Dengan izin dan kurnia Allah s.w.t., penulis buku ini telah mendakwa terdapat kekeliruan yang dicipta
oleh golongan Syiah di dalam buku-buku yang telah ditulis pada 13 abad yang lalu. Beliau telah
membuktikan bahawa:
(1) Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya enam tahun),
dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w. ketika umurnya 19 tahun (bukannya sembilan tahun) selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.
(2) Umur Saidatina Khadijah r.a. adalah 25 tahun (bukannya 40 tahun ) semasa beliau mengahwini
Nabi Muhammad s.a.w. yang mana pada ketika itu juga turut berumur 25 tahun. Khadijah r.a.
bukanlah seorang wanita yang tua semasa berkahwin dengan Rasullullah s.a.w., malah kedua-duanya
adalah sebaya. Nabi s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama dengan seorang wanita sebaya
di mana mereka memperoleh empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Mereka
saling menyayangi dan menghormati satu sama lain, dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.
(3) Anak perempuan Nabi s.a.w., Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan di Mekah sebelum Nabi
dilantik sebagai rasul, dan telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia yang sesuai
iaitu 19 tahun (bukannya sembilan tahun).
Juga boleh download ebook berkaita isu ini di:
http://www.scribd.com/doc/
KOMEN LAIN
No comments:
Post a Comment