Friday 12 August 2011

Fasa keempat : Kerajaan yang Menyombong (Negara Bangsa Yang Merdeka) [1924-20**]

Sebuah Hadith menyatakan bahawa Zaman Umat Nabi Muhammad SAW telah dibahagikan kepada 5 bahagian/fasa mengikut kerangka masa tertentu:  

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”  

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.” 

 “Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”  

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

 “Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”  

“Kemudian beliau (Nabi) diam”.

[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

Fasa keempat : Kerajaan yang Menyombong (Negara Bangsa Yang Merdeka) [1924-20**] 

+Matawang Kertas Berasaskan RIBA'.     

Selepas Perang Dunia Pertama, Khilafah Islam terakhir Turki Ottoman telah dihapuskan oleh British pada 1924. Bermula dari itu, Khilafah Islam Turki Ottoman berpecah dan negara-negara Islam baru terbentuk satu per satu hasil dari pepecahan tersebut. Maka terbentuklah kemerdekaan untuk setiap negara yang berpecah dari sistem Khalifah Islam Turki Ottoman seperti Di (Tanah Arab) Arab Saudi, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Iran, Bahrain, Qatar, Kuwait, UAE, Oman & Yemen. Di (Afrika) Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mesir, Ethiopia. Di (Eropah Timur) Andorra, Armenia, Azerbaijan, Cyprus, Georgia, Gibraltar (UK), Kazakhstan, Kyrgyzstan, Mauritania, Tajikistan, Turkey, Turkmenistan, Uzbekistan & Western Sahara. Di (Asia Selatan) Pakistan, Afghanistan, Wilayah Kashmir, Maldives.

Di zaman ini, Pemerintah Islam yang menjalankan pemerintahan Islam di sesebuah negara tidak lagi dipanggil Khalifah atau Emir dan pusat pemerintahan mereka tidak lagi dipanggil Khilafah kerana mereka tidak lagi berdaulat di bawah satu panji, tidak lagi berada di bawah satu Emir/Khalifah & tidak lagi berlaku pemusatan kuasa oleh sistem Khilafah. Lihatlah kuasa yang memerintah Arab Saudi (Wahabi Nation), kuasa yang mengikis Islam di Turki (Islam Secular of Young Turks), kuasa yang mengugat perpaduan Islam di Iran (Syiah Nation) & kuasa yang menangkis suara Ikhwanul Muslimin/Azhar University di Mesir (Anwar Sadat, Ghamal Nasir & Hosni Mubarak). tak lupa Malaysia kita yang dihadiahkan oleh British sedang mereka (British) mentertawakan kita semua semasa perkataan 'Merdeka' dilaungkan penuh semangat pada 31 Ogos. Percayalah.    

Hakikat yang setiap umat Islam perlu tahu bahawa ini semua berlaku sewaktu Dajjal berada di dalam dimensi masa sehari sama seperti setahun. Dajjal berjaya memisahkan kekuasaan Islam kepada wilayah berasingan yang mempunyai bendera dan sempadan mewujudkan negara bangsa. Ia menyebabkan berlakunya sifat kebangsaan hasil dari persempadanan (bangsa) dan menghakis sifat kekhalifahan (agama) dan akhirnya setiap negara yang wujud menampakkan seolah-olah mereka menyombong antara satu sama lain. Zaman inilah dinamakan Zaman Kerajaan Menyombong.

Zaman ini telah bermula dan sedang dihuni oleh kita pada hari ini dan akan berakhir tidak lama lagi. Ya ! tidak lama lagi ! Allahu A'lam. Di zaman ke-empat ini lah Nabi Muhammad SAw menyatakan umatnya akan menghadapi satu fitnah yang besar yang tidak pernah ditimpa oleh umat-umat lain dan terdahulu. Itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal. Ini kerana, di zaman ini lah merupakan peringkat terakhir Dajjal mencari pengikut2nya ke Neraka kerana ia tidak mungkin berlaku pada zaman ke-lima kerana Islam sudah kembali ke puncak setelah Taghut ditewaskan.    

Maka bermula pada 1924, Zaman ini yang kita semua huni ini semakin terkehadapan dan semakin maju dengan pencapaian demi pencapaian dalam segala bidang yang dilakukan sehingga kehebatannya mengatasi zaman-zaman dan umat-umat terdahulu. Inilah zaman yang dikenali sebagai Zaman Moden. Islamic Eschatology menamakan ia sebagai Tamadun Yakjuj & Ma'juj.

Untuk memudahkan anda semua dalam memberi kefahaman Dajjal dan Yakjuj & Ma'juj, ialah Dajjal boleh diibaratkan sebagai 'Manager' & Yakjuj & Ma'juj adalah 'employee' kepada Dajjal. Untuk menanti kehadiran Dajjal setelah Sea of Galilee kering, kerja-kerja menyediakan tapak pemerintahan Dajjal diserahkan kepada Yakjuj & Ma'juj. Sekarang, ramai yang sudah mengerti asasnya bukan? tapak pemerintahan Dajjal adalah terletak di Jerusalem dan disitu terletak negara Islam Palestin. Untuk membolehkan Dajjal memerintah dari 'throne' Nabi Daud a.s & Nabi Sulaiman a.s, maka Negara Islam Palestin mesti dihapuskan, Siapakan yang menghapuskannya? mereka adalah Zionist International. Dan sekarang, makin ramai yang sudah mengerti satu per satu bukan?

maka, siapakah Yakjuj & Ma'juj itu? anda sudah boleh menekanya.   Ingat, tugas Yakjuj & Ma'juj tidak tertumpu kepada membina asas negara Yahudi untuk menanti kedatangan Dajjal sahaja, akan tetapi dalam masa yang sama mereka harus memastikan bahawa musuh mereka (yakni Islam) ditundukkan terlebih dahulu. Tunduk disini bermaksud tidak menentang segala perilaku dan perbuatan mereka malah kita akan dialpakan dan dilalaikan. Caranya, maka pelbagai produk, bahan makanan, hiburan, gaya hidup tidak bertuhan dan corak ekonomi (riba) yang di aplikasikan dan digunapakai oleh kebanyakan negara Islam pada hari ini (akan tetapi mereka tidak sedar !)

Dan sekali lagi, makin ramai yang sudah mengerti semuanya bukan? Alhamdulillah. kami berharap agar sahabat semua mampu melihat dunia sama seperti mana kita melihat. kami hanya mampu untuk bicara ilmu ini secara panjang lebar, tetapi tidak mampu untuk mengubah persepsi dan kaca mata sudut pandang kalian kerana Nur itu adalah milik Allah. Hanya dengan Nur lah anda mampu melihat dunia yang sebenar.

Tidak cukup hanya dengan ilmu Islamik dan Sejarah. Tidak dinafikan, Sejarah & Islamik Knowledge (Al-Quran+al-Hadis) adalah subjek terpenting di Akhir Zaman, zaman dimana kita sedang bernafas sekarang dan zaman anak kita bakal dan telah dilahirkan.    

E) Fasa Kelima : Khilafah yang mengikuti jejak kenabian. (20** - 21**) +Dinar/Dirham    

135) al-Mahdi. (Khilafah Islam terakhir di Jerusalem)   Khilafah Islam terakhir akan terbentuk sebagai suatu klimak kepada tanda-tanda besar Kiamat, Ia terjadi apabila semua Negara Islam bersatu berdaulat di atas nama Khalifah Islam Imam al-Mahdi kurang 50 tahun lagi (Sea of Galilee kering) iaitu berakhirnya dimensi masa Dajjal sehari sama seperti seminggu. Ketika itu, 3 orang manusia agung akan muncul bermula dengan al-Masih ad-Dajjal, Imam al-Mahdi dan al-Masih Isa a.s. Allahu-A'lam.     

By: Islamic Eschatology: The Study of The End of Time (Kajian Akhiruzzaman)

No comments:

Post a Comment