Saturday, 24 September 2011

Mengapa Kucing Tidak Jatuh Secara Terbalik?

Adakah anda tahu bahawa apabila kucing melompat dari sebuah bangunan ke bangunan atau tempat-tempat yang lain, ia pastinya akan mendarat di atas tapak kakinya dengan begitu baik tanpa jatuh secara terbalik serta tidak mengalami sebarang kecederaan?

Hal ini demikian kerana kucing secara semulajadi mempunyai daya keseimbangan serta kordinasi tubuh badan yang luar biasa.yang membolehkannya menyedari posisi sebenar yang dikehendaki ketika mendarat. Ia berfungsi dengan cara memutarkan tubuhnya yang terbalik ke posisi yang betul untuk membolehkannya mendarat tanpa sebarang kecederaan.

Caranya mendarat juga adalah berbeza kerana semasa mendarat, ia akan menjatuhkan kedua kaki dihadapan dahulu dan diikuti kedua kaki dibelakang untuk menyerap impak. Impak diserap melalui kakinya yang dibengkokkan sedikit semasa ianya melakukan pendaratan.

No comments:

Post a Comment