Makam maharaja China, Qin Shi Huang, disebut-sebut sebagai salah satu penemuan arkeologi
terbesar pada abad ke-20. Sejarah mencatatkan, Qin Shi Huang merupakan maharaja pertama
Dinasti Qin yang memimpin China di antara tempoh 221SM - 210SM.
Salah satu karya monumentalnya selain penyempurnaan pembinaan bangunan Tembok Besar China
ialah pembangunan makam agungnya sendiri. Berbeza dengan Firaun Mesir Kuno, Cheops (Khufu)
yang memilih untuk membina sebuah Piramid Agung di Giza sebagai tempat peristirahatan terakhirnya, Maharaja Qin Shi Huang lebih gemar untuk memilih makamnya menjadi tab sebuah Istana dengan
penjagaan ribuan patung tentera.
Makam maharaja berkenaan memang begitu mempesonakan. Terdapat lebih kurang 8000 patung
yang menggambarkan susuk para tentera dan kuda-kuda perang berdiri disepanjang makam.
Yang lebih menarik lagi, semua patung-patung tersebut tidaklah sama antara satu dengan yang lainnya
baik sama ada pada bentuk pakaian, mimik wajah, gaya rambut, hingga persenjataan yang mereka
pegang. Selain itu, mereka juga dibezakan oleh pangkat ketenteraannya seperti Jeneral, hingga ke
para perajurit biasa. Patung askar yang mempunyai saiz tubuh yang paling tinggi ialah yang
berpangkat jeneral.
Patung-patung yang disebut sebagai Askar Terracotta ini keselururuhan diperbuat daripada tanah
liat. Ketinggiannya pun adalah tidak sekata antara 183 hingga ke 195 cm. Untuk bahagian kepala,
ia diperbuat secara berasingan dari bahagian badan agar mempunyai bentuk dan mimik wajah yang
berbeza di antara satu sama lain. Sementara bahagian-bahagian wajah seperti bibir, mata, dan telinga ditambah secara manual dan bentuknya disempurnakan oleh sentuhan tangan si pembuat patung.
Patung yang telah siap dibentuk akan dibakar agar penghasilannya menjadi lebih keras dan kukuh.
Untuk tahap akhir, proses pengecatan akan dilakukan walaupun kebanyakan patung itu kini catnya
telahpun semakin memudar.
Sejak ditemui oleh beberapa petani tempatan di wilayah Xian, Negeri Shaanxi, China pada tahun 1974
yang silam, hingga kini tapak berkenaan masih lagi terus dilakukan proses penggalian bagi membongkar
lebih banyak kemisterian dan keajaiban di tapak berkenaan. Para pakar Arkelogi menganggarkan masih banyak lagi patung dan artifak-artifak lain yang masih tertanam di tapak berkenaan. Mereka juga belum dapat memastikan apakah jumlah angka penemuan patung dan artifak lain ini akan terus bertambah. Perkiraan terbaru menyebutkan, terdapat lebih daripada 8000 patung askar, 130 kereta perang dan
520 kuda, serta 150 pasukan berkuda yang terdapat di tiga terowong utama makam. Sungguh ia
merupakan pemandangan yang menakjubkan ketika mengingati baharu satu peratus daripada
keseluruhan bahagian makam yang telah digali dan diselongkar!
Tidak semua harta benda dan perhiasan sang maharaja telah ditemui. Kononnya, masih banyak harta
benda berharga milik Maharaja Qin Shi Huang yang disimpan di suatu bahagian makam yang belum
lagi ditemui, di mana tempat itu telah dipasangkan pelbagai perangkap yang boleh menembak anak
panah secara automatik kepada sesiapa yang berani mengusiknya. Bahkan diyakini para pekerja
yang memasang perangkap-perangkap tersebut turut dikuburkan hidup-hidup agar rahsia tempat
berkenaan terus terjaga. Terdengar cukup menakutkan, bukan?
Menurut sejarawan Sima Qian (145 90 SM), pembinaan makam agung Maharaja Qin Shi Huang
telah bermula sekitar 246SM pada saat usia Maharaja baru menginjak 13 tahun dengan jumlah
pekerja dalam lingkungan 700.000 orang. Namun apakah tujuan utama Maharaja Qin Shi Huang
membina semua ini?
Faktanya, makam ini didirikan sebagai gambaran pada sebuah istana bawah tanah yang begitu besar
dan mewah. Bahkan dikatakan ia adalah sebuah istana bawah tanah dengan struktur yang rumit dan kompleks namun penuh dengan kemegahan dan kemudahan. Sungai tiruan yang diperbuat daripada
air raksa dan langit istana yang diperbuat dengan hiasan mutiara turut memperindahkan istana tersebut.
Kepercayaan kerajaan menyebutkan bahawa Maharaja Qin Shi Huang akan terus memimpin
kerajaannya dikehidupan berikutnya (alam baka / akhirat). Untuk itu ia membuatkan sebuah istana
sebagai pusat kerajaan, lengkap dengan para bala tenteranya dan pegawai-pegawai kerajaan.
Sumber: berita-harian-online.com/misteri-makam-tentera-terracotta/
No comments:
Post a Comment