Friday, 21 October 2011

Apakah Yang Berlaku Paling Cepat???


Yang Paling Cepat..

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang
telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan
yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing
dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya,
 
"Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama.
 
Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab,
"Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian
yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.
 
‎"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua.
 
"Hmm... ok... Kelip Mata! Ia
berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergera...kan sesuatu" sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya.
"Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat
dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama.
"Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas
sekali berlakunya adalah 'berak cair'.
 
"APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu,
 
"Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu
tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."
 
lalu jusoh pn mengambil ketiga2 org pemohon, tapi membiarkan pemohon yg keempat sbb pemohon
yg keempat tu jenis x pikiaq dah, n suka berak kat tempat gelap dgan mata yg tebeliakk...

No comments:

Post a Comment