Hadith
Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan
bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika
Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat
oleh muslim iaitu:
Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang
minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam
kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771
Kajian Dari Sudut Sains
Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak
Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari
segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui
dinding perut dengan perlahan-lahan.
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan
melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa
panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan
minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi
tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central
nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk
melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.
Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3)
Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa
yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan
otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini
hanya wujud ketika seseorang itu duduk.
Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi
aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk
menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan
cara yang betul.
Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk
seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum
berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum
air zam-zam berdiri.
Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.
Air zam-zam mengandungi khasiat yang tinggi
Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif
membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang
tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air
zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan
mengurangkan pedih ulu hati.
Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat
meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.
Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan
makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium
menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang
membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya
dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment