Saturday 22 October 2011

Sentiasa berwuduk elak dipukau

KUALA LUMPUR: “Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu
pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat
menguasai diri kita.

“Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita ,” kata Pengasas Pusat Rawatan

Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam

mengenai seorang pesara yang kerugian RM50,000 selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan
alim dengan hanya menepuk bahu.

Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah,

wang tunai serta barangan kemas kepadanya.

Abdul Malek berkata, ilmu pukau sebahagian ilmu sihir yang wujud sejak zaman Nabi Musa lagi iaitu

ketika Nabi Musa terpaksa berhadapan dengan ahli sihir Firaun.

Menurutnya, pukau akan menyebabkan seseorang itu dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian

dengan tuannya untuk merosakkan seseorang yang dikehendaki.

Katanya, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau

ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.

“Pukau ini mempunyai pelbagai cara seperti menggunakan asap rokok, angin dan dengan menyebut

nama orang berkenaan. Ilmu sihir sekarang juga boleh dilakukan melalui dalam telefon.

“Oleh itu, jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki,

kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena
ilmu berkenaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment