Tuesday 16 August 2011

20 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA



Gambar Hiasan

Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

4. Anda suka bersendirian berjalan malam.

5. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

6. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.
Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

7. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

8. Anda mungkin selalu didatangi perempuan  yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

9. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.
Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.
Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

12. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.
Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

14. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

15. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.
Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

19. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.
Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.
…dan sebagainya…
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.

Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.

Wallahua’lam

12 tanda Wanita di Cintai Oleh Jin Jantan

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki… samada lelaki yang sama…atau silih berganti… samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing… …bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu semuanya ‘ hensom ‘ dan menawan hati… …kadang-kadang hanya saling berpandangan… seperti orang yang baru mula berkenalan dan bercinta… …atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap melakukan hubungan badan… …tapi ada juga keadaannya…bukan lelaki ‘ hensom ‘ sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut- kan… …ia bergantung kepada keadaan…dan jin bagaimana yang mengganggu…

2.Jika jin jantan itu saka keturunan… biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki sejak dari kanak-kanaknya lagi… …untuk rawatan… wanita ini juga perlu beramal sendiri… …kerana biasanya jin itu sangat degil…dan ‘cintanya’ sampai ke mati…

3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil…orang asing…atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam antara tidur dan jaga… …kadang-kadang hanya didatangi…atau mungkin di- ganggu…atau buat hubungan badan sukarela…atau mungkin wanita itu diperkosa…

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di- dalam saluran sulitnya…gatal atau hingga menimbul- kan rasa birahi yang memuncak… …ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa mengenal batas… …iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa sebab… …dari satu segi… ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh kejahatan jin… dan kadang-kadang di luar kawalan… …dan rahsia utamanya…iaitu kerana jin itu turut serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada bahagian kepala…

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki… walaupun ia telah bersuami.. …dan besar kecenderungannya berlaku curang terhadap pasangannya… …ia ada daya penarik tersendiri…terutama kepada lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya…

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu malam… …dan siangnya ia sering merasa lemas badan…

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu yang aneh masuk ke dalam tubuhnya…

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan- nya dari mana-mana…

10.Sukar mengerjakan solat…ada-ada saja halangan- nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat masa…

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga…ia di- datangi makhluk menyerupai suami…atau orang lain…atau makhluk aneh yang mengganggu atau menyetubuhinya.

Nota : 1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau pasangannya ada jin jantan dalam badan… samada kerana saka…menuntut ilmu…menyimpan tangkal dan sebagainya… …apabila ia melakukan hubungan badan…jin tersebut itu turut sama samada sengaja atau tidak… maka jin itu mula ketagih dan buat ‘kerja sendiri’ tanpa kawalan tuannya… …itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan jin walau apa pun caranya…

2.Wanita yang ada gangguan ini… kadang-kadang masa bercinta semuanya indah… tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan rumah tangganya kerana takut atau benci… atau cemburu pada si suami yang… …tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan… jin itu suka…kerana ia haram…dan tiada ikatan yang mengganggunya… 3.Bagi yang sudah bersuami… kecenderungannya berlaku curang sangat besar… dari sebab hasutan jin… …ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja… terutama lelaki yang didampingi jin betina… …malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita itu dari suaminya yang halal… juga dari sebab hasutan jin betina… …kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu… nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat pada wanita tadi… wallohu a’lam.

HOTEL CALIFORNIA LAGU UNTUK GEREJA SETAN?

Cover Album "Hotel California"
Pasti kita hafal atau paling tidak pernah dengar lagu legendaris dari The Eagles ini. Lagu yang meledak pada Mei 1977, dikemuncak chart Billboard Hot 100 selama seminggu. Lagu ini juga menduduki peringkat 49 dari The 500 Greatest Song of All Time oleh majalah Rolling Stones. Part solo gitarnya pun menduduki peringkat 8 Top 100 Guitar Solos oleh Guitar Magazine. Albumnya yang bertajuk sama telah terjual sebanyak 16 juta copy sejak perilisannya. Tak diragukan lagi, lagu ini memang legendaris.
Tapi pernahkah anda memperhatikan liriknya? Nah kalau belum, semak ini:
Hotel California
Writers: Don Felder, Glenn Frey, Don Henley
Welcome to the hotel california
Such a lovely place
Such a lovely face
Plenty of room at the hotel california
Any time of year, you can find it here
Her mind is tiffany-twisted, she got the mercedes bends
She got a lot of pretty, pretty boys, that she calls friends
How they dance in the courtyard, sweet summer sweat.
Some dance to remember, some dance to forget
So I called up the captain,
’please bring me my wine’
He said, ’we haven’t had that spirit here since nineteen sixty nine’
And still those voices are calling from far away,
Wake you up in the middle of the night
Just to hear them say…
Welcome to the hotel california
Such a lovely place
Such a lovely face
They livin’ it up at the hotel california
What a nice surprise, bring your alibis
Mirrors on the ceiling,
The pink champagne on ice
And she said ’we are all just prisoners here, of our own device’
And in the master’s chambers,
They gathered for the feast
The stab it with their steely knives,
But they just can’t kill the beast
Last thing I remember, I was
Running for the door
I had to find the passage back
To the place I was before
’relax,’ said the night man,
We are programmed to receive.
You can checkout any time you like,
But you can never leave!

Phew, panjang juga ya. Mungkin fikiran pertama yang terlintas di kepala adalah, ini adalah cerita tentang si lakon yang masih dalam perjalanan, kemudian penat dan tidur di “Hotel California”. Dari sini mulai muncul kejadian aneh dan seterus-seterusnya. Tapi tahukah anda bahwa lirik lagu ini juga secara kontroversial dinterpretasikan tentang Church of Satan dari Anton LaVey. Saya tidak akan membahas tentang apa itu church of satan yang memang diluar konteks tulisan ini, tapi saya hanya menyebutkan alasan penginterpretasian.
Ini alasannya:
  • The Eagles merupakan anagram dari “gales (of) heet” yang berarti winds of hell.
  • Pada tahun 1969 sebuah hotel di California Street, San Francisco dialih menjadi church of satan oleh Anton LaVey.
Anton LaVey
  • “They stab it with their steely knives, but they just can’t kill the Beast,” menunjukkan kekuatan setan(beast).

  • “You can check out at any time you like, but you can never leave” dan “We are all just prisoners here of our own device.” menyiratkan sumpah anggota church of satan yang mengikat.

  • Dan yang paling creepy adalah kemunculan Anton LaVey di cover album

  • Kelihatan Anton LaVey?
    Penampakan Anton LaVey
    Bagaimanapun juga Don Henley mengkonfirmasi di Daily Mail “It was really about the excesses of American culture and certain girls we knew. But it was also about the uneasy balance between art and commerce”
    Dijelaskan bahwa tema dibelakang dari lirik lagu ini adalah dekadensi industri musik di Los Angeles yang dideskripsikan sebagai “penjara” para artis dalam petikan lirik “We are all just prisoners here of our own device.” dan akhirnya tidak dapat keluar “You can check out at any time you like, but you can never leave”. Yang jelas kata Don Henley, lagu ini bukan bercerita tentang church of satan, hotel secara harfiah yang bernama “Hotel California” ataupun tentang rumah sakit jiwa. It is all about symbol.
    Tentang benar tidaknya, tak ada yang pernah tahu kecuali pencipta lagunya sendiri. Percaya atau tidak percaya itu pun terserah masing-masing. Atau mungkin lebih baik just let it be, a mystery. Seperti kata pepatah sakti: Good song has many interpretations
    On a dark desert highway, cool wind in my hair
    Warm smell of colitas, rising up through the air
    Up ahead in the distance, I saw a shimmering light
    My head grew heavy and my sight grew dim
    I had to stop for the night
    There she stood in the doorway;
    I heard the mission bell
    And I was thinking to myself,
    ’this could be heaven or this could be hell’
    Then she lit up a candle and she showed me the way
    There were voices down the corridor,
    I thought I heard them say…