Saturday 5 November 2011

Keajaiban Bukit Magnet


Semalam husband saya bagitau yang dia menziarahi banyak tempat2 menarik kat Madinah. Menziarahi
5 masjid yang mashyur salam sejarah Nabi (s.a.w), Ladang kurma, Kilang Al-Quran yang tidak membenarkan perempuan memasukinya, Bukit Uhud dan Bukit Magnet.


Serius..saya tak pernah tahu psl Bukit Magnet ni. Teruja saya serach dekat internet coz husband
kata bas yang dinaikinya dimatikan enjin bila jalan kat Bukit tu tapi berjalan dgn kelajuan 130km/j.
Subhanallah.
 
Dan ini artikel2 yang saya jumpa. Telah di olah sedikit.


"Madinah selain dikenal sebagai kota nabi, memiliki panorama alam yang indah yang
dikelilingi oleh deretan perbukitan atau dalam bahasa Arab dikenal jabal. Disamping
jabal Uhud yang terkenal kerana sejarah peperangan zaman Rasulullah SAW, ada lagi
 jabal magnet yang terletak sekitar 30 KM dari kota Madinah menuju arah kota Tabuk.

Jabal magnet (bukit magnet) juga dikenali sebagai Manthaqotul Baido (tanah putih).
Jabal magnet terletak di luar wilayah haram, kawasan ini ditempuh sekitar 30 minit dari
pusat kota Madinah. Untuk mengakses ke arah jabal magnet melalui hamparan pasir,
pepohonan dan gunung berbatu menambah keindahannya. Konon jabal magnet ini
merupakan pusat magnet terbesar didunia, hal ini dirasakan dari daya magnet terhadap kenderaan yang dalam posisi gear neutral, kenderaan dapat bergerak dgn laju.
Sebaliknya, kenderaan yang melintas menuju di jabal magnet akan terasa berat, kerana
terjadi arus tarik menarik.

Jalan-jalan di kota Madinah menurun, namun kedudukannya tidak curam, yang
menghairankan, kendaraan akan terus melaju dengan kecepatan tinggi sehingga mencapai
130 KM/jam, meski pun enjin kenderaan dimatikan. Namun, keajaiban yang ada di tanah
suci itu hanya berlangsung sekira 2 hingga 3 kilometer sahaja
.
Melihat fenomena yang ada itu, membuat kita bertanya-tanya akan keajaiban dari ciptaan
Allah. Hanya Dialah yang mengetahui rahsia disebalik semua ciptaannya. Subahanallah".

No comments:

Post a Comment