PAGI hari. Anda menghadap segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Tiba-tiba seekor lalat jatuh ke
dalam cawan minuman anda. Apakah anda akan meminum airnya? Anda mungkin tidak meminumnya
kerana jijik dengan lalat tersebut. Pada hal dari segi saintifik air itu selamat diminum setelah lalat
direndam seluruhnya di dalam air kemudian dibuang. Lalat yang biasa kita temui dan dibincangkan
di sini merujuk kepada lalat rumah.
Definisi
Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi
diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat
mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.
Kitar hidup.
Seekor lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat untuk mencapai kitar hidup
yang sempurna. Perkembangannya bermula daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan mantap. Masa ini
dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.
Telur yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong
sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang
lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa
yang dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian
keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan
pada musim panas.
Cara makan.
Lalat tidak menggigit tetapi menyedut zat makanan seperti nyamuk dengan menggunakan belalai.
Sebelum makan, lalat merembeskan saliva untuk melembutkan makanan. Hasil tindak balas kimia di
antara saliva ke atas makanan menjadikannya bertukar dalam bentuk cecair, kemudian disedut. Lalat mempunyai lidah berbentuk penyedut (straw).
Lalat dari sudut pandang Islam.
Pada asasnya, lalat amat bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan kerana menjadi vektor yang membawa dan menyebar organisma berpenyakit. Bakteria dibawa di luar permukaan badannya.
Apabila hinggap di atas makanan, lalat juga meninggalkan tahi yang akan menyebabkan keracunan.
Kisah lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud, “jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air.
Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar.”
(Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4). Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis
yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn
Abdullah ibn Anas.
Shah Wali Allah Ad-Dahlawi mengatakan di dalam kitabnya Hujjatullaahu al-Baalighah bahawa hadis
ini menunjukkan Allah bebas memberikan setiap spesies yang beracun sistem imuniti atau penawar.
Hal ini agar dapat memastikan kelangsungan hidup speasis tersebut. Racun pada lalat merupakan
alat untuk mempertahankan dirinya sendiri daripada serangan musuh. Manakala penawar pula
disediakan untuk memastikan keselamatan makhluk lain yang dicemari racunnya. Hukum timbal
balik ini samalah seperti tindak balas di antara bes dan asid yang meneutralkan anatara satu sama lain.
Lalat dilengkapkan penciptaannya oleh Allah dengan kandungan penawar pada sayap sebelah kanan
dan racun di sayap kiri. Apabila merasa terancam, seperti kakinya terlekat di dalam air mekanisma pertahanan diri akan bertindak secara spontan. Sayap sebelah kiri dikepak mencecah air agar racun
yang dimiliki berupaya menewaskan musuh. Namun begitu, biasanya air yang melekat pada sayapnya
tidak mampu memberi kekuatan kepadanya untuk terus terbang. Ketika itu, sayap sebelah kanannya
masih lagi tidak mencecah air. Justeru kitalah yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam air bagi
memastikan racun yang terserak dineutralkan semula.
Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm Al-Hadith
(Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da’ish menjalankan
eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur
bakteria daripada air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian kesemua 40 sampel
diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan bakteria paling sedikit.
Selain itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang
terdapat pada sayap lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan air
steril, seekor lalat dijatuhkan dalam piring kedua (2) tanpa menenggelamkannya. Sebaliknya seekor lagi
lalat dijatuhkan dan ditenggelamkan sepenuhnya dalam piring pertama (1). Hasil kajian tersebut telah mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring
petri kedua (2) iaitu lalat yang tidak ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air. Manakala dalam piring petri pertama (1) iaitu piring yang terdapat lalat yang ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air, wujud sejenis antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen dalam sistem imun
yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku patogen. Lihat gambarajah seperti di bawah,
C mewakili jenis lalat yang tidak dinyatakan. Sila rujuk rencana kedua selepas ini.
Penemuan yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada
kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis lalat selain lalat
rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap
sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus sp.,
Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid.
Perkembangan teknologi perubatan akhirnya menggerakkan saintis sama ada Islam atau Barat untuk mengkaji kesahihan hadis rasulullah S.A.W ini. Dua penemuan sains yang dijalankan oleh saintis Islam mengesahkan kebenaran hadis nabi Muhammad S.A.W. Kita selaku orang yang beriman kepada
kerasulan nabi Muhammad harus merasa takjub, lantas meningkatkan lagi keyakinan kita terhadap
ajaran yang dibawa oleh baginda. Perkara ini sekurang-kurangnya menjadi hujah kepada orang yang
beriman bagi menolak tohmahan kononnya nabi seorang ahli sihir atau seorang yang pandai mereka-reka perkara yang tidak pasti.
Bagaimana nabi Muhammad S.A.W mengetahui perkara ini sedangkan pada waktu itu belum ada
teknologi yang canggih untuk mengesahkan kesahihan hadis baginda? Hal ini tidak lain melainkan
nabi Muhammad S.A.W mendapat ilham daripada Allah secara langsung. Sesuailah dengan sifat
baginda apabila bercakap. Allah menegaskan di dalam ayat 3 dan 4 surah an-Najm, mafhumnya;
“Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang
diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)”
Glosari
Ø Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang
menyerang sistem tubuh.
Ø Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem
pertahanan tubuh.
Ø Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan
perubatan.
Ø Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing.
"Khalid bin Makhlid menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Bilal menceritakan kepada kami,
beliau berkata: 'Utsbah bin Muslim bercerita kepadaku bahawa beliau berkata:' Ubaid bin Hunain mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau berkata: Aku mendengar Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seekor lalat jatuh ke dalam gelas salah seorang daripada kamu, maka celupkanlah
lalat itu lalu angkatlah (buanglah) ia kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan
pada sayap satunya lagi terdapat pula penawarnya."
Ramai yang menolak dan mengingkari hadis ini dengan alasan menyalahi realiti dan ilmu perubatan.
Benarkah sedemikian?
Kepada para penafian hadîs berkenaan kes lalat ini, artikel ini merupakan sebuah bukti bagaimana
kebenaran Nabi Allah Muhammad SAW, dan bagaimana mukjizat beliau akhirnya terkuak oleh ilmu
sains dan pengetahuan moden pada zaman sekarang.
Sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti
Sains, Universiti Qashim, Kerajaan Arab Saudi bersama beberapa penyelidik muda yang terdiri
daripada:
- Sami Ibrâhîm at-Tailî
- 'Dil' Abdurrahman al-Misnid
- Khâlid Dza'âr al-Utaibi
Yang dibimbing oleh Dr. Jamal Hamid, dan dikoordinasi oleh DR.Shâlih ash-Shâlih (seorang da'i
terkenal di Eropah), telah melakukan kajian berkenaan analisa mikrobiologi tentang sayap lalat.
Laporan ini telah mereka presentasikan ke dalam "Student Research Seminar" di Universiti Qashim, KSA.
Kaedah yang mereka gunakan adalah cukup mudah, iaitu dengan mengkultivasi (menumbuhkan) air
steril yang telah dicelupi oleh lalat ke media Agar [media yang berasal daripada musilaginosa kering
yang diekstrak dari ganggang mereh, yang mencari pada suhu 100 ° C dan menjadi padat pada suhu
40 ° C yang tidak boleh dicerna oleh mikrob] lalu mereka mula mengenalpasti mikrob apakah yang
wujud di dalam air yang telah dicelupkan dengan lalat berkenaan.
Terdapat beberapa spesis alat yang digunakan dalam eksperimen ini, dan sampel yang digunakan
untuk setiap spesis lalat tersebut terdiri daripada dua sampel, iaitu:
- Sampel air steril di mana lalat dimasukkan sehingga hanya pada bahagian sayap lalat sahaja.
- Sampel air steril yang dimasukkan lalat yang dicelup keseluruhan tubuhnya. Semua ini dilakukan secara aseptis (bebas mikrob) di bilik khas, untuk menghindarkan terjadinya pencemaran luar yang akan menjadikan hasil kajian menjadi tidak jitu.
Setelah itu, sampel air tersebut akan dikultivasi ke media Agar dan diinkubasi selama beberapa hari
sehingga kultur (pembiakan) mikrob mula wujud dan tampak secara jelas. Hasil kultur mikrob tersebut
akan dikenalpasti untuk mengetahui jenis mikrob berkenaan. Berikut ini adalah hasil kajiannya:
Spesies Lalat A
Cawan Petri 1:
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara
sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air).
Cawan Petri 2:
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.
Hasil Penelitian:
Pada cawan petri 2, setelah dikenalpasti ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis
E. Coli, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada cawan 1, pada
mulanya kelihatan terdapat pertumbuhan koloni kecil jenis E. Coli, namun pertumbuhannya telah
dibantutkan oleh sejenis mikro organisme yang setelah dikenalpasti ia merupakan bakteria Actinomyces
yang dapat menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang boleh diekstrak
iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteria dan bersifat antibakteria dan
antifungi.
Spesies Lalat B
Cawan Petri 1:
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara
sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air).
Cawan Petri 2:
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat
ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.
Hasil Penelitian:
Pada cawan petri 2, setelah dikenalpasti ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Coynobacterium dephteroid, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada
cawan 1, didapati juga telah ditumbuhi sejenis mikro organisme yang setelah dikenalpasti ia merupakan bakteria Actinomyces yang menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotic yang
dapat diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi untuk melisiskan bakteria dan
bersifat antibakteria dan antifungi.
Spesies Lalat C
Cawan Petri 1:
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara
sempurna (seluruh tubuhnya tenggelam ke dalam air).
Cawan Petri 2:
Sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa menenggelamkan tubuhnya ke dalam air.
Hasi Penelitianl:
Pada cawan petri 2, setelah diselidiki ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Staphylococcus sp, yang merupakan penyebab kepada pelbagai penyakit. Sementara pada cawan 1,
telah didapati ditumbuhi oleh sejenis mikroorganisme yang dikenalpasti sebagai bakteria Actinomyces
yang mampu menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang boleh diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteria dan bersifat antibakteria dan
antifungi.
Keputusan yang serupa juga diperolehi untuk jenis lalat lainnya yang banyak mengandungi bakteria
patogen Salmonella sp. dan Proteus sp. yang kemudian dibantutkan pembiakkannya oleh kehadiran
mikro organisme Actinomyces.
Kesimpulan:
Kemasukan lalat pada air minuman kemudian ia dicelup sehingga tenggelamnya tubuh lalat tersebut ke
dalam air ternyata memberikan hasil yang berbeza yang secara signifikannya, kajian ini telahpun membenarkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, bahawa pada sayap lalat itu terdapat
penyakit dan juga penawarnya.
Subhanallah, 14 abad yang lalu, seseorang boleh memberikan maklumat seperti ini tanpa ada penyelidikan. Masihkah ada yang cuba menafikan kerasulan Baginda??
Maha benar Allah dan Maha benar Rasulullah SAW yang menjadi penyampai wahyu-Nya.
Sumber: answering.wordpress.com/2011/02/06/sebuah-eksperimen-tentang-keajaiban-hadits-lalat/
Suntingan: Audaf
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila Rujuk Pautan Di Bawah Untuk Membaca Makalah Pertama "Pembuktian Hadis Rasulullah Berkenaan Sayap Lalat Beracun Dan Berpenawar [Makalah Pertama]"
http://www.facebook.com/note.php?note_id=279944725360944
No comments:
Post a Comment