Friday 28 October 2011

‎10 PERLAKUAN YANG MEROSAKKAN OTAK

 1. Tidak mengambil sarapan pagi :-Apabila s...eseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah.
Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan :-Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok :-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan

penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan :-Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain

daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara :-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh

menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur :-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan

sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur :-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida

berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat :-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa

kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi :-Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh

menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir :-Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina

boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

No comments:

Post a Comment