Monday 20 June 2011

sejarah wang syiling

Siri pertama (1967)
Wang syiling pertama telah diperkenalkan pada tahun 1967 dalam nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan di ikuti dengan penghasilan wang syling 1 ringgit dimana ianya diteruskan dengan mnggunakan simbol “$” merupakan wang syling yang terbesar dalam sirinya pada 1971. Pada asalnya kesemua w...ang syiling dicetak hampir sama dibahagian depan dan belakang. dan yang membezakannya adalah diameter syiling tersebut. Dibahagian belakang syiling telah diukir gambar ukiran bangunan Parlimen serta ukiran bulan sabit dan bintang seperti yang terdapat di dalam bendera Malaysia diatas ukiran Parlimen tersebut. Kesemua wang syiling telah dibuat daripada bahan berunsur cupronikel (campuran tembaga dan nikel) kecuali wang syling 1 sen dimana ianya dibuat daripada bahan berunsur gangsa disekitar tahun 1967 hingga 1972. Selepas itu, ianya diikuti dengan logam yang disaluti lapisan tembaga pada tahun 1978 keatas. Wang syiling 50 sen merupakan satu-satunya wang syiling dalam siri ini yang telah dibuat perubahan kecil pada bahagian sisinya dengan memasukkan tulisan Bank Negara Malaysia pada tahun 1971.
Pembuatan syling pada siri yang pertama telah dibekukan pada tahun 1989 apabila siri kedua wang syling telah diperkenalkan. Namun begitu,wang syiling ini telah dikekalkan penggunaanya sehingga tahun 2008, tetapi jumlahnya telah menurun sejak tak tahun 1990. Wang syiling $1 telah berubah sejak wang syiling $1 siri kedua diperkenalkan pada 1989.


"Syiling siri 2011 agak istimewa kerana merupakan syiling siri terakhir dalam siri Bunga Raya.Menjelang 2012 Bank Negara akan mengeluarkan syiling Malaysia yang baru.....peminat syiling Malaysia mula tertanya-tanya apakah yang akan muncul pada bahagian muka (obverse)dan belakang (reverse)syiling itu nanti dan jenis logam apa pula yang akan digunakan......."

No comments:

Post a Comment