Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa... bagi memagar diri anda.
Caranya:
1. Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.
2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.
3. Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul,
seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa anda membaca ayat Kursi itu juga, cuba
bayangkan bahawa di hadapan anda satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat
Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.
(Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.)
5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali.
Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.
No comments:
Post a Comment