Keadaan zakar yang tegang, pejal dan bertenaga merupakan isyarat utama bagi sang suami
sebelum memulakan hubungan dengan si isteri. Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang
menyebabkan zakar menjadi tegang.
Antaranya adalah :-
1. Zakar menjadi tegang disebabkan oleh anda memakan ubat kuat.
Ubat kuat biasanya akan membangkitkan gelora nafsu anda.
Namun, anda haruslah berhati-hati dalam memilihnya. Jika tidak, anda mungkin berisiko
merana seumur hidup. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor atau pihak yang bertauliah
terlebih dahulu ya.
2. Oleh sebab pengaruh hormon.
Ianya dikeluarkan oleh buli-buli jantina ke dalam darah dan membuatkan zakar tegang.
Hormon-hormon akan bergerak ke otak, seluruh anggota badan dan tulang belakang.
Kemudiannya, zakar akan hidup dan tegang secara tiba-tiba sehinggalah anda berkeinginan untuk
melakukan persetubuhan.
3. Akibat kepanasan.
Biasanya setelah anda meminum atau memakan dari jenis rempah-ratus seperti lada hitam,
kayu manis, bawang dan halia.
Rempah-ratus tersebut akan hancur di dalam darah. Kemudian, ia mempengaruhi otak,
sum-sum tulang belakang dan akhirnya selaput pundi kencing. Hal ini juga menyebabkan rasa
panas pada selaput lendir.
Rasa panas pada saluran kencing tadi seterusnya membuatkan zakar menjadi tegang.
4. Isi perut kembang.
Makanan seperti keju, telur dan sayur-sayuran apabila dimakan boleh mengembangkan kisaran
makanan dan usus.
Seterusnya, ia boleh mendatangkan ketegangan pada saraf jantina sehinggalah zakar menjadi tegang.
5. Pundi-pundi kencing penuh.
Apabila pundi-pundi kencing ni penuh dan berisi air, zakar akan menjadi tegang. Hal ini
biasanya terjadi sewaktu bangun pagi. Malah, kanak-kanak pun turut mengalaminya.
6. Gelora nafsu di dalam otak.
Zakar juga mudah tegang apabila timbulnya gelora nafsu dalam otak. Gelora nafsu ni
timbul akibat pengambilan alkohol atau meminum arak.
Namun anda harus ingat bahawa alkohol dan arak memang akan menguatkan nafsu.
Tapi kekuatannya sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. Pada akhirnya nanti,
kekuatan tenaga batin itu akan lenyap sama sekali.
Malah, arak bukan hanya membunuh syahwat tetapi turut membunuh jiwa dan rohani anda.
Lagi satu, menurut kajian yang dijalankan mendapati individu yang meminum arak lebih
cepat kehilangan tenaga berbanding mereka yang tidak pernah mengambilnya.
7. Sudah tentu kerana bersentuh anggota jantina.
Ini kerana, bahagian hadapan zakar (kulit kepala zakar) terdiri daripada rangkaian urat halus dan
kuat serta terasa geli.
Pada bahagian hujungnya pula terdapat anggota-anggota khas yang dinamakan saraf kelazatan.
Saraf kelazatan ini boleh diumpamakan sebagai alat elektrik yang mengeluarkan api bila bersentuhan
dengan sesuatu benda.
Begitulah serba sedikit info yang menyebabkan zakar lelaki menjadi tegang. Sebaik-baiknya anda
jauhilah arak kerana ianya lebih banyak membawa mudarat daripada memberikan faedah.
Akhir kata, mudah-mudahan perkongsian ini sikit sebanyak meningkatkan pengetahuan serta
menambahkan kesedaran terutamanya buat kaum lelaki tentang alat sulit anda
No comments:
Post a Comment