Menentukan Arah Kiblat – Kaedah Internet
Sebagai seorang muslim, mencari arah kiblat yang tepat adalah penting untuk tujuan sembahyang
kepada Allah. Adakah korg pasti, posisi arah kiblat yang korg amalkan sekarang tepat ke arah Kaabah
di Mekah. Sekiranya korg melancong di tempat lain, tidaklah rumit untuk mencari arah kiblat yang betul. Sebenarnya mencari arah kiblat zaman sekarang adalah senang berbanding masa lampau, dengan bantuan kompas dan internet. Berikut adalah kaedah yang tepat yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat di seluruh dunia. p/s: ada juga sejadah yg berlampu, apabila menghadap kiblat, lampunya terang, jika tidak warnanya bertukar menjadi malap!
Dengan bantuan Google yang tersohor di dunia, korg mampu mencari arah kiblat dengan mudah. Berikut adalah tiga laman web yang anda boleh layari untuk menentukan arah kiblat mana-mana tempat di dunia.
1. http://www.qiblalocator.com/
Menggunakan qiblalocator.com adalah senang sekali. korg hanya perlu masukkan nama poskod, disusuli dengan nama negara, Qibla locator akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta
lokasi tempat korg dan arah qiblat.
2. http://www.qibla.com.br/
Pada laman web ini, konsep yang juga adalah sama di mana perlu memasukkan maklumat longitud dan latitud untuk lokasi korg pada sumber atau origin pada peta sebelah kiri manakala destinasi pada peta sebelah kanan telah disetkan pada Kaaba, Mecca.
Keputusan dihasilkan dengan 2 arah , cara kompas digunakan iaitu mengikut ke arah Utara
berpandukan lokasi kita atau menggunakan arah magnetik yang ditunjukkan oleh kompas.
3. http://www.qibladirection.com/qibladirection_default.aspx
Teknik yang sama juga digunakan di mana korg boleh mencari arah Kiblat menggunakan Google Map dan Google Earth. Untuk menggunakan Google Earth korg perlu memuat turun Plugin
Google Earth untuk browser korg terlebih dahulu
No comments:
Post a Comment