Monday 29 August 2011

Funny Signboard All Around The Wolrld










PASKAL - Kejayaan Menumpaskan Lanun Somalia



1. Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.

2. Pada mulanya sangat sukar untuk mencari respons media antarabangsa terhadap kejayaan ini yang dilapor dibuat pada 11.40 malam, 20 Jan kerana ia tidak dihebohkan lagi kepada media tempatan di Malaysia.

3. Kejayaan ini juga dibayangi dengan kejayaan pasukan khas Korea Selatan pada hari yang sama, kejayaan pasukan khas Korea Selatan ini menjadi berita hangat diseluruh dunia.

4. Pada 22 Jan, berita kejayaan ini mula tersebar di dada akhbar dan agensi berita antarabangsa, AFP dan Reuters mula memetik kejayaan itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.

5. Susulan dengan itu, laman-laman Twitter milik rakyat luar negara mula mendedahkan kejayaan itu dan saya lihat jumlahnya semakin bertambah dan pesanan-pesanan ini mula terkeluar lebih kurang setengah jam selepas AFP menyiarkan kejayaan pasukan khas Paskal.

6. Ini bukan kali pertama Paskal mencipta kejayaan tetapi kali ini lain, dunia akan mengenal Paskal, pasukan khas dari Malaysia dan peminat ketenteraan akan menyenaraikan Paskal setaraf dengan pasukan-pasukan terbaik di dunia lain. Jika tidak percaya, cubalah lihat data pencarian enjin pencari internet, nama pasukan ini pasti akan popular dalam beberapa hari ini.

7. Yang paling mengkagumkan, tidak ada casualty atau korban di kalangan anggota Paskal, anak kapal mahu pun di kalangan lanun-lanun itu sendiri kecuali tiga daripada tujuh lanun Somalia terbabit cedera.

8. Keadaan ini sangat berbeza sekali dengan kejayaan-kejayaan tentera laut lain di perairan Somalia, pasti akan melibatkan kematian di kalangan anggota lanun dan sebagai contoh melalui operasi menyelamat pasukan khas Korea Selatan itu tadi, habis kesemua enam lanun menjadi korban.

9. Mungkin anggota Paskal ini sudah beri arahan untuk mengelakkan kematian di kalangan anggota lanun dan arahan ini saya yakin ada kaitan dengan polisi jangka panjang kerajaan Malaysia.

10.Saya berpendapat, lanun-lanun ini bukan tentera profesional atau berjuang kerana agama.

11.Mereka juga tidak akan membunuh anak kapal yang ditawan kerana motif mereka cuba mahu mendapatkan wang tebusan, lanun-lanun ini juga bimbang dengan tindakan yang bakal mereka dapat nanti jika operasi mereka melibatkan pembunuhan.

12.Secara mudahnya, mereka tidak akan berjuang bermati-matian…kalau sudah terperangkap, mereka akan menyerah diri dan jika anda seorang anggota lanun, bertempur dengan pasukan tentera merupakan perkara yang anda akan seboleh-bolehnya cuba elakkan.
KOMANDO TLDM (Paskal) mengawasi tujuh lanun Somalia



RENTETAN OPERASI MENYELAMAT PASKAL

13.Pada pukul 11.37 malam (waktu Malaysia), Pusat laporan kecemasan milik Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) menerima siaran radio kecemasan dari kapal dagang miliknya, MT Bunga Laurel.

14.Petugas di dalam bilik pusat itu cuba menghubungi kapal MT Bunga Laurel tetapi gagal kerana tidak ada respons.

15.Kapal Bunga Mas 5 (yang ada pasukan Paskal) menghubungi pusat laporan kecemasan MISC pada pukul 11.40 malam dan menyatakan bahawa MT Bunga Laurel sedang ditawan lanun, kapal itu turut melihat sebuah kapal induk lanun berada di kawasan berhampiran.

16.Kesemua 23 orang anak kapal bersembunyi dalam bilik enjin, semua lampu dipadam dan engin dimatikan, lanun cuba memasuki bilik enjin tetapi gagal.

17.Komando Paskal kemudian disediakan  dalam dua pasukan dan mereka menyerbu dalam dua buah bot dari kapal Bunga Mas 5 yang terletak kira-kira 29.5 kilometer dari MT Bunga Laurel, operasi bermula jam 1.20 pagi.

18.Pada masa yang sama, sebuah helikopter Fennec dilepaskan untuk mengumpul maklumat dan bantuan tembakan.

19.Berlaku tembakan dari lanun yang berada di atas dek kapal MT Bunga Laurel, anggota penembak hendap (sniper) dari helikopter Fennec membalas tembakan.

20.Lanun dari kapal induk cuba menghampiri kapal MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tetapi digagalkan oleh pasukan Paskal dalam helikopter Fennec.

21.Kapal Bunga Mas 5 yang meningkatkan kelajuan ke arah kapal MT Bunga Laurel turut memberi bantuan tembakan, lanun akhirnya menghubungi kapal Bunga Mas 5 untuk menyerah diri.



SIAPA BERKATA APA DALAM MASALAH LANUN DI SOMALIA


22. Laksamana tentera laut Thailand iaitu Chaiyot Sundaranaga pernah memberi kenyataan bahawa beliau kesal kerana tentera lautnya gagal membebaskan rakyat Thailand yang ditawan yang berada di atas kapal kargo MV Thor Nexus. Laksamana itu berkata demikian selepas menyambut kepulangan anak kapal perang HTMS Similan and HTMS Pattani. Kegagalan ini disebabkan syarikat pemilik kapal terbabit meminta tentera laut Thailand menarik balik misi menyelamat mereka. Akibat kebodohan syarikat itu, anak-anak kapal Siam yang ditawan ini terus tidak dibebaskan.

23. Kapal penyiaran dari United Kingdom,  The Spirit of Adventure berjaya menewaskan lanun Somalia dengan senjata Sonic (sistem bunyi yang menyebabkan telinga sakit) dalam insiden pada awal bulan ini.

24. Komander tentera laut NATO Michiel Hijmans yang mengetuai Operasi Perisai Lautan (operasi untuk isu lanun Somalia ini) pernah membuat kenyataan demikian, penggunaan kapal induk oleh lanun Somalia menyukarkan lagi misi menyelamat oleh tentera laut ke atas kapal yang ditawan (nampaknya komodor ini terpaksa menarik kenyataan itu semula kerana Paskal sudah pun membuktikan keupayaan mereka.

ANGGARAN KEKUATAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) (PROUD TO BE MALAYSIAN)



Jika entri lepas aku ada menyenaraikan anggaran kekuatan Tentera Darat Malaysia
(Klik SINI),  kali ini aku nak senaraikan anggaran kasar kekuatan dan kelengkapan
peperangan yang dimiliki oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM). Mereka inilah
yang kita sandarkan tugas untuk menjaga kedaulatan udara, laut dan darat negara
kita yang tercinta ini. Tugas mereka agak berat dan kita pasti tertanya-tanya,
adakah kelengkapan jet-jet ataupun pesawat-pesawat yang dimiliki Tentera Udara
kita mencukupi untuk menjaga udara kita? Jadi di bawah adalah senarai kelengkapan
dan keupayaan jet-jet pejuang dan pesawat-pesawat yang di miliki oleh Tentera Udara
Malaysia (Anggaran Kasar). 

1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai
kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.

2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM
sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri dari 18 SU-30 MKM,
17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah  F-5E Tiger.

3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang
sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit perbezaan
dalam konteks Singapura dengan Malaysia

4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia
merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.

5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR)
dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia,
Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam
di Asia Tenggara).

6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika kita lihat pula kekuatan Singapura,
Republic Singapore Air Force (RSAF) mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan,
pesawat tempur mereka  terdiri dari F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.

7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa yang TUDM gunakan sekarang walaupun
kita mempunyai SU-30.

8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu membuat analisis dengan menggunakan nombor,
angka atau jumlah dan perkara ini sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana
kebanyakkan kita mengenepikan soal doktrin dan strategi.
9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan mengecilkan keupayaan anak tempatan serta
kemampuan TUDM dalam mempertahankan negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan
sesebuah pesawat dan strategi yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.

10. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga
SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat Singapura sudah mula berubah “air muka”.

11.Republik itu mengambil tindakan yang sangat drastik apabila Malaysia membuat pengumuman,
KAMI MAHUKAN SUKHOI.

12.Serentak dengan itu Singapura mula membuat tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua
orang tahu, ia adalah reaksi dari pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.
12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah
pesawat F-16 yang ada.

13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan pengumuman itu.

14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16 bukanlah lawan abadi SU-30 MKM,
pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.

15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004 dengan India, pesawat tercanggih Singapura
F-16 tewas dalam semua segi apabila bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.

16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka dengan kemampuan yang sama atau lebih baik
dari Sukhoi India, dan ia digelar MKM.

17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar India manakala
keupayaan F-16 Singapura diperkecil dan diperlekehkan.

18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang” dengan insiden itu telah  mengeluarkan satu
kenyataan akhbar untuk siaran media Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan
itu di sebabkan mereka itu tuan rumah untuk eksesais tersebut.

19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat
seteru negara itu iaitu Pakistan turut menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura
yang memberikan reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.


20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi
MKM bakal memasuki inventori TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara
jiran yang mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan SU-27
dan Su-30.

21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama
kali berasa kerdil berhadapan dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan
SU-30MKM.

22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh diremehkan, tentera udara Singapura
(RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat
F-16 mereka untuk berhadapan dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.

23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF menghormati keupayaan milik negara, masih
ada juga rakyat Malaysia yang memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan
 negara lawan yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.

 (Artikel ini diambil Dari Military Of Malaysia, Klik SINI untuk membaca dengan lebih lanjut)

 



PESAWAT PEJUANG


  • 18 x Sukhoi Su-30MKM (sedang dalam proses penghantaran)
    TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat
    Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan
  • dalam peranan
  • penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30 ini. Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu BVR dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.
  • 14 x Mikoyan-Gurevich MiG-29N Fulcrum
    TUDM membuat belian MiG-29N apabila Amerika Syarikat enggan meluluskan penjualan peluru berpandu AMRAAM kepada TUDM sebagai sebahagian daripada pakej pembelian pesawat Boeing
    F/A-18D Hornet. Rusia sebaliknya menawarkan pakej persenjataan termoden termasuk 2 x misil R-27R1 BVR dan 4 x misil R-73E WVR dengan ciri kawalan aktif radar dan BVR seperti AMRAAM. Pesawat MiG-29N TUDM dilengkapkan dengan peralatan avionik buatan Barat dan menggunakan enjin Tumanski RD-33 yang lebih berkuasa dengan jangka hayat yang lebih panjang dan jarak yang lebih lama antara penyenggaraan (MTBO) ditetapkan pada 750 jam penerbangan. Penghantaran pesawat bermula dalam tahun 1992.
  • 2 x Mikoyan-Gurevich MiG-29NUB
    Versi dua tempat duduk ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seerti misil dan meriam.
  • 8 x Boeing F/A-18D Hornet
    8 buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan dalam pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri
    Paveway II.
  • 16 x Hawk 208
  • 2 x Nortrop RF-5E Tigereye
    Untuk tujuan peninjauan.
  • 3 x Northrop F-5F
  • 6x Hawk 108 (latihan lanjutan)
  • 10 x Aermacchi MB-339A (latihan lanjutan)
    • 10 x Northrop F-5E Tiger II (simpanan)
      TUDM bercadang untuk menaik taraf pesawat F-5E seperti yang dilakukan oleh Taiwan tetapi rancangan terbantut disebabkan oleh kos yang terlibat terlampau tinggi. Usaha untuk menjual pesawat kepada pihak ketiga juga tidak berhasil. Keupayaan pesawat F-5E untuk hanya membawa 2 buah misil
      AIM-9 Sidewinder menjadikan tidak lagi sesuai untuk perkhidmatan di barisan hadapan.
    • 8 x Aermacchi MB-339CD (pesanan baru)
      pesanan ini untuk menambahkan dan menggantikan pesawat latihan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalanagan.

  • Pesawat FA-18D Hornet TUDM digunakan untuk operasi serangan
    PESAWAT PENGANGKUT
    • 8 x Lockheed C-130H-30 Hercules
      Pesawat ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh
      AIROD.
    • Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.
    • 4 X Lockheed KC-130T (pesawat untuk pengisian minyak di udara)
      Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik
    • “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.
    • 8 x Cessna 402B Pengangkutan Ringan
      pesawat ini digunakan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk latihan penyesuaian juruterbang menggunakan pesawat
    • multi enjin.
    • 8 x Airtech CN-235-220M
      Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat
      DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini
    • juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.
    • 2 x Airtech CN-235-220M (VIP)
      Pesawat CN235 ini disesuaikan untuk pengangkutan penumpang.
    • 1 x Boeing BBJ (VIP)
      Pesawat pengembangan
      Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.
    • 1 x Bombardier Global Express (VIP)
      Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
    • 1 x Bombardier CRJ-700 Regional Jet (VIP)
      Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
    • 1 x Dassault Falcon 900B (VIP)
      Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.
    • 2 x Fokker F28-1000 Fellowship (VIP)
      Pesawat ini digunakan untuk penerbangan anggota di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kegunaan untuk penerbangan VIp kian berkurangan dengan kehadiran pesawat-pesawat lain yang lebih moden dan lebih selesa.
    • 4 x Airbus A400M buatan Airbus Military - (4 buah pesawat dipesan)
    • Lockheed Hercules memikul beban misi pengangkutan udara TUDM.

      PESAWAT PERONDA MARITIM
      • 4 x Beechcraft Super King Air B200T MPA
        pesawat ringan dua enjin ini digunakan untuk rondaan persisiran pantai dan laut dekat. Rondaan laut samudera
      • biasanya dijalankan oleh pesawat PC-130H-30-MP Hercules.
      • 2 x Lockheed PC-130H-30-MP Hercules (untuk tugasan rondaan maritim)
        Versi pesawat Hercules yang digunakan untuk misi rondaan maritim. Pesawat ini mempunyai peralatan deria dan c
      • erapan yang boleh dibuka pasang dengan cepat untuk membolehkan pesawat ini disusun atur menjadi pesawat pengangkut. Dalam peranan rondaan maritim, pesawat ini boleh terbang dengan menggunakan dua enjin sahaja
      • dengan dua enjin lagi dimatikan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan membolehkan rondaan sehingga
      • 10 jam lamanya.

      HELIKOPTER
      • 28 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (pengangkutan)
        Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky
        SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat
      • duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera
      • dengan memasang pengusung. TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010
      • dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC 725, the AgustaWestland AW101, Sikorsky S-92 dan NHI NH90. Eurocopter EC 725 dari Perancis akhirnya dipilih bagi menggantikan pesawat Nuri yang melibatkan 12 unit pesawat dan mungkin bakal menambah lagi pesawat EC 725 dimasa akan datang.
      • 6 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (CSAR)
        Pesawat ini digunakan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat tempur termasuk operasi menyelamat semasa pertempuran dan dilengkapkan dengan winch dan mesingan untuk mempertahankan diri.
        • 2 x Agusta Sikorsky AS61A-N1 (VIP)
          Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter S-61 telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopter
          Sikorsky S-61 yang lain dengan kelainan peralatan avionik sahaja.
        • 2 x Sikorsky S-70 Black Hawk (Pengangkutan VIP)
          Helikopter S-70 Black Hawk digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh.
      • Helikopter Nuri telah banyak berjasa dan hendak digantikan dalam perkhidmatan TUDM.

      • PESAWAT LATIHAN
        • 36 x Pilatus PC-7
          TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat
          Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus Aircraft, Switzerland. Pesawat PC-7 telah ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara). Sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat Pilatus PC-7 ditempatkan di Pulatibang 2 di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi. Sebilangan pesawat PC-7 telah musnah akibat kemalangan.
        • 8 x Pilatus PC-7 MkII (10 unit lagi dalam pesanan)
          TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.
        • 20 x MD3-160 Aerotiga
          TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan ab initio.


        PERBANDINGAN KEKUATAN TENTERA UDARA DI ASIA TENGGARA

        NEGARA
        PESAWAT TEMPUR
        PPESAWAT PENGANGKUT
        HELIKOTER
        AMARAN AWL
        UAV
        Indonesia
        50
        69
        58


        Thailand
        166
        35
        28


        Singapura
        143
        14
        78
        8
        40
        Malaysia
        57
        37
        32

        3