Friday 7 October 2011

Kenali Masalah Buah Pinggang Anda Melalui Telinga

Masalah yang dihadapi oleh telinga kita mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku pada buah
pinggang. Berikut beberapa petanda yang boleh dikesan:

  • Telinga terasa tersumbat.
    • Ini menandakan buah pinggang anda mempunyai toksin yang berlebihan.
  • Telinga berdengung.
    • Ini menandakan badan anda sedang dalam proses merawat buah pinggang anda yang lemah.
    • Kebiasaanya ia diikuti dengan terasa sakit pada bahagian tapak kaki ketika baru bangun
    • dari tidur dan akan hilang selepas berjalan-jalan.
Jika anda mengalami keadaan berikut di bawah, bermakna buah pinggang anda memang dah teruk.
Elok jaga buah pinggang sebelum jadi begini:
  • Bengkak-bengkak pada muka, pergelangan tangan, abdomen, peha dan buku lali
  • Kencing berbuih atau bercampur darah, atau berubah warna jadi pekat dan gelap
  • Jumlah air kencing berkurang, terasa sakit pedih ketika kencing, perubahan pada tabiat atau
  • masa kencing
  • Terasa sakit belakang bahagian tengah di bawah tulang rusuk iaitu kedudukan buah pinggang
  • Darah naik tinggi.
Kalau ada semua itu elok buat pemeriksaan segera pada buah pinggang. Kadang-kadang buah
pinggang hanya jem sementara dan akan lega balik dalam tempoh beberapa waktu.

Macammana nak jaga buah pinggang? mudah saja, hanya buat yang berikut di bawah:
  • Banyak minum air
  • Rajin bersenam
  • Jaga diet pemakanan
  • Elakkan semua perkara yang boleh membawa penyakit kencing manis.

No comments:

Post a Comment