Tuesday 23 August 2011

Gambar ini memperlihatkan tahap-tahap pembentukan gelombang air. Gelombang air terbentuk ketika angin meniup permukaan air. Akibat pengaruh angin ini, pertikel-partikel air mulai bergerak melingkar. Pergerakan ini kemudian mendorong terbentuknya gelombang air yang silih berganti, dan butiran-butiran air kemudian terbentuk oleh gelombang ini yang kemudian tersebar dan beterbangan di udara.

Dalam sebuah ayat Al Qur’an disebutkan sifat angin yang mengahwinkan dan terbentuknya hujan kerananya.

“Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu Kami beri minum kamu dengan air itu dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya.” (Al Qur’an, 15:22)

Dalam ayat ini ditekankan bahawa fasa pertama dalam pembentukan hujan adalah angin. Hingga awal abad ke 20, satu-satunya hubungan antara angin dan hujan yang diketahui hanyalah bahawa angin yang menggerakkan awan. Namun penemuan ilmu meteorologi terkini telah menunjukkan peranan “mengahwinkan” dari angin dalam pembentukan hujan.

Fungsinya dari angin ini terjadi sebagaimana berikut:
Di atas permukaan laut dan samudera, gelembung udara yang tak terhitung jumlahnya terbentuk akibat pembentukan buih. Pada saat gelembung-gelembung ini pecah, ribuan partikel kecil dengan diameter seperseratus milimeter, terlempar ke udara. Partikel-partikel ini, yang dikenali sebagai aerosol, bercampur dengan debu daratan yang dibawa oleh angin dan seterusnya dibawa ke lapisan atas atmosfera. Partikel-partikel ini dibawa naik lebih tinggi ke atas oleh angin dan bertemu dengan wap air di sana. Wap air mengembun di sekitar partikel-partikel ini dan berubah menjadi butiran-butiran air. Butiran-butiran air ini mula-mula berkumpul dan membentuk awan dan kemudian jatuh ke Bumi dalam bentuk hujan.

Sebagaimana yg dilihat, angin “mengahwinkan” wap air yang melayang di udara dengan partikel-partikel yang di bawanya dari laut dan akhirnya membantu pembentukan awan hujan. Apabila angin tidak memiliki sifat ini, butiran-butiran air di atmosfera bahagian atas tidak akan pernah terbentuk dan hujan pun tidak akan pernah terjadi. Hal ini kerana peranan utama dari angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad-abad yang lalu dalam sebuah ayat Al Qur’an, pada ketika orang hanya mengetahui sedikit saja tentang fenomena alam.

No comments:

Post a Comment