Friday 4 November 2011

7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!

7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali! Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa
lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.

Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula
boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin
daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini
yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.

(2) Makan makanan bertin

makanan tin 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali
dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

sarapan 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan  selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan
berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan
pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran

no sayur 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!

Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini
dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.

(5) Tidak minum teh kurang gula

teh 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda
daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak

air masak 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah  air masak t
erlebih dahulu.

(7) Kebosanan
boring 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka  mendapati bahawa
kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa
terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.

Di harap setelah mengetahui punca kenapa anda makan banyak boleh lah anda cuba untuk mengelak
perkara perkara ynag boleh merosakkan diet anda dan juga menambah berat badan anda

No comments:

Post a Comment