Wednesday 2 November 2011

Kucing punya Citer..


Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang
sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya

Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi
sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki

Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.

Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau
tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti

Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.

Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.

Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.

1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing

Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza

Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi
akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe

Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiawww
(purring) haha

Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki

25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25%
ni tak?

Kucing ada 32 otot di setiap telinga.

Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya
atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan
sesuatu yang biasa baginya.

Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka
mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.
(sila google untuk keterangan lanjut)

Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.

Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari
 

No comments:

Post a Comment