Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga bekas ahli korporat besar, Datuk Mohamad Hassan adalah antara mereka yang percaya kepada bomoh hujan.
Beliau pernah meminta bomoh hujan di negerinya bercuti dan tidak menerima sebarang tempahan memindahkan hujan ke tempat lain dalam usaha mengatasi krisis air yang sedang berlaku.
Permintaannya itu bukan bernada gurauan, tapi serius.
“Saya minta semua bomoh hujan bercuti dulu sehingga empangan kita penuh,”
Itulah lebih kurang yang penulis ingat mengenai ucapan Mohamad tempoh hari.
Dan jangan tak tahu, banyak majlis keraian negara turut menggunakan khidmat bomoh hujan ini.
Fenomena guna bomoh hujan kini rupanya semakin popular di kalangan penggiat seni tanah air.
Jangan terkejut kalau penulis katakan yang Yusry KRU pun dah mula guna khidmat bomoh hujan ini ketika mengarahkan filem terbarunya, Vikingdom.
Vikingdom kini sedang menjalani penggambaran di’sekitar Malaysia di’bintangi oleh beberapa nama besar Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break), Jon Foo (Tekken), Natassia Malthe (Dead or Alive) dan beberapa orang lagi.
Proses perfileman di Malaysia dijangka tamat sekitar hujung Disember 2011 dan filem ini di’jangka siap untuk tayangan selewat lewatnya hujung tahun 2012.
No comments:
Post a Comment