Friday 28 October 2011

Laporan Audit Malaysia Yang TV3 Lupa Nak Sampaikan




Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 201o oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan
kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada
pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak.

Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih
melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan
“nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..


Bagaimanapun terdapat Laporan Audit Malaysia, yang TV3 Lupa Nak Sampaikan apabila
hanya rupanya di dalam Malaysia ini hanya seolah-olah 3 buah negeri sahaja yang diaudit iaitu
Kelantan, P.Pinang, dan Selangor di burukan oleh tv 3, sedangkan perkara yang lagi penting
dari itu mereka tidak sampaikan kepada rakyat Malaysia.

Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan
Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian
umum setakat ini ialah :

1- Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan
di Gemas N.S yang dikaitkan dengan seorang menteri  yang dikatakan gagal walaupun menelan
belanja besar.(Datuk Shahrizat Jalil’s husband?) 



2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah.
 Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga
elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB),
dedah Laporan Ketua Audit Negara.



3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal Projek makmal komputer sekolah harian
di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan
pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya,
dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu,
masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah,
kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan Laporan Ketua Audit Negara 2010,
berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor
telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous
Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya
mampu mengutip RM23,792.56.

Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi. Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi
daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya
perbelanjaan lain boleh tahan juga “makannya”.

Sebagai contoh :
RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan (GLC) susut 40% daripada syarikat-syarikat yang
dikawal oleh Kementerian Kewangan

19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami
kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)

Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah
RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah
RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding
dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview S/B.

Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan
Aset Global Network Sdn Bhd.

8- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar diminta memberi
penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti
dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi.
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi
golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan
peralatan tertentu – 100% lebih tinggi berbanding harga pasaran.



Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah:



Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60



10- MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta.
18 daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana
kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan
sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa
atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor
kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa
kelulusan Kementerian Kewangan.

Antaranya :
Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta

Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :

Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)

11- 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah
RM3.73 billion.Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan,
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam,
Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

12- Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding
RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada
KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi

13- 96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar
“dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR).

Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…

14- Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini
telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion

Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai
RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada
RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7%
kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

15- Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan

Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini,
apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah
perbelanjaan yang berlebihan ini?
Adakah Menteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab? Penalti?
Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas itu
akhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya?

Sebab apa yang kami lihat Laporan Ketua Audit Negara terus didedahkan saban tahun, tetapi
yang jadi masalahnya masih tak nampak lagi tindakan lanjut yang serius daripada kerajaan.
Sebaliknya, semakin sewenang-wenangnya untuk berbelanja. Bertambah buruk lagi, apabila
hutang negara Malaysia semakin melambung tinggi.

P/S : Apa pandangan anda dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 kali ini?

No comments:

Post a Comment