Saturday 16 July 2011

Haiwan Peliharaan Dapat Sembuhkan Penyakit

Memiliki haiwan peliharaan di rumah mungkin berisiko menimbulkan alergi. Namun, menurut para saintis, memelihara binatang di rumah boleh memberi efek positif: membantu penyembuhan penyakit.

Tidak hanya anjing dan kucing, sejumlah haiwan seperti arnab, khinzir, ular juga bermanfaat meningkatkan kesihatan manusia. hal ini akan membantu para ilmuwan mengembangkan pengubatan baru untuk penyakit-penyakit serius termasuk diabetes, demensia dan Parkinson.

Dr Samantha Wright, psikologi yang mempelajari hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan  mengatakan, tidak ada hal yang mustahil untuk mendapatkan manfaat yang berpotensi dari haiwan.

"Idea bahwa haiwan peliharaan dan kesihatan yang baik dihubungkan kembali dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Ada banyak spesies yang dapat membantu mengembangkan pengubatan baru untuk segala macam penyakit,” kata Samantha.

Berikut adalah beberapa haiwan yang boleh membantu manusia menyembuhkan beberapa penyakit.

Anjing Boleh Menghidu Kanser



Binatang berkaki empat tidak hanya boleh dijadikan teman, mereka juga boleh mengesan adanya kanker melalui bau.

Dalam satu kajian di Jepun, Labrador diberikan sampel nafas dan najis untuk dikaji. ternyata mereka mampu mengenalpasti adanya kanker usus yang berasal dari pesakit. Para ilmuwan percaya bahawa bau tumor boleh dikesan oleh deria bau anjing.

Arnab Boleh Mengesan Kanser Serviks



mengesan kanser serviks menggunakan arnab bermula ketika dua para ilmuwan Inggeris menemui virus yang mencetuskan penyakit pada arnab ketika tahun 1960-an. Hasilnya, sebuah vaksin yang dapat mencegah kanser serviks.

Vaksin ini mulai tersedia pada 2006 setelah 70 tahun penelitian haiwan dilakukan. Pemerintah Inggeris sudah menawarkan suntikan vaksin ini untuk wanita berusia 12 sampai 13 tahun demi mencegah penularan penyakit yang membunuh hampir 1.000 wanita dalam setahun di Inggeris.


Kucing Boleh Mencegah Risiko Stroke



Orang yang memiliki kucing, 40 peratus lebih kecil kemungkinannya, untuk menderita serangan jantung yang teruk, menurut sebuah kajiani di University of Minnesota di Amerika Syarikat.

Dr Adnan Qureshi mengatakan, membela kucing moggies ternyata boleh menurunkan tekanan dan kecemasan si pemiliknya, membuat mereka mampu menurunkan risiko penularan penyakit kardiovaskular. "Ini membuka jalan baru untuk perawatan, dan tidak seperti ubat-ubatan atau pembedahan, pemilik kucing nampaknya tidak memiliki risiko." kata beliau.

Arnab Dan Hamster Sembuhkan Asma

 

Kanak-kanak yang membesar dengan haiwan peliharaan seperti arnab atau hamster, mungkin boleh mengakibatkan asma atau alergi, menurut para ilmuwan.

Tapi peneliti Amerika Syarikat mempelajari sekelompok kanak-kanak di New York berpendapat, bahawa pembesaran di lingkungan yang kurang steril kadang-kadang boleh meningkatkan kesihatan mereka.

Peneliti Matt Perzanowski mengatakan, "Terkena bakteria tertentu dapat memberikan kesempatan kanak-kanak untuk membangunkan sebuah antibodi tubuh.”


Ular Boleh Sembuhkan Tekanan Darah Tinggi



Orang yang digigit ular berbisa boleh tidak sedar kerana tekanan darah mereka menurun. diilhamkan dari racun ular, para ilmuwan mengembangkan versi racun tiruan dari bahan kimia yang dibuat dari lubang racun ular berbisa Brazil.

Dikenali sebagai inhibitor ACE, mereka telah membantu jutaan orang menurunkan tekanan darah untuk mengurangi risiko serangan stroke, jantung dan penyakit ginjal. Venoms ular berisi sampai 100 zat yang berbeza, sehingga dapat digunakan untuk mengubati perbagai penyakit.

Ikan Lumba-Lumba Sembuhkan Diabetes



ikan ini boleh membantu manusia menyembuhkan diabetes. Para ilmuwan mengatakan, mamalia dapat bertahan terhadap insulin, seperti beberapa penderita diabetes.

Namun keistimewaan ikan ini dipelajari oleh Yayasan Nasional Marin Amerika Syarikat, kerana haiwan mamalia ini mampu melakukan penyembuhan terhadap penyakit diabetes.


Ikan  Boleh Menyembuhkan Demensia



Orang tua yang memakan ikan atau makanan laut seminggu sekali, berisiko rendah mengembangkan demensia, menurut sebuah kajian di Perancis.

Para ilmuwan mengatakan lemak dalam minyak ikan membantu mengurangi peradangan di otak dan berperanan dalam membaiki sel saraf. Ikan juga dapat membantu menurunkan tekanan darah.

Sejumlah penelitian menemui, menonton ikan berenang dalam akuarium juga boleh mewujudkan rasa tenang dan mengurangi rasa cemas.

No comments:

Post a Comment