Friday, 21 October 2011

Misteri Kehilangan Ayat Quran

Antara tanda-tanda hampirnya qiyamat ialah Allah akan mengangkat dan dihilangkan keseluruhannya
dari kitab al-Quran hanya dalam satu malam sahaja.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;
 
"Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai),
sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa,
dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat)
dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu
malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun
hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya
orang-orang tua, laki-laki dan perempuan.
 
Mereka hanya mampu berkata,
 
"Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami
pun mengatakannya juga".
 
Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah),
 
"Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka,
sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa,
nusuk, dan sedekah"?
 
Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah
mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan
Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab,
 
"Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka"
(Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

H.R Ibnu Majah

Pada akhir tahun 80an Malaysia telah digemparkan dengan peristiwa kehilangan surah-surah tertentu
didalam al-Quran. Apakah ia merupakan petanda-petanda awal peristiwa besar qiyamat? Sebenarnya
telah banyak berlaku peristiwa-peristiwa akhir zaman kebelakangan ini tetapi peristiwa yang berlaku
di Nusantara ini mungkin menunjukkan kebangkitan akhir zaman dimulai di rantau sebelah sini...
wallahua'lam.


Peristiwa ini berlaku di Meru, Perak pada tahun 1987 di alami oleh seorang guru quran bernama
Hajjah Azizah pada masa itu berumur 51 tahun. Ia berlaku pada pukul 2 pagi di bulan Ramadhan
ketika beliau dan kumpulannya bertadarrus di masjid. Ayat-ayat yang didapati hilang ialah Al Mukminun
45-80, An Nur 1-20, 32-47, 61 - hingga akhir dan Al Furqan 1 -11. Setahun kemudian kejadian yang
sama dialaminya ketika mengajar tafsir kitab Pimpinan Ar Rahmaan. Ayat-ayat yang hilang ialah Hud
62-70, 77-85, 92-105 dan 113-123.




Begitu berlaku kejadian serupa di Surau An Nur Firdaus KKTM Balik Pulau.




Dalam satu rancangan misteri Nusantara TV3 pernah menyiarkan kejadian tentang peristiwa
kehilangan tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak. Ia disedari
oleh Hajjah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun yang telah menggunakan naskhah
al Quran tersebut selama 40 tahun. Beliau mendapati kehilangan 4 muka surat yang membabitkan ayat
dalam surah Ibrahim dan al Hijr.

Kejadian terbaru yang dikesan pada jun 2010 oleh seorang forumer di acehforum. Di bawah ini
adalah gambar menunjukkan kejadian tersebut.


No comments:

Post a Comment