Wednesday 19 October 2011

Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Mandi Wajib?:

Soalan :
Kalau keluar air mani, kita kena mandi wajib. Kalau keluar air mazi pula, kita tak perlu mandi
wajib. Ini bermaksud air mani lebih berat daripada air mazi kan?
Tapi kenapa air mani dikatakan suci ...dan kalau terkena pakaian, solat masih sah.
Manakala air mazi pula dikatakan najis dan jika terkena pakaian, solat tidak sah.
Boleh jelaskan?

Jawapan :
1. Ini kerana ia sudah menjadi perintah Allah. Kita wajib mengikut perintah syariat walaupun kita

tidak mengetahui apa sebabnya. Kita disuruh berwuduk sebelum solat bukan kerana muka, kaki dan
tangan kita najis. Kita juga tak tahu kenapa solat Asar 4 rakaat, Maghrib pula 3 rakaat. Mukmin sejati
akan mengerjakan perintah Allah, samada dia tahu sebabnya atau tidak. Sementara orang yang tidak
beriman hanya mengerjakan perintah Allah jika dia mengetahui sebabnya. Jika dia tidak tahu maka dia
tak buat.

2. Bukan semua benda kotor dan jijik itu najis. Dalam Islam, najis atau tidak bukanlah ditentukan

dari kejijikann atau kekotorannya, tetapi melalui dalil Al-Quran atau Hadis. Kalau ia bersih, tetapi
Quran dan Hadis kata ianya najis, maka najis lah ia. Contoh, anak anjing comel yang bersih tetap dikategorikan sebagai najis berat. Kalau hingus dalam hidung itu najis, pasti akan membatalkan solat.
Susah la kalau sesiapa yang ada resdung tu.

3. Air mani itu suci. Jika air mani itu najis, maka manusia adalah najis. Kerana itulah, walaupun mazi

dan mani keluar dari jalan yang sama, hukumnya berbeza. Kerana bukan jalan ia keluar(kemaluan)
yang menentukan, tetapi dalil Al-Quran dan Hadis.

Wallahu'alam...
 

‎5 Jenis Racun dan Penawarnya

Dalam hidup kita ini ada 5 jenis racun yang boleh merosakkan kehidupan manusia di dunia dan juga
hari akhirat. 5 jenis racun ini perlu diubati dengan 5 jenis penawar juga. Sama-samalah kita mengubati
5 racun yang ada dalam diri kita yang bernama manusia.

Pertama
Dunia ini adalah racun.Kenapa dunia ini adalah racun? Ini kerana dunia ini mampu membawa banyak kerosakan kepada
umat manusia. Manusia telah lalai dengan kenikmatan yang ada di dunia ini. Manusia telah menjadi
hamba dunia dan lupa kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang sebenarnya berlaku kepada manusia
sejak dahulu lagi.

Zuhud itu penawarnya.Zuhud bermaksud kita menguasai kehidupan dunia tapi dunia tidak mengusai kehidupan kita. Kita tidak

salah untuk hidup memiliki kekayaan dan kejayaan dunia kerana umat Islam juga perlu memajukan diri, bangsa dan agama tanpa melupakan hari akhirat.

Kedua

Harta itu racun.
Harta kekayaan telah menyebabkan ramai manusia hanyut dengannya. Memiliki harta yang banyak

telah menyebabkan seorang manusia lupa untuk beribadat kepada Allah. Harta juga menyebabkan
seorang manusia itu sombong dengan orang lain. Bukan semua orang begitu tapi hanya berlaku
kepada segelintir mereka yang tidak bersyukur.

Zakat itu adalah penawarnya.Perintah mengeluarkan zakat adalah termasuk dalam rukun Islam yang lima.

Firman Allah maksudnya:
“Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)”
(Surah At-Taubah: Ayat 103)

Ketiga

Perkataan yang sia-sia itu racun.
Apabila seseorang itu banyak bercakap, jika tidak dikawal percakapannya itu maka akan banyaklah

keluar perkataan yang sia-sia dari mulutnya. Dengan itu banyaklah dosa yang keluar dari mulutnya itu.
Sebab itu diam adalah lebih baik dari banyak berkata-kata yang sia-sia.

Zikir itu penawarnya.Jika lidah sentiasa dibasahi dengan zikir, ia dapat membersihkan hati manusia supaya sentiasa

mengingati Allah. Zikir juga dapat memberi ketenangan kepada orang yang banyak menyebutnya.
Orang yang banyak berzikir juga akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Keempat

Seluruh umur itu racun.
Umur seorang manusia hanya sekejap saja tidak lama mana pun. Jika semasa umur seseorang itu hidup

di dunia ini banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia maka akan rugilah dia. Janganlah umur dihabiskan dengan melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Taat itu adalah ubatnya.Umur manusia yang ada hendaklah dihabiskan dengan banyak melakukan amal ibadat kepada Allah.

Sebagai seorang hamba yang beriman kita perlu taat kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Kelima

Seluruh tahun itu racun.
Sepanjang tahun banyak perkara yang telah kita lakukan dalam kehidupan seharian. Sama ada baik dan buruk hanya diri kita sendiri yang mengetahuinya.

Ramadhan itu penawarnya.Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat dan keampunan. Pada bulan ini segala dosa-dosa akan

diampunkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang bertakwa. Ambillah keberkatan yang ada pada
bulan ini untuk membersihkan diri kita dari segala dosa-dosa yang telah dilakukan.

Sifat Babi Sudah Menular di Kalangan Manusia?

Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang
rahsia diharamkan babi dalam Islam.

Mereka berkata, "Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang
mengandungi cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi
yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan
melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang
membahayakan kesihatan lagi".

Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam Muhammad Abduh, beliau meminta mereka untuk

menyediakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor
babi betina. Mereka bertanya, "Untuk apa?" Beliau menjawab, "Penuhi permintaan saya! Dan saya
akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!".

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam

betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling menyerang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati.
Kemudian M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.

Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi,

tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajatnya' masing-masing,
tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak
keduanya muncul sifat jahat untuk mencabul kehormatan sang betina.

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah' (perasaan cemburu) orang yang memakannya.

Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa dengan lelaki yang hanya membiar
dan melihat isterinya yang tidak menutup aurat atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan
dengan lelaki lain yang bukan mahram, tanpa rasa cemburu dan was-was.

Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda.

Atau kalau taknak disamakan dengan orang yang memakan babi, tanamlah perasaan cemburu terhadap tingkah-laku anak isteri anda. Jangan jadi lelaki dayus.