oleh seorang yang salih dengan katanya:

“Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu:

Pertama: Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

Kedua: Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

Ketiga: Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat: Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

Kelima: Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

Keenam: Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

Ketujuh: Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan: Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

Kesembilan: Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

Kesepuluh: Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah sudah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang kafir.

Didapati bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan bagi orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan duka cita. Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan orang mukmin: “Kenapa kamu kurus kering dan duka cita. Syaitan orang mukmin menjawab: Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku terus lapar.

Apabila minum dia menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan. Apabila dia memakai pakaian dia menyebut nama Allah dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut, dia terus menyebut nama Allah. Dengan itu rambutku terus kusut kering.”

Syaitan yang kafir pula berkata: “Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikit pun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanan, minuman dan pakaiannya.”

Demikianlah, wallahua’lam.

TRY TO READ THE FOLLOWING PARAGRAPH


Aoccdrnig to a rscheearch at an
Elingsh uinervtisy, it deosn't
mttaer in waht oredr the ltteers
...in a wrod are, the olny iprmoetnt
tihng is taht frist and lsat ltteer is
at the rghit pclae. The rset can be
a toatl mses and you can sitll
raed it wouthit porbelm. Tihs is
bcuseae we do not raed ervey
lteter by itslef but the wrod as a
wlohe. PELIK KAN

Kisah Benar pertemuan ayah dan anak melalui google

Dr. Scott Becker,seorang lelaki yang bermukim di Atlanta,Amerika Syarikat,bertemu dengan puterinya yang telah terpisah selama 30 tahun melalui Google.Dr.Scott Becker telah membuat sebuah halaman website sederhana,tanpa foto ataupun design.

Website itu hanya mengirimkan pesan kerinduan dari Becker untuk puterinya,April,dengan salah satu frasa yang ada bertuliskan "Scott Becker Looking For April"."Dear April,aku adalah ayahmu dan aku sangat ingin berjumpa denganmu, demikian tulisan yang tertera di halaman website tersebut.

Website tersebut telah dibuat Becker sejak 10 tahun lalu dengan harapan suatu ketika,April bakal menemui dirinya melalui internet.Seperti dikutip oleh AOL,terakhir kali Becker bertemu dengan April adalah ketika dia masih bayi.

Mereka terpisah setelah istri Becker,entah mengapa,membawa April pergi sesaat sesudah April lahir.mungkin sudah takdir lalu April pun mencari di Google dgn menaip tepat  "Scott Becker Looking For April".

Rupanya dia sudah berkali-kali mencari nama ayahnya di internet namun selalu gagal sampai akhirnya dia mencuba menggunakan frasa tersebut dan bejayal.Akhirnya setelah berhubungan melalui  e-mail,mereka pun bertemu kembali di dunia nyata sesudah 3 dekad berpisah.

April pun merasa terharu dapat menjumpai ayahnya kembali."Sebelumnya aku merasa tidak lengkap,namun kini aku merasakan damai",demikian kata April. sun.co.cc

(latifah cha)
p/s : bukan setakat leh cari psgn je dlm internet ni, hubungan yg telah lama terputus pun masih leh cari juga insyallah dgn takdirNya..


Nama Tempat Paling Panjanggggggggggggggggggg & terpendek!

Nama geografi kedua terpanjang yang diterima di dunia ialah "Taumatawhakatangihangak oauauotamateaturipukaka pikimaungahoronukupokaiwhe nua kitanatahu" (85 huruf)
iaitu nama sebuah bukit di New Zealand - ia adalah satu frasa Maori yang diterjemahkan,

“place where Tamatea, the man with the big knees, who slid, climbed and swallowed mountains, known as land-eater, played his flute to his loved one”.

''Makassar Nakorn amorn Ratana kosinmahintar ayutthay amaha dilok phop noppa ratrajathani burirom Udom rajaniwesmahasat Harn amorn phimarn avatarn sathit sakkattiya visanukamprasit'' yang terdapat di Thailand (163 huruf) menduduki tempat pertama dalam nama senarai nama geografi di dunia



Nama tempat Terpendek "Å" terletak di kedua-dua Sweden dan Norway. Dalam bahasa Scandinavia, "Å" bermaksud "sungai". Gambar di atas adalah salah satu daripada tanda jalan yang baru digantikan bagi kawasan itu - Ia sering dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab kemungkinan kerana ''novelty value'' yang ada pada papan tanda tersebut


SOLAT TARAWIH

AISYAH R.HA. MERIWAYATKAN BAHAWA PADA SUATU MALAM RASULULLAH S.A.W. KELUAR KE MASJID UNTUK MENGERJAKAN SOLAT, LALU ORANG MENGIKUTINYA, KEESOKANNYA PARA SAHABAT BERBICARA TENTANG PERKARA TERSEBUT SEHINGGA MENAMBAH BERTAMBAH JUMLAH JEMAAH. DEMIKIANLAH KEADAAN ITU SEHINGGA HARI KEEMPAT SEHINGGA MASJID TIDAK MAMPU LAGI MENAMPUNG JUMLAH JEMAAH YANG BERTAM......BAH. KEMUDIAN BAGINDA HANYA KELUAR UNTUK SOLAT SUBUH. RASULULLAH BERSABDA SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH : "SESUNGGUHNYA AKU BENAR-BENAR MENGETAHUI KEADAAN KALIAN, HANYA SAHAJA AKU KHUATIR KALAU AKU KELUAR SOLAT TARAWIH, MAKA SOLAT TERSEBUT AKAN DIWAJIBKAN KEPADA KALIAN SEHINGGA KALIAN TIDAK MAMPU MENGERJAKANNYA"
(RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM)

Minangkabau Nogori Sombilan


Penduduk Asal
Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.
Penghijrahan Orang Minangkabau

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Asal Nama Negeri Sembilan
Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

Yamtuan
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.

Adat Perpatih
Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning.

Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

Kerajaan


Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.

Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Kebudayaan

Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Randai dan Bongai.

Negeri Sembilan
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di utara, Pahang di timur, Johor di tenggara, Melaka di selatan, dan Selat Melaka di barat.

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut: Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8). Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10). Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu dan Jempol.
Geografi

Negeri Sembilan terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia, yakni di sebelah selatan negeri Selangor. Negeri ini bersempadan dengan Pahang di sebelah timur dan Melaka serta Johor di sebelah selatan. Bandar Seremban, iaitu ibu negeri Negeri Sembilan, terletak cuma 60 km dari Kuala Lumpur dan kira-kira 40 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang baru di Sepang.

Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya (Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, dan Jempol) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah dan dataran yang begitu indah mata memandang dalam dakapan alunan bukit-bukau dan pergunungan. Sambil Banjaran Titiwangsa semakin menirus menghala tanah rendah Johor, rupa bumi bergunung-ganang dan hutan belantara beransur berubah menjadi ladang-ladang getah dan kelapa sawit di sebelah barat.

Negeri Sembilan mempunyai jumlah penduduk seramai kira-kira 722,000 orang (bancian penduduk tahun 1991). Dari jumlah ini, 56% terdiri daripada orang Melayu, 29.7% kaum Cina, 16.4% India dan 1.4% lain-lain. Purata kepadatan penduduk ialah 109 orang setiap kilometer persegi.

Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu : Jelebu, Inas, Johol, Rembau, Sungai Ujong, Tampin, Jempol, Ulu Muar dan Gunung Pasir.

Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Seri Menanti, Gemas, Kuala Klawang, Lukut, Gemencheh dan Port Dickson.

WHEN to Drink WATER.........................

Correct Time to Drink Water....Very Important...
This is interesting!!  I knew you need your minimum water to

flush the toxins out of your body, but this was news to me.

Correct Time to Drink Water....Very Important

From A Cardiac Specialist!


Drinking water at certain time
maximizes it's effectiveness on the body:



2 glasses of water after waking up - helps activate internal organs



1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion

1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure

1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack



Please pass this to the people you care about.......I DID!!!!