Sunday 5 February 2012

Sejarah Ubat Gigi Darlie Zaman Dulu-DUlu....

Generasi baru mungkin tak tau benda nie sebab sekarang diorang guna ubat Gigi Darlie yang dah
maju siap ada dwi-aksi lagi. Tapi bagi yang lahir sebelum tahun 90-an pasti teringat tentang ubat gigi
ni yang dulunya dinamakan "Darkie"...

Darlie dahulunya dikenali sebagai Darkie adalah jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley
& Hazel. Perkataan "Darkie" digunakan di Amerika dan Eropah merujuk kepada orang berkulit hitam
dan dikatakan berunsur perkauman. Sebab tu nama tu ditukar kepada Darlie dan imej kat kotak pon
dah bertukar. Darlie menjadi salah satu jenama ubat gigi popular di Taiwan sehingga hari nie.

TAPI ramai yang tak tau bahawa perkata "Darlie" pon merujuk kepada perkataan hitam, kalau korang
tak percaya pergi Google translate dan translate perkataan English (DARLIE) -> Chinese.
Pastu ambik perkataan Chinese yang keluar tadi dan translate balik ke English dan tekan untuk maksud alternatif (rujuk gambar bawah). Kalau tak puas hati lagi pergi tanya orang Cina maksudnya, he3...

Man Nock : Tapi kalau kat Malaysia nie perkataan Darkie tu macam daki pulak, orang pon geli nak beli, he3...