Tuesday 23 August 2011

Bagaimana Melihat Slip Gaji Anda Secara Online?


Saya percaya anda sudah sedia maklum bahawa Jabatan
Akauntan Negara Malaysia telah mengedarkan
pekeliling ‘Pelaksanaan ePenyata Gaji’ (melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Bil 3/2010) yang menyebut kakitangan
awam bermula OKTOBER 2010 dan dikehendaki
mencetak penyata gaji secara sendiri di laman ANM.
Pihak ANM tidak lagi mencetak penyata gaji untuk anda.

Secara ringkas berikut adalah 4 langkah bagaimana anda
boleh melihat dan memuaturun slip (penyata gaji).
Saya akan tunjukkan kaedah yang perlu anda turuti.
Selepas itu, anda boleh mencetak semula slip gaji tersebut
untuk kegunaan semakan peribadi, cukai pendapatan
mahupun memohon pembiayaan untuk perniagaan, kenderaan
atau rumah anda.

1. selepas anda ke laman rasmi Jabatan Akauntan Negara,
sila pilih pautan ‘e-Penyata Gaji & Laporan’.



2. Pilih ‘akses sistem‘.

 

3. Anda akan dibawa ke laman login, jika anda pertama kali
mahu melihat slip gaji anda, sila pilih ‘pertama kali mendaftar


4. Isikan kesemua butiran yang diperlukan, pastikan
anda masukkan no. slip gaji yang tepat ya.


Akhir sekali, sila kembali ke laman login semula (seperti langkah 
3 di atas) dan masukkan no. ic dan kata laluan yang baru
sahaja anda daftarkan sebentar tadi.

Jika capaian Internet anda baik dan tiada kesilapan
semasa memasukkan butiran yang diperlukan, anda akan
dapat login ke dalam profil persendirian anda di laman
ANM itu sejurus sahaja selepas kesemua langkah diatas
selesai. Anda kini boleh melihat Penyata gaji dan begitu
juga dengan Penyata Pendapatan Tahunan.

No comments:

Post a Comment