Sunday 2 October 2011

Fakta Menarik Tentang Semut


Korang pernah tak ambil mase dalam 2 hingga 30ratus minit untuk memerhatikan haiwan kecil yg terdapat di persekitaran rumah kite??? I mean "semut" . Pernah terfikir untuk mengkaji tentang mereka? yang pasti semut memang kecil tetapi mereka berjaya melakukan kerja-kerja yang begitu hebat dan meriah  dan terdapat beribu ribu semut di alam ini . Kalau semut tak rajin takde lah perumpamaan "rajin seperti semut" ye tak?

Nak tau lebih lanjut?? Mari kita membaca ^^ 
  1. Semut mempunyai 6 kaki , setiap dengan 3 sambungan padanya .
  2. Hampir 13,000 spesis semut yg berbeza terdapat dalam dunia ini yg dapat diklafikasikan, walau pun para saintis berpendapat ada lebih 20,000 spesis semut semuanya~
  3. Semut menggunakan antenanya untuk menyentuh sesuatu, namun antena mereka juga merupakan deria sesentuh dan rasa mereka .
  4. Semut juga "berperang" sesama mereka dan berperang dalam skala yang besar . Peperangan biasanya melibatkan keseluruhan satu koloni semut dengan koloni-koloni yg lain yang menyebabkan yang bilangan kematian semut mencecah jutaan semut.
  5. Semut Amazon kadang-kadang digelar "Semut Lanun" atau "Semut Pengambil Hamba" kerana mereka dikatakan menyerang sesebuah koloni semut lain dan mengambil semut yg tewas sebagai hamba abdi untuk dijadikan "semut pekerja" dalam membina sarang dan juga dalam mencari makanan untuk mereka .
  6. Jangkahayat semut biasanya antara 40-60 hari . 
  7. Koloni semut terbesar di dunia dibina oleh "Semut Argentina". Koloni mereka menjangkaui jarak beratus batu (atau kilometer/ pasir) dan terdiri daripada beratus-ratus jaluinan dan susunan sarang semut yang berbeza.
  8. Secara amnya semut yg kita temui di dalam rumah atau kawasan rumah kita ada jenis "semut tukang rumah". Mereka menggemari tempat-tempat- yg lembap seperti kayu atau papan dinding rumah yg lembp untuk diduduki biasanya setelah hujan .
  9. Sebagaimana para saintis telah mengkaji dan mendapati sesebuah koloni semut hanya diperintah oleh seekor "Ratu Semut" sahaja , dan tidak pernah ada dalam penyelidikan menunjukkan lebih daripada satu "Ratu Semut" yg memerintah. (kalau ada banyak confirm gaduh tarik-tarik rambut) haha !
  10. Sesetengah spesis semut didapati membela serangga-serangga yg lain , sama seperti manusia membela haiwan lain seperti ayam dan kucing . Kebanyakan haiwan belaan ini digunakan untuk mencari dan membawa pulang makanan untuk mereka .

No comments:

Post a Comment