Tuesday 25 October 2011

Haram pakai tudung berbonggol macam UNTA!!!



Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?

Ramai suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan
rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan
kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula
dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan
menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak
akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum
wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan
mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang
senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya
sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk
di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka
atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka
pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai.
Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia
dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka
tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari
jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat
benar-benar terjadi.