Tuesday, 18 October 2011

KEAJAIBAN DOA DALAM PENGUBATAN ISLAM


Rasulullah S.A.W. telah menerangkan doa adalah suatu rawatan berpandukan kepada hadisnya iaitu ;

" Saya mohon dari Allah yang Agung Tuhan Arash yang Agung agar disembuhkan penyakit ini". 
( Sahih At-Tirmizi )

Rasulullah juga telah mendoakan Saad bin Abi Waqas ketika beliau ditimpa sakit dengan doanya :

" Ya Allah sembuhkanlah Saad ( 3 kali )"   ( Sahih Al-Bukhari )

Aishah (r.a.) juga telah meriwayatkan hadis yang membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W. telah
mengubati ahli keluarganya yang sakit dengan meletakkan tangannya di tempat yang sakit dan
seterusnya membacakan doa :

"Ya Allah Tuhan Manusia, sembuhkanlah sakit ini, kamu sahajalah ( ya Allah ) penyembuh,
tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan keburukannya".

Begitulah secara ringkas betapa Rasulullah S.A.W. sendiri berdoa untuk kesembuhan penyakit yang
dialami. Maka tidak salah bagi kita dalam masyarakat zaman ini untuk terus berdoa sebagai usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Doa adalah senjata mukmin, justeru itu lakukanlah doa setiap
hari, bermunajatlah kepada Allah dan berserah diri dengan pengharapan doa pada setiap masa,
nescaya penyakit kita akan disembuhkan dengan izinnya jua.

Pengalaman 1 :

Seorang pesakit wanita dari negeri Pantai Timur mengalami masalah pendarahan hidung dan juga
gangguan makhluk halus sejak sekian lama. Mengikut panduan doktor pakar di salah sebuah hospital terkemuka beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan di hidung untuk menyembuhkan penyakit
yang beliau alami.

Sebagai alternatif beliau telah mendapatkan khidmat  rawatan Islam selama beberapa ketika menjejak
masa 6 bulan dengan kesungguhan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai doa sambil diurut ke
hidung beliau disamping doa-doa pengubatan yang lain, akhirnya telah berlaku keajaiban kesan usaha
keras dan doa yang diamalkan selama ini dengan izin Allah.

Baru-baru ini beliau telah pergi ke hsopital kerana temujanji dengan doktor pakar untuk mengetahui
bilakah masanya beliau akan di bedah. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor pakar tersebut merasa
terkejut untuk memberitahu hasil kesan pemeriksaan rapi terhadap pesakit. Doktor pakar tersebut juga
telah memanggil para jururawat untuk mengesahkan hasil pemeriksaan sekiranya berlaku kesilapan
dipihak doktor tersebut. Apa hasilnya?



Doktor pakar tersebut telah mendapati seakan terdapat kesan  berlaku pembedahan di dalam hidung
pesakit dan menyebabkan hidung beliau didapati pulih. Itulah kata doktor pakar. Persoalannya, si
pesakit tidak pernah dibedah oleh mana-mana doktor sekalipun kerana hanya doktor pakar itulah
rujukan sakit beliau. Jadi siapakah yang membedah hidung pesakit andaikata dari segi perubatan
moden memang terdapat kesan pembedahan dalam hidung pesakit? Keajaiban seperti ini memang
 jarang berlaku dalam dunia pengubatan Islam.

Untuk mengesahkan tidak berlaku pembedahan dalam hidung, doktor pakar menyuruh si pesakit menghubungi ibubapa beliau dan bertanyakan andaikata semasa kecil pesakit telah dibedah di
bahagian hidung, jawabnya tidak pernah sama sekali.Doktor pakar tersebut akhirnya terus mendoakan
agar si pesakit untuk terus menjaga kesihatan dan bersyukurlah dengan kesembuhan yang beliau dapati. Adakah kesembuhan itu sementara atau untuk selamanya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

Pesakit sebenarnya telah mendapatkan rawatan secara berterusan dengan kaedah pengubatan Islam
secara berdoa dan diurutkan jari ke hidung pesakit selama beberapa bulan. Mungkin juga secara
kebetulan, doa yang dibacakan itu beserta kesembuhan yang memang Allah hendak anugerahkan
kepada pesakit. Akhirnya pesakit diminta untuk melakukan sujud syukur kerana kesembuhan itu
sememang milik Allah S.A.W.

Begitulah keajaiban doa dan juga kekuatan doa.

No comments:

Post a Comment