Saturday, 24 September 2011

Rahsia di sebalik tubuh manusia


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan.
Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia.
Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya.
Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada
nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada
lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat
mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah
tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.


Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan
keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf :
Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan
dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat
yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan
kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai
Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim
mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak.


Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk 
kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan
Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia



Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح),
sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya
membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa
Perjanjian Terakhir.









احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w.
Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad,
tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja,
iaitu 'Yang Terpuji'.

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata:
"Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan
Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat
 dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang
Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya
Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)




Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang
sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling
rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia
yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap
ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar,
dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan
segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca
kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar
di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, SubhanAllah.



"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu
Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu
dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki,
Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)



No comments:

Post a Comment