Saturday 12 November 2011

PERGHHH!!!! BAU KETIAK LELAKI BOLEH HILANGKAN STRESS WANITA???



Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu
kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan
bau semulajadi lelaki.

Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan

wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau
peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas
mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat
daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki
mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat
membuatkan wanita menjadi kurang stress.




Jadi untuk yang sudah berkahwin, boleh lah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan
seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang
bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan rumah
tangga serta mengurangkan kes penceraian.

No comments:

Post a Comment