Saturday 24 September 2011

15 FAKTA mengenai China..

Tidak dinafikan bahawa China adalah negara terbesar serta merupakan pusat ekonomi yang paling
pesat di dunia ini. Mana tidaknya hampir semua barang-barang atau peralatan yang kita gunakan kebanyakannya datang dari China. Termasuklah jenama tiruan sekali ..hehe ..Tapi ada sesetengah
perkara yang saya percaya anda pun tidak tahu mengenai negara ini. Oleh itu hari ini kami hendak
dedahkan beberapa perkara menarik mengenai negara komunis ini.

15 fakta mengenai China:

1. Pertumbuhan ekonomi China adalah 7 kali lebih cepat berbanding Amerika Syarikat dalam
beberapa dekad ini.(China: 316% pertumbuhan vs USA: 43%)

2. Sungguhpun China mempunyai peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi namun KDNK per
kapita adalah-91 paling rendah di dunia, iaitu dibawah Bosnia & Herzegovina.

3. 85% daripada pokok Krismas Buatan di dunia dibuat di China. Jadi, adakah bermakna 80%
daripada mainan di dunia ini datang dari China ..hmm

4.Sekiranya penduduk di china membelanjakan seluruh pendapatan tahunan mereka hanya untuk rumah. Penduduknya mampu untuk membeli 10 kaki persegi tanah untuk perumahan. Di China, 1 kaki persegi
tanah untuk perumahan dikatakan kosnya antara 26,000 yuan (USD$3,800), tetapi purata pendapatan
isi rumah bulanan disini adalah sebanyak 2,000 yuan (menurut Asia Times).

5. China dikatakan mempunyai stok daging khinzir yang bersamaan dengan 43 negara pengeluar
daging khinzir yang lain.

6. Penduduk China menghabiskan 50,000 batang rokok pada setiap saat.

7. Kereta Api Laju Amerika dikatakan kurang separuh daripada kelajuan Kereta Api Laju di China
iaitu antara Shanghai dan Beijing (150mph vs 302mph).

8. Gurun Gobi di China adalah bersamaan dengan saiz negara Peru dan ia dikatakan membesar
sebanyak 1,400 batu persegi setahun disebabkan pemanasan global serta ekosistem disana yang
semakin terancam.

9. China mempunyai 64 juta rumah yang kosong yang tidak berpenghuni.

10. Pusat Beli Belah terbesar di dunia adalah terletak di China … tetapi ia telah kosong 99% sejak
tahun 2005.

11. Hampir 10,000 warga China setiap tahun dimasukkan ke ‘Black Jails‘ tanpa sebarang syarat.

12. Sehingga tahun 2025 nanti, China mampu membina bangunan pencakar langit yang bersamaan
dengan 10 saiz bandar New York. “[Sehingga tahun 2025 nanti] 40 bilion meter persegi bangunan
akan dibina iaitu lebih kurang 5 juta bangunan dan 50,000 bangunan ini mungkin adalah pencakar langit
-.. Yang sama dengan saiz 10 Kota New York” Sumber: McKinsey, “.

13. Sehingga tahun 2030 nanti, China akan menambah bandar baru yang berpenghuni yang bersamaan dengan seluruh penduduk Amerika Syarikat.

14. China melaksanakan 3 kali hukuman mati lebih banyak daripada jumlah keseluruhan hukuman mati negara-negara lain di dunia ini. Pada tahun 2008 sahaja sebanyak 1718 hukam mati dijalankan disana.

15. Sekiranya anda membeli saham China, anda pada dasarnya memberi pembiayaan kerajaan China
kerana 8 saham tangga teratas Shanghai adalah milik kerajaan sepenuhnya.. Lebih kurang negara kita lah ..dipelopori oleh GLC

No comments:

Post a Comment