Menurut AFP, polis Ukraine bertindak menangkap beberapa aktivis wanita kerana mendedahkan
payu dara semasa memprotes lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini
ke ibu kota Ukraine, Kiev.
Kunjungan Platini ke negara itu bertujuan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah
Kunjungan Platini ke negara itu bertujuan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah
bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012.
Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap
Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap
kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini.
Menurutnya, tindakan kumpulan itu adalah untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk
menyokong kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine.
"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik
"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik
para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan
seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan.
Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa
Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa
untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila
Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini.
P/s: Alahai! Cara yang dilakukan oleh kumpulan ini mahu menghalang atau mahu membuatkan
pelancong bertambah berahi untuk ke Ukraine?
No comments:
Post a Comment